B A B 17

15.4K 602 27
                                    












         "NUH tinggal Lee berapa lama?" Tanya Tan Sri Ammar. Calla yang nampak suram sedang menguis nasi itu mengelamun tidak dengar apa yang ditanya babanya. Ghibran menyenggol tangan si adik

"El, sampai mana dah mengelamun? Baba panggil pun tak dengar ke?" Usik Ghibran.

"Huh?" Calla baru sedar dari dunianya.

"Nuh pergi Dubai berapa lama?" Tanya Tan Sri Ammar semula.

"Oh, hm 5 hari kut" jawab Calla.

Kemudian, dia sambung mengelamun semula. Ni padahnya bila selalu berkepit sangat dengan suami. Bila dah kena berjauhan, Calla sasau. Makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur pun tidur-tidur ayam saja.

"Kenapa Lee tak ikut? 5 hari aje pun, bukannya lama" sampuk Puan Sri Bahiyyah.

"Saja, Lee pun ada kerja juga di office tu. Dato' pun pergi sebab berurusan. Kalau Lee ikut kerja Lee tak jalan dan Lee akan bosan" jawab Calla dan semua yang ada angguk faham. Tidak bertanya lagi.

"Tadi ada orang delivery bunga. Ada mama ambik letak di dressing table bilik Lee. Nuh kot yang bagi" beritahu Puan Sri Bahiyyah membuatkan Calla beriak teruja.

Ghibran di sebelah senyum senget. Dapat bunga muka terus ada senyum. Tadi macam kera tunggu pisang masak. Masam saja mukanya takda mood. Manja betul Calla sejak-sejak kebelakangan ini.

"Hek eleh, dapat bunga senyum. Tadi macam ayam kena gastrik je muka tu" ejek Ghibran dengki. Calla buat muka menyampah.

Aisy di sebelah pula menyenggol pinggang si suami yang kuat dengkikan adik ipar sendiri. Biarlah Calla nak bahagia dan dibahagiakan suami dia.

"Yang kamu dengkikan sangat adik kamu tu dah kenapa? Kamu nak bunga juga ke? Kalau nak, kejap lagi baba call uncle Vimalan bawakkan kalung bunga bagi kamu" Tan Sri Ammar menyampuk serius.

"Belikan je baba bagi Gibbs ni. Sibuk sangat" tambah Calla lagi.

"Tak mana ada, Gibbs saja je nak usik El. Baba janganlah ambil serius sangat" Ghibran sudah ketar lutut. Buatnya Tan Sri Ammar beli sungguh kalung bunga di kedai bunga india tu, malulah dia.

Aisy tergelak terhibur lihat suami sendiri kena bahan. Tadi bukan main seronok membahan Calla. Sudahnya, diri sendiri yang terkena.











PETANGNYA pula, Calla menerima kejutan berupa jambangan bunga ros merah pula. Tadi pagi dia dapat jambangan bunga calla lily. Melihat nama pengirim membuatkan hati wanitanya berbunga mekar lagi dan lagi. Nuh kasi dia bunga lagi lah. Calla mencium bunga ros tersebut, wangi!

Tidak lama selepas itu, telefonnya berbunyi minta segera diangkat.

"Hello, assalamualaikum D?" Sapa Calla dengan wajah yang ceria. Pasangan sedang dimabuk cinta katakan.

"Hye, waalaikumsalam flower. Suka tak dapat bunga? Comel kan flower dapat flower" suara Nuh kedengaran senang hati.

"Suka suka suka! Thankyou D" jawab Nuh manja membuatkan Nuh tersenyum sendiri membayangkan wajah comel isterinya nun jauh di Malaysia sana.

"Glad you like it. Flower, D rindu awak sangat-sangat ni. Macam lama sangat tak berjumpa. Macam mana nak buat?" hiperbola betul ayat pak dato' ni sorang. Dulu boleh je berjauhan dengan datin rahsia dia sampai bertahun-tahun.

"Its okay, D kan kerja. Kerja keras untuk kita okay? I kan isteri duitlistik D. 5 hari aje pun, esok dah tinggal 4 hari. Balik nanti, I kasilah D hadiah" pancing Calla sambil membelek jambangan bunga di tangan.

