B A B 26

15.8K 663 22
                                    














             HESSA bergegas ke bilik bosnya bila mendengar bunyi benda jatuh di dalam. Selaku PA yang bertanggungjawab, dia risau juga jika sesuatu terjadi pada datin Calla yang dari pagi pucat wajahnya. Pintu pejabat Calla terus ditolak tanpa salam seperti kebiasaan.

"Ya Allah, datin!" Hessa terus mendapatkan Calla yang jatuh terjelepuk di tepi meja kopi. Calla nampak pucat seperti tidak sihat.

"Yes Hessa?..." sahut Calla dengan pandangan yang berbalam dan tidak bermaya sekali. Entah kenapa dengan dia hari ini, badan terasa lembik sangat.

"Datin okay tak ni? Muka datin pucat, tak sihat ya?" Tanya Hessa risau. Dia membantu Calla duduk di atas sofa dengan betul.

"I okay, thanks Hessa" ucap Calla lalu memicit pelipisnya perlahan.

"Datin dah makan?" Tanya Hessa mengambil berat dan Calla mengangguk sebagai jawapan.

Itu yang pelik, nak kata perut masuk angin pun tak logik. Nafsu makan dia bukan main megah lagi sejak dua menjak ini. Cuma harini saja badannya terasa lemah sangat.

"Saya pergi ambil air sekejap ya datin" Hessa pergi ke mini pantri dan membawa segelas air masak coway untuk Calla. Gelas didekatkan di bibir Calla dan Calla cuma menghirup sedikit saja air di dalam gelas tersebut. Perutnya terasa sebu.

"Datin tak sihat ni. Muka datin pucat, saya yang risau. Datin kan jarang-jarang sakit. Kita pergi klinik nak?" Ajak Hessa.

"Tak payah la, malas nak menunggu" tolak Calla.

"Dato' mesti tak tahu kan datin tak sihat. Kalau dia tahu saya yakin dia orang pertama yang akan risau dan dukung datin pergi klinik" ujar mulut becok Hessa lagi.

"Jadi, jangan bagitahu dia. Dia ada meeting penting harini" pesan Calla.

"Jadi jom pergi klinik. Saya rasa datin ni mengandunglah" teka Hessa dan Calla menjeling PA nya itu tajam.

"Memandai lah you ni. Tak adanya, I tak mengandung pun lah" Calla mencebik.

"Okaylah, kalau itu kata datin saya ikut saja. Saya keluar dulu, apa-apa hal datin jerit je panggil saya" ujar Hessa yang berdarah sarkastik itu.

"Merajuk dengan I lah tu. Pergi ambil handbag I kita pergi klinik" Calla mengalah juga. Hessa dah macam adik dia. PA yang komited menjalankan tugas dan juga baik hati.

"Mana ada saya merajuk. Saya risaukan datin, nanti jadi apa-apa saya dekat dalam office ni saya nak jawab apa dengan dato'? Suami datin tu overprotective orangnya. Nanti dengan saya sekali terbabit" bebel Hessa membuatkan Calla tergelak lucu.

"Pimpin tangan I, padangan I ni berpinar. Tadi pagi okay je" celoteh Calla. Hessa pun memimpin tangan Calla seperti yang disuruh.











"JOMLAH, teman I masuk" ajak Calla yang segan bila ada beberapa mata terarah pada dia yang bangun saat nama dipanggil oleh jururawat di kaunter.

"Saya kena ikut sekali ke datin?" Tanya Hessa semula.

"Yelah! Takkan I sorang nak pergi jumpa doktor tu" Calla mengacip gigi. Geram pulak dengan Quratul Hessa ni sorang.

"Okay datin" Hessa bangun dan berjalan beriringan dengan Calla masuk ke dalam bilik rawatan.

Masuk saja ke dalam bilik rawatan, sudah ada seorang doktor wanita bertudung labuh menunggu mereka. Calla macam berat saja hendak berjumpa dengan doktor tersebut. Dia overthinking. Kalau ada sakit serius macam mana? Dia dah la sakit kepala ni.

"Hye, assalamualaikum puan Calla Maleeka. Ada masalah apa?" Sapa doktor bertag nama Sarah itu.

"Tak sihat sikit doktor. Harini saya rasa badan saya lemah semacam sampai rebah dalam office. Kepala pun berdenyut dan rasa macam berpusing je bumi ni kalau saya berjalan" cerita Calla akan situasi yang dihadap.

