B A B 11

18.3K 755 34
                                    











             CALLA meletakkan tangannya di atas tangan Nenda Asiah. Berharap agar nenda kesayangan suaminya itu segera berlembut hati dan menerima kehadiran dia di dalam keluarga ini dengan baik. Calla hadiahkan senyuman yang sangat menarik perhatian. Yang mampu menyejukkan hati yang sedang terbakar.

"Nuh sayangkan nenda sangat-sangat. Lee pun sayangkan nenda. Lee sanggup undur diri asalkan nenda jangan merajuk lagi dengan Nuh. Lee tak pernah tengok dia serapuh itu sebab terlalu banyak berfikir nak menjaga hati banyak orang. Ampunkan Lee dan keluarga Lee. Kami yang mengheret Nuh dalam hal ni" ujar Calla lembut.

"Kalau sayangkan nenda kenapa perlu undur diri?" Calla teguk liurnya tidak berapa lancar. Wajah serius Nenda Asiah menggusarkan dia.

"Lee takut nenda bencikan Lee atas apa yang dah berlaku. Lee dah tipu nenda dan rahsiakan hal perkahwinan kami. Lee cuma harapkan nenda berbaik semula dengan Nuh" jawab Calla.

"Dua-dua cucu nenda. Tak pernah nenda bencikan kamu berdua. Nenda cuma terkilan dan malu dengan keluarga Maleeka. Nenda takut mereka bertanggapan buruk pada keluarga nenda" kata Nenda Asiah.

"Tak, baba dan mama tak pernah pandang serong pada keluarga nenda. Baba kagum dengan Nuh, dan mama juga cakap nenda berjaya jadi ibu dan bapa kepada cucu-cucunya sehingga semuanya berjaya. Sebaliknya baba yang segan dengan nenda" cerita Calla.

"Maleeka bahagia jadi isteri Nuh?" Soal nenda tiba-tiba buatkan air liur Calla terasa payau. Lambat-lambat Calla mengangguk.

Hakikatnya, tak pasti rumah tangganya sedang bahagia ke, berantakan ke, Calla tak tahu. Cara Nuh dan dia berkomunikasi pun hm, macam nak bergaduh pun ada. Tapi ada juga waktunya Calla rasa Calla perlukan Nuh untuk ada dengan dia.

Hm, tak tahulah. Fikir saja pun pening. Ambil kursus kahwin pun, pihak universiti yang taja. Calla budak-budak lagi masa itu. Tak terfikir pula kena kahwin ekspres dengan pak dato'.

"Nenda doakan rumah tangga cucu nenda berkekalan sehingga ke syurga. Jaga cucu nenda baik-baik ya Maleeka? dia yatim piatu yang hanya menumpang kasih sayang nenda. Nenda ni sayang semuanya termasuklah Maleeka" Nenda Asiah mengenggam tangan Calla penuh berharap.

"Nenda tak marahkan Nuh dan Lee lagi kan?" Tanya Calla perlukan kepastian. Nenda Asiah menggeleng sambil tersenyum.

Calla bangun dan memeluk tubuh tua itu lama.

"Terima kasih nenda. Lee sayangkan nenda juga. Terima kasih doakan Lee dan Nuh" ujar Calla gembira. Setidaknya, balik nanti dia boleh tengok wajah Nuh yang selamba seperti selalu.











"CALLA Lily, aku tahu kau buat-buat tidur. Bangun cepat!" Nuh berdiri di tepi katil bosan melihat lakonan seposen Calla yang pura-pura tidur selimut satu badan itu. Nuh mengibas-ngibas duvet tebal itu sengaja nak mencari pasal.

"Ish I mengantuklah dato', tidurlah dah pukul berapa dah ni" Calla buat suara mengantuk seperti setahun tidak tidur.

"Kalau kau bangun aku transfer RM500" umpan Nuh dan seperti yang dijangka, laju saja Calla menyelak selimut dan duduk bersila di hadapan Nuh.

Nuh senyum sinis.

"Bab duit laju kau ni ya? Dasar duitlistik!" Calla angkat bahu bangga barangkali. Ya lah, duit tu segalanya.

"Aku terima dua laporan, pertama kau pergi jumpa nenda. Kau buat apa?" Tanga Nuh seperti pengawai polis mengambil keterangan.

"Sajalah jumpa nenda. Pujuk dia dan...oh ya! Nenda ajak kita pergi rumah dia bermalam di sana esok. Itu sahaja dato'. Lagi?" Jawab Calla.

"Laporan kedua, kau ada apply personal loan. Kau buat apa?" Soal Nuh serius kali ini dan jelas Calla nampak terkejut.

