B A B 16

16.7K 682 23
                                    








         


          BARU saja Calla hendak keluar dan pulang dari pejabat Nuh namun ada tarikan pula di tempat Adelin. Calla berdiri di sebelah Adelin dan memandang wanita yang beramput pendek paras bahu dan berpakaian ketat dan singkat separat lutut. Sayang, muka dah ekslusif tapi hm tak ada duit beli baju bertutup sikit.

"Ya nak apa? Cari siapa?" Tanya Adelin dan Calla serentak.

"Dato' Megat Nuh. Dia ada?" Beritahu perempuan itu dengan nada yang sengaja dikepit.

"Oh dato' ada, apa urusan cik ya? Kalau nak senang, ada buat temu janji. Siapa nama cik?" Jawab Adelin sambil membuka semula buku log.

Perempuan itu mula mencari akal mahu kelentong. Tak lepas Calla menatap dari atas ke bawah. Nuh memang kena berurusan dengan orang macamni ke? Nak kena!

"Nope! Tak ada, tapi I kenal dia" Calla cuba sedaya upaya untuk menyabarkan hatinya.

"Ask you twice, who are you?" Tegas Calla menyoal dan menahan wanita itu di depan pintu pejabat Nuh.

"Ahah, I Zenia Yuhara and I know who are you. Macam mana you boleh kahwin dengan abang Nuh eh? Senyap-senyap pula tu. Korang ada buat benda tak senonoh eh sebelum kahwin?" Tembak Zenia dengan wajah minta kakinya itu.

"Apa maksud you?" Soalan berbalas soalan, Calla bingung. Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba nak masuk campur hal rumah tangga orang. Melebih ni.

"Alaa, I tahu you faham maksud kata-kata I tu kan? Takkan lah tetiba kahwin senyap-senyap lepas bertahun baru bagitahu family kata korang dah nikah" Sambung Zenia dengan angkuhnya.

Calla memeluk tubuh memandang Zania atas ke bawah. Senyuman bertanduknya dihadiahkan pada gadis yang miskin akhlak itu.

"Sibuk nak tahu kenapa? Dengki? Sorry, Dato' Nuh tak layan budak mentah—" Calla mencebik membuat muka simpati memandang Zenia yang sudah mula berasap itu.

"You...bitch!"

Baru nak angkat tangan mahu singgahkan penampar, Calla cekap menangkapnya dan menolak kasar.

"You better back-off mad girl. Know your place, bukannya datang pejabat suami orang macam tak belajar adab" Calla mengetap gigi.

"Watch your words! Kau memang nak kena!" Zenia baran dan menyerang Calla.

Tidak berdiam diri, Calla melawan semula dengan menolak kasar sehingga terduduk anak orang seperti nangka busuk.

"Apa bising-bis— ya tuhanku, flower!" Nuh kecilkan matanya melihat pergelutan yang berlaku di depan matanya.

Adik sepupu sendiri sedang bercakaran dengan isteri tercinta.

"Hey! Sudah, jangan buat kecoh dalam office la. Flower enough! Zenia dahlah!" Nuh berada di tengah-tengah. Calla disorokkan di belakang dan Zania di hadapan. Mujur ada Adelin yang baru berfungsi menarik Zenia menjauh.

"D, budak ni start dulu!" Adu Calla yang memeluk pinggang Nuh.

"Abang, dia cakap Nia perempuan gila" Zenia buat suara gediknya.

Nuh's Secret Wife [C]Where stories live. Discover now