B A B 5

19.8K 786 74
                                    









KALUT Nuh pergi ke dapur bila ada bunyi kekecohan di sana. Rupa-rupanya Calla Maleeka yang sedang berperang di dapur. Apa yang hendak dimasaknya pun tidak tahu. Gaya tu macam ada, tapi Calla Maleeka ni clumsy sikit. Perlu ada pengawasan. Baru saja buka api dapur...

"Eh Ya Allah! Ya Allah! Kau nak bakar rumah ke apa ni? Lily?!" Kalut Nuh dibuatnya. Ye lah, tiba-tiba api bukan main besar lagi menyambar. Kalut dia menutup semula dapur.

"Manalah I-I tahu" Calla cuak. Lihat wajahnya saja sudah seperti mahu menangis.

Nuh mengeluh sambil sebelah tangan bercekak pinggang, sebelah lagi menahan pada kabinet.

"Kau tahu handle dapur tak? Pernah masak?" Tanya Nuh dan mendapat jawapan gelengan kepala daripada Calla.

Tap!

Dahi si isteri dijentik geram.

"Kalau taktau, jangan buat kepala tau isteriku. Nak ambil kau buat jadi isteri bukannya free, 30ribu aku bayar hantaran tahu? Tepi sikit, bak sini apron kau"

Calla mencebik geram namun menurut juga. Apron yang dipakai kini bertukar tuan. Calla menolong mengikat tali di belakang badan Nuh.

"Kau nak masak apa actually? Bahan apa yang ada?" Tanya Nuh.

"I nak masak tomyum. I dah tengok resepi. Semua bahan-bahan dah siap, tinggal nak masak je la" ulas Calla takut-takut.

Tengok Nuh senteng dia punya lengan sweatshirt pun dah ada gaya. Kalau dia yang masak tadi macam orang nak bakar rumah. Betullah kata pak dato' ni tadi.

"Ya allah, udang tak serupa udang. Sotong ni, mana janggutnya?" Tanya Nuh.

"Erk, hilang—" jawab Calla sambil menggigit bibir seriau.

"Astaghfirullah, dah membazir. Bunga kubis ni besar bukan main lagi kau potong ya? Ei, carrot kau potong macamni, nak buat paprik ayam ke? Takda seni langsung" Komen Nuh persis chef terhandal.

"Ish nak tolong I masak ke nak membebel?! Kalau nak bebel, pergi duduk depan sana!" Halau Calla.

"Nak tolong dan dalam masa yang sama aku nak kau belajar memasak. Sambil-sambil lah orang kata. Setidaknya, malam ni, kau belajar satu menu. Faham Datin' Calla Lily ku?" Nuh menghadap Calla memberi perhatian sepenuhnya sebelum sesi masak memasak dimulakan.

"Mula-mula sekali, tomyum air jangan banyak macamni datin, ini nak jadi tomyam sungai klang nanti. Kita buang sikit air dia ya? Agak-agak je" Calla mengangguk faham.

"Second, masukkan serai, akar daun ketumbar, lengkuas, cili yang datin dah tumbuk tadi ke dalam ni. Lepastu erm give me that tomyum paste please—" pinta Nuh berlagak dan Calla buat muka menyampah mengambil perencah tomyum di rak.

"Kita tunggu dia mendidih lepastu kita masukkan sayur. Lepastu boleh perasakan dengan garam, gula sikit dan air limau nipis. Seafood kita hold dulu sebab diorang cepat masak. Bab perasa tu kita kena pandai-pandai adjust sendiri. You got it?"  Ajar Nuh penuh dedikasi. Calla mengangguk faham.

Setelah api ditutup, Nuh mengambil sudu dan mencedok sedikit kuah tomyum lalu disua pada Calla untuk dirasa. Ditiup sedikit agar si isteri tidak menghirup kuah yang panas itu.

"Bismillah—"

"Nyum! Nyum! Sedapnya, yeayyy!" Calla bertepuk tangan suka kerana tomyum mereka jadi dan sedap.

"Yes, good. Ingat betul-betul apa yang kau belajar malamni. Minggu depan aku suruh masak tomyum ni lagi kalau tak sedap siap kau. Aku jual kau semula dekat Tan Sri Ammar" ugut Nuh tidak serius pun tapi Calla mengangguk faham.

Nuh's Secret Wife [C]Where stories live. Discover now