Hampeh, tadi punyalah berangan dapat lihat lelaki di hadapannya ini happy, tapi tak pun. Nuh bukan main serius tahap dewa lagi.

"Ma-mana dato' tahu ni?" Calla gugup.

"Aku tahu daripada mana tu tak penting. Yang aku nak tahu kenapa kau buat loan tu? Apa masalah kau?" Tanya Nuh mendesak.

"Adalah, mana boleh bagitahu" Calla mahu mengelat.

"Jangan nak mengelat Calla Maleeka, apa duit yang aku masukkan ke akaun kau tu tak cukup ke? Ke kau ada beli benda bukan-bukan ni? Ada black market ke?" Tuduh Nuh.

"Mana ada! Dato' jangan nak tuduh-tuduh I eh" Calla menyepetkan matanya geram.

"Habistu? Terus terang je la dengan aku" Suara Nuh kembali mengendur. Tidak lagi setegas yang tadi.

"Sa-saya erm...saya...nak beli ru-rumah..." Calla berterus-terang juga. Membulat besar mata Nuh mendengarnya.

"Apa?! Kau nak beli rumah?!" Calla angguk mengiyakan.

"Kenapa? Taknak duduk rumah ni dah ke? Kau biar betul ni? Astaghfirullahalazim—" Nuh terduduk disebelah Calla sambil memicit pelipisnya runsing.

"Sungguh la, I nak landed house. I nak yang I design sendiri. My dream house. Lagipun duit yang I kumpul sikit-sikit tambah duit yang I rembat dari dato' tu dah cukup. Personal loan tu tak banyak pun. Tiga ratus ribu je" mahu terjojol biji mata Nuh.

"Tiga ratus ribu kau apply? Ya Allah Calla Maleeka, kenapa kau tak tanya aku dulu" kalau tadi Nuh terduduk, sekarang Nuh terbaring di atas katil.

"Ke-kenapa dato' salah ke?" Calla menyoal seriau. Seriau akan disembur semula.

"Aku dah ada landed house dah Lily. Kau nak rumah banyak-banyak kenapa? Nak buat jadual harini tidur rumah mana-rumah mana ke?" Calla gigit bibir.

Sudah...

"Manalah I tahu! Dato' tak pernah bagitahu I pun. Tapi I baru je apply and boleh je nak cancel? Ehee—" Calla buat muka comel. Mana tahu kalau Nuh sejuk hati sikit.

"Jadi kau selalu ber business dengan aku sebelum ni sebab rumah idaman kau tu ke?" Tanya Nuh dan Calla angguk tanpa ragu.

"Eeeee—" Nuh menarik telinga Calla kerana terlalu geram.

"Aaaaargh! Sakitlah orang tua!" Jerit Calla.

"Lain kali Allah bagi mulut tu bersuara Calla bersuara! Tanya aku. Bukannya buat kepala tau. Nanti semua orang ingat aku ni tak ada duit sangat nak sediakan perkara asas dekat isteri sampaikan isteri sanggup buat pinjaman pribadi" Nuh geleng kepala.

"Ala, sorrylah. Manalah I tahu..." Calla muncungkan bibir.

"Baba tahu tak? Ghibran?" Tanya Nuh.

"Tak semua orang tak tahu. Itu yang I pelik, darimana dato' tahu" Nuh menjeling Calla dari ekor mata.

"Husband instinct" Nuh tepuk dadanya riak.

"Ooooo" Calla mengangguk faham. Elok sangatlah, seorang sengal, seorang lurus.

"Thankyou" ucap Nuh tiba-tiba dan Calla bingung.

Calla sengetkan wajahnya dan mengintai seraut wajah tampan milik duaminya. Tak ada angin tak ada ribut Nuh ucap terima kasih. Petanda tiga kali jumaat lagi ke? Astaghfirullahalazim, tak baik Calla!

"Thankyou sebab berjumpa dengan nenda dan pujuk dia" Nuh senyum sikit dan Calla tiba-tiba rasa berdebar melihat senyuman lelaki itu. Nampak ikhlas.

"Oh ehem! Hm, you're welcome!" Balas Calla membalas senyuman Nuh juga.

"Kenapa muka kau merah? Sakit?" Tegur Nuh. Calla geleng laju.

"Tak ada apa-apa. Dato', boleh tak kita tidur. I rasa banyak sangat I bercakap dengan dato' harini. Tidur ea?" Ajak Calla. Penat berperang mulut dengan Nuh.

"Okay" Nuh akur.

















TBC.

Nuh's Secret Wife [C]Onde as histórias ganham vida. Descobre agora