B A B 22

15.8K 699 31
                                    










        KEDUA- DUA rumah Nuh mencari Calla tetapi tiada. Barulah lelaki itu memilih untuk percayakan pengawal peribadi Calla yang memberitahunya bahawa Calla keluar seorang diri bersama dua beg bagasi.

Meluru dia keluar dan mendapatkan Asqan. Kolar kemeja lelaki itu dicekak kasar.

"Kenapa tak ikut dia?! Aku gajikan korang untuk apa?!" Nuh rasa suhu darahnya meningkat.

"Da-datin cakap dato' yang izinkan dia pergi. Maafkan saya dato'" Asqan ketar lutut.

Nuh melepas kasar kolar baju Asqan sehingga lelaki itu terbeganjak ke belakang. Telefon dikeluarkan dan cuba mendail nombor Calla lagi dan lagi. Tetap tidak diangkat.

Mana dia tidak risau, Calla keluar seorang diri. Mana si isteri pergi dia tidak tahu. Jika apa-apa jadi pada Calla pun Nuh takkan dapat access.

"Hello Gibbs," Itu solusi terakhir Nuh mahu mendapatkan info. Lagi terdesak, memang dia kan ke balai polis.

Nuh henyakkan punggung di sofa. Menyesal pulak menangkan ego lama-lama. Daripada elok boleh bercakap, tengok muka cantik isteri hari-hari sekarang terus takda. Padan muka Nuh!

Tidak lama kemudian, telefonnya kembali berbunyi minta diangkat.

"Hello? Hm—" jawab Nuh.

"El bawak nenek  balik kampung dekat Perlis. Mama yang bagitahu" maklum Ghibran dan mata Nuh membesar.

"Perlis?! Bapak jauhnya bini aku lari" bisik hati Nuh.

"Okay, thankyou Gibbs. Kaulah abang ipar terbaik aku" puji Nuh melambung dan Ghibran menyeringai geli.













TOK Sarimah memegang beg tangannya sambil menjeling Calla yang memandu laju. Patutlah tak sampai beberapa jam mereka dah nasuk ke negeri Perak kalau 160km/h perginya. Cucu bertuah betul.

"Slow sikit Lee, aku pening tengok hang bawak laju macam rocket" kata Tok Sarimah membuatkan Calla ketawa dan menurunkan kadar kelajuan.

"Maaf tok, ini tok ada nak singgah mana-mana tak? Berhenti RnR ke?" Tanya Calla prihatin. Faham sangat kalau bawak warga emas berjalan jauh.

"Hang mengantuk dak? Aku okay ja, tak rasa nak kencing lagi. Kalau mengantuk berenti la dulu. Dahla kita balik berdua ja ni" ujar Tok Sarimah lagi.

"Lee okay je tok, kalau macamtu kita terus lagi lah. Cepat sikit sampai. Tapi kalau tok nak berhenti tok bagitahu Lee tau" pesan Calla dan Tok Sarimah menyahut faham.

"Hang tak ajak laki hang sekali balik hantaq aku? Hang bergaduh ka dengan laki hang?" Teka Tok Sarimah dan Calla terngadah.

"Eleh hang tak berapa baik kan dengan laki hang, sebabtu hang kalut nak hantaq aku balik kan?" Tambah Tok Sarimah lagi.

"Mana adalah lah tok. Lee saja la nak hantar tok balik kampung. Perlis kan best, lama Lee tak balik kampung tok. Jadi apa salahnya" Calla menutup cerita.

"Aku ni makan garam dulu lah. Sekilas ikan di air aku boleh tahu cucu aku ada dalam masalah" Calla mengeluh perlahan. Tok Sarimah ni macam nujum pak belalang lah.

"Buat macam mana, cucu tok ni mulut lancang sangat. Kalau tak lari, nanti takut makin teruk pula masalah" beritahu Calla.

"Hang tak boleh buat macam ni Lee, apa-apa jadi pun bincang la baik-baik. Lari macamni bila masalah nak selesai?" Nasihat Tok Sarimah.

"Lee dah melampaui batas masalahnya tok. Cucu menantu tok tu tersakiti sangat-sangat dah. Apa boleh Lee buat lagi? Lee cuma boleh bagi dia masa untuk sembuh sendiri. Kita bukan reti pujuk-pujuk orang" Calla menceritakan situasi dia dan Nuh.

Nuh's Secret Wife [C]Where stories live. Discover now