"Hm, okaylah. Nanti balik D tuntut hadiah tu. D nak mandi sekejap, baru touch down dan check-in hotel. Nanti dah settle apa yang patut, D call semula okay"

"Okay D, take care tau. Jangan lupa makan. Bubye" balas Calla Maleeka sebelum panggilan ditamatkan. Selepas itu dia mengangkat tinggi bunga tersebut meraikan.

Aaargh! ni yang sayang suami lebih ni.

"Amboi, pagi petang siang malam dapat bunga. Kumpul 7 jenis boleh buat mandi bunga lah dia" Tegur Ghibran sekadar mengusik sambil berlalu ke pintu membawa beg gajah milik anaknya. Dah nak balik pun menyempat lagi kacau si adik.

Al-maklumlah, Calla saja satu-satunya adik perempuan yang dia ada. Siapa lagi dia nak buli kalau bukan Calla Maleeka.

"Eh mestilah, dah suami kita sayang kita" jawab Calla dengan riak bangga. Boleh flex kot ada suami yang sweet tahap diabetes type A seperti Megat Nuh Iman.

Ghibran kemudian mencebik cemburu. Nak tunggu dapat bunga, mungkin arwah nanti kot. Takkan saja-saja Aisy nak bagi dia bunga. Itulah, nasib seorang anak lelaki.

Calla melintasi abangnya selamba dengan muka riaknya. Ghibran buat muka rimas.

"Eh ni ada kotak hadiah ni tercicir ni El. Suka sangat tayang bunga kat orang. Hadiah tercicir pun tak perasan" sua Ghibran saat terperasankan ada kotak hadiah bersaiz sederhana kecil di depan pintu rumah.

"Oh haah, tak perasan pun tadi. Thanks Gibbs" Calla mengambil hadiah tersebut dan dibawa sekali naik ke atas.

Kotak hadiah tersebut dibuka penuh berhati-hati dengan senyuman yang tidak luntur.

"Pendrive?" Calla pelik. Uniknya hadiah Nuh kali ini. Gambar dan video perkahwinan mereka ke yang Nuh mahu Calla tonton?

Di hati mempunyai semangat inkuiri yang menebal, Calla turun mengambil Macbooknya di meja kerja.














PAP!

BELUM Sampai ke penghujung, Calla menutup Macbooknya kasar. Dia menjambak rambutnya kebelakang dengan air mata yang jatuh berjuaraian tiada henti. Calla memeluk kedua lututnya dan menangis sepuas hati sambil menumbuk dada sendiri.

"Nuh, one more time please..."

"Enough Gibbs, I dah penatlah"

"Alaaa, baru sikit dah penat. Nak keluarlah kalau macamni"

"Okay-okay! I ikutlah kalau macamtu. Kita keluar sama-sama. Balik tu kalau nak sambung semula boleh sambung"

"Sungguh ni?"

Calla pekup mulutnya dengan bantal dan menjerit semahunya. Melepaskan apa yang sesak di dada. Terbayang-bayang perlakuan Ghibran dan Nuh sedang bersentuhan manja sesama mereka dan berhubungan terkutuk sedemikian rupa.

"Allah...sa-sakit...." Rintih Calla dengan wajah yang sudah sebab dan sayu. Banyak sangat air mata yang keluar hari ini.

"Ya Allah, tunjukkan kebenaran....sakit...." Tersedu-sedan Calla menangis.

Akal warasnya berfungsi tidak seiring dengan emosi selepas apa yang dia lihat tadi. Calla Maleeka tak boleh bayangkan dan terlalu jijik untuk dibayangkan bahawa suami dan abang sendiri pernah berhubungan songsang.

Dia menggeleng kepala beberapa kali bila terngiang-ngiang suara di dalam video tadi di dalam kepalanya.

Patutlah, dulu rapat semacam saja Ghibran dan Nuh. Sekarang perlahan-lahan Calla dapat mencantumkan semula klu-klu yang dia dapat.

"Kenapa buat I macamni...." Rintih Calla seakan-alan Nuh ada di depannya.

"..kenapa D tergamak hancurkan hati I macamni!" Amuk Calla sendirian.


























TBC.

Nuh's Secret Wife [C]Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum