B A B 6

18.1K 762 57
                                    







      "CANTIK! Ooo girlfriend, patut babang tarik kakak cantik masuk dalam bilik tadi—"

Nuh sudah tergamam dan jantung Calla juga rasa nak tercopot.

"Hah?!" Suara Nenda Asiah itu menyedarkan suami isteri berstatus rahsia itu untuk kembali ke dunia yang nyata semula.

""Luth cakap apa Luth?" Tanya Nenda Asiah.

Megat Luth Iman ketawa terhibur melihat abangnya buat memek muka yang baginya kelakar.

"Takdak apalah nenda. Luth ni mudah terhibur. Nuh buat muka sikit dia dah ketawa" dalih Nuh dengan kadar segera sebelum kantoi.

"Ouhh terkejut nenda. Nenda dengar lain tadi" kata Nenda Asiah tanpa mengsyak apa-apa.

"Nenda dengar apa?" Soal Calla ingin tahu. Mana lah tahu, nenda dengar tapi buat-buat tak drngar. Kan bahaya tu.

"Nenda dengar Nuh tarik Maleeka masuk bilik" sekali lagi Nuh terkejut.

"Astaghfirullah, sah pendengaran nenda yang salah ni sebab Nuh dengar Luth cakap, kakak cantik panggil babang depan bilik" auta Nuh lagi. Entahlah, hari ini banyak dosa kering dia taburkan.

Barulah Nenda Asiah faham dan tersenyum memandang Calla yang turut tersenyum sama itu. Lihat kemesraan cucu bongsunya dengan Calla pun dia senang hati.  Luth nampak selesa dengan kakak cantiknya.

"You datang sini dengan apa?" Soal Nuh pada Calla.

"Drive sendiri" jawab Calla.

"Lepastu nak balik rumah berani tak? Kalau tak berani I boleh escort you sampai ke rumah" tawar Nuh membuatkan Nenda Asiah senyum suka.

"Eh tak apa, tak perlu susah-susah dato' sebab saya boleh dan berani je drive sendiri balik. Thankyou" balas Calla yang tak mahu menyusahkan Nuh.

Lagipun bukan dia tak tahu agenda Nuh yang nak bermalam bersama di rumahnya. Sejak kebelakangan ini, kerap sangat Nuh bertandang ke rumah dan bermalam. Tahulah rumah itu Nuh yang belikan, tapi cakap nak balik bila ada keperluan dan perbincangan. Tapi sekarang ni bila dah kerap sangat balik timbul perang saudara pula.

"Are you sure? Jarang I offer tau. Lagi-lagi dengan orang sama spesies dengan you" otak Calla jem sekejap. Sama spesies? Oh faham dah, Nuh maksudkan perempuan. Cis! Main guna istilah saintifik pula dia.

"It's okay dato'—" balas Calla dalam nada meyakinkan.

Sebaik mata mereka bertentang, tajam Nuh merenung ke arahnya. Tak puas hati sangat wajah kacak sempurna itu bila pelawaannya ditolak.












HUJAN renyai-renyai semasa Calla dalam perjalanan pulang ke rumah. Kereta dipandu tidaklah laju mana risau keadaan jalan yang mungkin teruk sewaktu hujan. Satu lagi, pak dato' tu selalu juga mengingatkan kalau hujan bawa kereta hati-hati bimbang perkara yang tidak diingini berlaku. Nuh selalu cakap tak sayang kereta, tapi sayang nyawa.

Kelajuan kereta semakin diperlahankan bila ada seorang lelaki tua lebih kurang sebaya dengan babanya sedang berjalan di bahu jalan dengan keadaan yang basah kuyup. Calla jatuh kasihan.

Cermin tingkap diturunkan separuh.

"Pakcik, pakcik nak pergi mana?" Tanya Calla sedikit kuat melawan bunyi hujan.

"Pakcik nak balik rumah pakcik. Depan tu je" tunjuk lelaki tua itu.

"Oh haa masuklah pakcik. Saya boleh hantarkan" pelawa Calla dan pakcik itu pun masuk ke dalam kereta Mini Cooper merah cili milik Calla.

"Pakcik daripada mana?" Tanya Calla berbasa-basi.

"Pakcik dari kedai, nak beli barang. Kedai tutup. Nanti anak berhenti dekat simpang depan tu je ya" pesan pakcik itu perlahan.

Nuh's Secret Wife [C]Where stories live. Discover now