"I see. Sebulan yang lepas ke, dalam tempoh sebelum puan sakit ni puan ada bersama dengan suami ke?" Tanya doktor itu lagi dan Calla menjeling Hessa di sebelah yang hanya tersengih. Alah budak ni pun.

"Errr, a-ada.... tapi kalau nak kata pregnant tu maybe tak kot doc sebab saya check upt memang tak naik. Negative" jawab Calla segan juga dengan Hessa di sebelahnya. Nanti apalah budak ni fikir. Bukan boleh percaya sangat.

"Eh tak boleh 'kot' macamtu puan. Kadang ciptaan manusia ni ada kekurangan dia. Saya check puan sekejap ya" doktor Sarah pun bangun dan memriksa keadaan Calla.

"Erm, puan ambil ni dan tolong test semula boleh? guna toilet dalam ini pun tak apa" Doktor Sarah menyua satu lagi kotak alat ujian kehamilan pada Calla.

"Cik ni siapa? Adik ke?" Tanya doktor Sarah mahu berbual dengan Hessa pula sementara menunggu Calla siap.

"Eh tak, saya PA datin" beritahu Hessa.

"Ouh datin Calla Maleeka ya?" Jelas wajah doktor Sarah terkejut pasakit mudanya itu sudah bergelar datin.

"Ya, suami dia dato' muda doc. Tapi bos saya tu baik orangnya" cerita Hessa dan doktor Sarah senyum mendengarnya. Tengok gaya Calla Maleeka pun dia sudah dapat mengagak personaliti wanita itu menarik.

"Saya rasa kan, datin tu mengandung. Betul tak doc?" Hessa mula nak rancak berborak. Tergelak doktor Sarah dibuatnya.

"Ye betul la tu. Saja saya nak suruh dia check sekali lagi" balas doktor Sarah.

"Hah! Saya dah agak dah. Sebab datin jarang sakit yang macamni. Yeay yeay! Bos saya pregnant" sorak Hessa ceria.

"Ceria betul awakni. Patut bos awak sayang" puji doktor Sarah. Terus Hessa duduk tersipu-sipu. Malu pulak dia terlebih aktif di depan doktor ni.










        "TAPI kan doktor, baru-baru ni saja saya check negatif. Accurate tak ni?" Calla pula yang curiga. Taknak lah dia berharap lagi.

"Kadang-kadang kalau kandungan masih baru lagi memang dia tak lekat. Jadi keputusan yang ini, memang dah accurate dah datin. Hearbeat datin pun laju, suhu badan pun tinggi. Tahniah datin, tak lama lagi bakal bergelar ibu. Usia kandungan dalam 5 minggu. Masih awal lagi tapi dah boleh rujuk pakar puan lepasni" Calla terdiam mencerna semula penerangan dan ucapan tahniah doktor Sarah.

Dia menoleh memandang Hessa yang nampak begitu teruja dan mengangguk faham juga.

"Hessa, I tak salah dengar kan?" Tanya Calla sekali lagi pada Hessa.

"Ya datin, datin pregnant. Yeay! Nanti datin dapat baby" Hessa mengiyakan pertanyaan Calla.

Calla menekup mulutnya dengan tangan yang menggigil. Dah ada benih dia dan Nuh yang bercambah di dalam rahimnya. Calla terharu dan sebak. Hebatnya kuasa Allah.

"Ya Allah, alhamdulillah. Terima kasih banyak doc" ucap Calla penuh rasa sebak.

"Datin, saya nak peluk" Hessa mendepakan tangan mahu berpelukan dengan majikan kesayangan dia.

"Congrats datin, saya tumpang gembira. Tak sabar nak tengok baby ikut muka siapa. Yang pastinya comel lah" kalau dah bapaknya ada darah kacukan melayu-belanda, emaknya pula ada iras puteri arab anak haruslah cantik kejadiannya nanti.

"Thankyou so much Hessa. Thankyou again doc" Calla masih dalam mood terharu.

Benar pesan Nuh setiap kali selepas mereka solat. Rezeki Allah itu tak pernah salah alamat. Jika Allah berkehendak, ianya tidak awal sesaaat dan tidak juga lewat sesaat. Kun Fayakun.


















TBC.

Nuh's Secret Wife [C]Where stories live. Discover now