B A B 23

17K 753 34
                                    








       DARI kejauhan Nuh boleh nampak kepulangan Calla dan juga Tok Sarimah. Daripada duduk, Nuh bangun mahu menyambut. Namun niat Nuh terbatal bila Calla berhenti mengejut di tepi jalan. Mujur tak jadi apa-apa.

"Oi mak hang jatuh! Pasaipa hang berhenti Lee?!" Mahu luruh jangung Tok Sarimah sebentar tadi.

"Alamak tok, suami Lee datang rumah lah tok. Macam mana ni?!" Calla menyoal cemas. Nuh sudah terpacak depan rumah. Maknanya betul lah yang berselisih dengan dia tadi tu kereta Nuh.

"Haa awatnya? Baguihla dah laki hang mai. Dia nak pujuk hang la tu" Tok Sarimah menyokong pula.

"Itu kalau dia nak pujuk tok, kalau nasib tidak baik mati Lee kena khutbah!" Gulp, Calla teguk liurnya yang terasa payau melihat renungan mata helang itu dari kejauhan.

"Siapa suruh hang buat kerja tak pikiaq panjang. Dahla, meh aku turun jalan la. Tak tenang aku naik moto dengan hang ni" bebel Tok Sarimah lantas turun dari motosikal. Dengan jubah maxi meleret bukan main, dia berjalan kaki pulang ke rumah.

"Eh tok! Alaaa, tok ni—-" rengus Calla runsing.

"Uit cucu tok, bilanya hang sampai?" Sapa Tok Sarimah bukan main ramah lagi.

Nuh senyum berprestijnya. Dia tunduk menyalam hormat tangan tua itu. Sebaik panggung dia jeling Calla yang baru masuk ke perkarangan rumah.

"Sampai tadi. Nampak je tok dengan isteri Nuh keluar" balas Nuh.

"Lah, kereta hang ka yang besaq tadi tu?" Nuh angguk mengiyakan.

"Lama jugakla hang tunggu dekat luaq rumah ni noh? Kesian la cucu aku. Jomlah masuk" Tok Sarimah mengusap lengan Nuh.

Nuh naik sekali dengan Tok Sarimah. Sambil-sambil itu dia perhatikan Calla yang sedang mengambil barang-barang yang dibeli di pasar tadi. Ingatkan Calla akan masuk ikut pintu depan, tetapi sangkaannya meleset sama sekali. Isterinya itu masuk ikut pintu dapur rupanya.

"Lee, hang loqlaq na. Laki hang mai dari jauh hang tak sambut pun dia. Lepastu hingaq kata tak reti pujuk lah apa lah" Calla dibebel nenek sendiri.

Dia pandang Nuh janggal dan menyua tangan untuk bersalaman. Nuh pun reti bahasa menyua tangannya untuk disalam. Situasi yang agak kekok tika itu. Calla tak bercakap pun dengan Nuh.

"Tok, Lee masuk bilik dulu. Nak tukar baju kejap" Calla beralasan mahu melarikan diri sebenarnya.

"Hah, bawak laki hang ni sekali masuk bilik. Suruh dia ambik beg baju dia masuk. Rehat-rehatlah dulu. Dari jauh mai" titip Tok Sarimah.

"Ta-tapi...Lee nak tidur mana nanti?" Soal Calla.

"Tidoq sekali la, apa masalahnya? Awat, hang nak tunjuk perasaan nak lari dari Nuh nak tidoq dengan aku ka?" Pulang Tok Sarimah garang.

"Boleh, Lee suka tidur dengan tok" angguk Calla laju.

Nuh pula memandang Calla tanpa lepas. Menjawab orang cukup laju si mulut becok ni.












CALLA MALEEKA runsing mahu mengelakkan diri dari bertembung dengan Nuh. Apakan daya, rumah Tok Sarimah ini hanya rumah kampung. Tak banyak ruang seperti di rumah keluarganya. Kalau tak, boleh Calla bersembunyi di banyak tempat.

"Yang hang duk terjengoi kepala macam kura-kura tu awat? Laki hang takdak, pi semayang jumaat. Mai tolong aku hidang lauk ni lagi baguih" gamit Tok Sarimah dan Calla bernafas kelegaan. Boleh la jadi normal sekejap sementara suami dia pulang.

Nuh's Secret Wife [C]Where stories live. Discover now