B A B 28

18.7K 691 36
                                    









DISEBABKAN rasa bersalah tidak dapat memenuhi keinginan Calla yang mengidam kuih bakul goreng tepung, Nuh pulang ke rumah Nenda Asiah dan mengadu pada nenek kesayangannya itu. Nuh menangis kerana membayangkan Calla yang benar-benar teringin nak makan makanan unik tersebut.

Sejak akhir-akhir ini, Nuh mudah betul tersentuh kalau apa-apa yang melibatkan Calla Maleeka, isteri kesayangan dia. Dia sensitif. Mungkin pembawaan budak. Kadang-kadang Nuh rasa dia seorang suami yang tak membantu.

"Dah tak ada nak buat macam mana. Alahai, menangis pulak bakal bapak budak ni" Nenda Asiah tidak tergamak mahu tertawakan Nuh yang berhati tisu itu.

"Nuh kesian dekat Calla, dia teringin" Ujar Nuh dalam sebaknya.

"Dahtu? Nuh menangis macamni kuih bakul goreng tepung tu boleh siap digoreng ke? Apa kata Nuh pergi pasaraya, cari kuih bakul yang segera tu bawa sini dekat nenda. Meh nenda buatkan" Cadang Nenda Asiah.

"Betul ke ni nenda? Nenda boleh buatkan untuk Nuh?" Nuh kesat air matanya kasar.

"Iya, cari lah dulu kuih bakulnya. Haih, budakni. Buruk benar dah tua bangka nak menangisnya" Itu kata, sebelum ini bukan main kuat lagi Nuh. Tapi bila Calla mengandung, Nuh lah lelaki paling manja sekali. Calla yang perlu jadi tukang pujuk. Sikit-sikit drama air mata berlangsung. Cengeng!

"Baik nenda, thankyou!" Nuh mula bangun dan keluar mahu mencari kuih bakul di pasaraya pula.

Terserempak dengan Megat Isa dan isterinya di bawah, Nuh hanya menyapa ringkas. Isa menggeleng kepala runsing.

"Sayang, bie sayang you tau. Tapi bie harap bie tak jadi macam Nuh kalau sayang pregnant nanti. Seram!" Pesan Isa pada Rania membuatkan si isteri tergelak.

"Tak baik bie, abang Nuh tu taknak akak Lee sakit. Jadi dia yang tanggung semua. Tak lama lagi hilanglah pembawakan tu" Jawab Rania Isyara.

Semua dah sedia maklum dengan masalah kemanjaan Nuh sejak akhir-akhir ini. Kadang tu, Calla diam pun dia sedih. Isa perhati saja karenag abangnya yang satu itu. Itu kalau berlarutan sampai ada anak nanti memang Isa sendiri heret Nuh pergi berubat kampung.












NUH duduk bersila di atas sofa menghadap Calla yang sedang menikmati gorengan itu penuh berselera sekali. Dia terpegun melihat Calla yang menjadikan perut sendiri sebagai meja untuk meletakkan tupperware berisi gorengan kuih bakul itu.

"Hm sedap sedap sedap! Thankyou D!" Ucap Calla ceria seperti selalu. Sekarang, berat badannya naik mendadak. Senyum pun sepet mata-mata jadinya. Pipi semakin gebu dan selalu jadi bahan uli Nuh.

"Comelnya flower D. Rasa nak gomol" gumam Nuh sambil senyum.

"Gemuk-gemuk macamni D kata comel? D sebenarnya nak menjaga hati I je kan?" Duga Calla dan Nuh menggeleng laju.

"Mana ada sayang, sumpah demi Allah. Flower cute teramat sangat. D rasa nak gomol dan kunyah macam cotton candy" Nuh memicit pipi gebu Calla dan mengemam geram.

"D sakit! Haha" Calla menyeringai kegelian. Habis merah pipi gebu itu dibaham Nuh.

"Sejak bila flower pandai memanipulasikan pujian D ni? D puji tu maknanya D ikhlas. Flower comel sangat-sangat plus seksi. Pipi naik macam terlebih yis. Aaaa! D dah obses dengan wife sendiri" sekali lagi Nuh menggomol geram pipi Calla. Mengekek kuat Calla diperlakukan seperti squishy oleh suami sendiri.

Nuh's Secret Wife [C]Where stories live. Discover now