B A B 3

21.6K 821 53
                                    








         NYARIS tersembur air kopi yang baru sahaja dihirup Nuh. Dia pandang Adelin terkejut. Adelin pula angguk tanda tidak main-main. Dia mengakses semula maklumat yang baru saja dia dapat itu lalu dibaca berkali-kali.

"Macam mana dia boleh dilantik menjadi sleeping partner company kita?"

"Atas keputusan Tun Asiah sendiri dato'. Dia yang berbincang dengan Dato' Loqman untuk melantik Ms. Maleeka as a sleeping partner of Sapphire Holdings" ulas Adelin lebih terperinci membuatkan Nuh mengangguk faham.

"Tapi kenapa tak menerusi I terlebih dahulu?" Nuh belum berpuas hati.

"Yang itu, saya tidak pasti la dato' tapi Tun Asiah cakap untuk kebaikan dalam jangka masa panjang dan demi syarikat sebab Ms. Maleeka kan anak Tan Sri Ammar. Jadi sebab itu kut Tun Asiah percayakan dia" terang Adelin.

"Jadi keuntungan berpihak pada dia lah dapat jadi sebahagian daripada Sapphire Holdings. It's okay Adel, you may continue your work, I nak refer Tun Asiah semula tentang hal ni" Iphone 14 ungu gelap itu dicapai dan dibawa keluar sekali.

Naik ke bilik Nenda Asiah, Nuh terus mengambil tempat menghadap wanita awal 70-an itu. Nuh nak bersoal siasat sebentar dengan nenda terpaling dia sayang ni.

"Nenda, why her nenda?" Nuh sedikit serabut.

"Siapa? Maleeka? Yes, sebab nenda sukakan dia. Dia ada potensi dan setakat jadi 'sleeping partner' Sapphire je pun tak apa kan?" balas Nenda Asiah bersahaja.

"No, tak boleh. Maleeka tu mata duitan nenda!" Bangkang Nuh habis-habisan.

"Mana Nuh tahu dia mata duitan? Macam kenal sangat je dengan anak Tan Sri Ammar tu" duga Nenda Asiah dan tiba-tiba Nuh pasif semula.

"Tahulah, tengok muka pun tahu nak duit" tuduh Nuh selamba.

"Tak baik tuduh orang macamtu. Maleeka tu, kalau betul lah dia mata duitan harta keluarga dia tu tujuh keturunan pun tak habis kalau dia ambil. Sebabtu nenda sukakan dia. Dia anak muda yang sangat lowkey" puji Nenda Asiah bukan main melambung lagi.

"Ha dah alang-alang bercakap soal dia kan, Nuh cakap Nuh tak kisah kan soal jodoh Nuh? Apa kata nenda kenenkan Nuh dengan Maleeka?" Cadang Nenda Asiah tiba-tiba.

Uhuk! uhuk!

Nak tercekik Nuh mendengarnya.

"Dah tiba-tiba masuk bab ini kenapa pula nenda? Nuh tak sukalah" decit Nuh malas mahu bercakap soal ini.

"Tapi nenda suka. Nenda sukakan Maleeka. Dia perempuan yang bekerjaya, baik, hormat orang tua. Sopan je nenda tengok dia. Sesuailah dengan cucu nenda ni" fuh, sesedap rasa Nenda Asiah menghuraikan ciri-ciri cucu menantu idamannya.

"Gila duit masalahnya..." perlahan sahaja Nuh membuka mulut.

"Hah? Nuh cakap apa nenda tak dengar" sergah Nenda Asiah dan Nuh menggeleng malas.

"Tak ada apa-apalah Nenda. Nuh tak cakap apa pun" dalih Nuh.

"Apa kata nenda bagi masa sebulan untuk Nuh kenal-kenal dulu dengan anak dara Tan Sri Ammar tu? Kalau tak boleh go juga tak apalah. Nenda carikan yang lain pula"

"No, apa ni nenda. Mengarutnya!" Suhu darah Nuh sedikit sebanyak mendidih.

"Kalau nenda tak buat macamni, Nuh tak ambil serius pun dengan masa depan Nuh. Ingat, uban di kepala nenda ni bukan semakin berkurang. Nenda makin uzur. Sebelum nenda tutup mata, nenda nak tengok Nuh berteman" balas Nenda Asiah pula terus membuatkan Nuh terdiam. Main soal keuzuran ni Nuh tak boleh la. Dia sensitif sikit. Tengok nenda dia sujud lama sikit waktu solat pun dia dah gelabah.









MAGHRIB kala Nuh dah terpacak di depan kondominium mewah itu. Jam Rolex di tangan dibelek. Dah pukul 7:45 pun tak ada dekat rumah lagi? Pergi menyengkit ke mana tuan rumah ni? Tak puas merayap ke.

Lagi sekali loceng rumah ditekan.

Selepas itu, Nuh perasan ada cahaya terbias dari celahan pintu. Bermakna ada orang di dalam. Nuh menunggu santai sambil memasukkan tangan ke dalam poket seluar slacknya.

"Waalaikumsalam, ada apa pak dato' datang?" Sinis sekali nada suara wanita di hadapanya itu. Dengan kain telekungnya masih tidak dicabut, tahulah Nuh yang wanita itu baru lepas menunaikan solat.

"Ke tepi, aku nak tumpang solat" tubuh genit itu ditolak selamba ke tepi dan salam diberi di dalam hati, Nuh masuk ke dalam rumah mewah itu.

"Eh! Eh! Surau ada dekat bawah, nak solat pergilah surau. Sangat tidak bermoral ya kelakuan dato' di waktu maghrib-mahhrib kala ni" menjengkelkan betul perangai lelaki ini. Datang tidak berjemput, masuk rumah orang buat macam rumah sendiri pulak tu.

Tengoklah tu, langsung tidak terkesan Nuh pergi ke dapur dan meneguk air coway di rumahnya.

"Tumpang solat RM50, air coway 50sen. Total RM50.50 sen. Ingat eh, I tulis dalam buku 555 I"

"Diam sekarang Calla Maleeka. Aku tengah serabut ni. Ada yang aku makan orang kejap lagi" Tidak meneking, tapi Calla diam siap buat isyarat menzipkan mulutnya lagi.

"Tunggu di bilik kita, ada benda nak dibincangkan selepas solat nanti" arah Nuh dan Calla membontoti langkah lelaki itu naik ke tingkat atas.

Sambil menunggu Nuh siap solat, Calla siap bergolek di atas katil lagi. Berdebar juga bila Nuh datang tiba-tiba dan mahu membincangkan sesuatu. Mereka berdua saja di rumah ni. Petanda dia nak jadi janda semula dah ke?

"Tak reti-reti nak buka telekung dulu ke? Dah macam hantu bungkus dah kau ni" kutuk Nuh lagi.

"Ish banyak pulak lalat dalam bilik ni! Oh lupa, ada orang tak mandi lagi dari pagi. Euww!" Calla tutup hidungnya memprovok Nuh semula. Padahal tak ada seeokr lalat pun di dalam bilik ni.

"Tak ada insurance punya mulut sini kau!" Nuh bangun dan Calla sudah gelabah tak tahu nak lari mana.

"Aaaaa jangan! Saya tak pakai—" bila dirinya diterkam dan habis terselak telekung yang dipakai. Terus mati tidakan agresif Nuh dan lelaki itu pejam mata rapat.

"Kau lagi tak bermoral dari aku Calla Maleeka!" Geram pula Nuh waktu itu.

"Dato' terkam saya tu siapa suruh?!" Merah padam wajah Calla tak tahu mahu menyorok sudut mana.

"Ish! Tercemar pandangan mata aku. Nasib isteri sendiri" omel Nuh geram.

"Grrr! Cepatlah, cakap ada benda nak bincang dengan saya. Cakaplah. Dah siap bincang dato' dipersilakan balik" Calla duduk bersila di atas katil.

"Yes sebenarnya..." Nuh jeda seketika.

"Cik bunga tolong aku cik bunga?" Pinta Nuh separa merayu.

Kening Calla terjongket.

"Tolong apa?"

Patutlah tak ada angin tak ada ribut datang ke sini. Ada benda nak minta tolong daripada dia rupanya. Dasar husband with benefits!

















TBC.

Nuh's Secret Wife [C]Where stories live. Discover now