B A B 25

16.8K 604 14
                                    



 




       SEPANJANG perjalanan pulang ke rumah, jelas raut wajah Nuh tegang sekali. Calla menjeling sekilas Nuh yang langsung tidak membuka mulut sejak tadi. Tidak lama selepas itu, lepaskan sekali lagi keluhan dan mengendurkan sedikit tangannya.

"Janganlah serious macam ni, I tak suka" ujar Calla senada.

Sungguh Calla masih lagi terkejut bila melihat Nuh naik angin sakan tadi. Lelaki itu seakan lupa. Mujur tak teruk si Zenia Yuhara tu dikerjakan oleh Nuh. Bernasib baik juga ada adik iparnya tadi. Kalau tak, tak tahulah apa jadi.

Selepas Nuh mahu menyaman gadis itu atas alasan memfitnah dan mengugut, terus Zenia melutut meminta maaf. Yang salah tetap salah, Nuh tetap dengan pendiriannya.

Megat Yazeed dan Puan Sri Hanum tidak mampu berkata apa-apa. Membela si anak tidak, malah kesal dengan tindakan tidak berfikir panjang anak mereka. Mereka hanya sempat meminta maaf bagi pihak Zenia.

"Bodoh sangat alasan tak puas hati sebab kena halau. Tak perangai tu memang tak semengah" Nuh bernada dingin.

"D marahkan I? I punca dia buat macamtu. Kalau I tak serang dia dulu mesti takkan jadi macamni" ujar Calla.

Diam tiada balasan. Calla gigit bibir sambil membuang pandang ke arah luar tingkap. Betul lah maknanya Nuh marahkan dia.

"Tak adanya D nak marahkan awak, flower. D geram sebab dia sebar benda palsu yang jadi punca kita bergaduh dulu. Memang melampau!" Calla peluk lengan Nuh mahu meredakan amarah lelaki itu.

"Sabar D, D sayang I kan?" Pujuk Calla yang memang tak berbakat memujuk orang itu.

"Sayanglah, apa punya soalan lah flower ni" Nuh akhirnya tewas juga. Dia merebahkan kepalanya di atas bahu Calla. Tangan Calla yang disulamkan dengan tangannya itu dibawa ke bibir.

"Kalau sayang biar jelah peguam D buat kerja. Jangan terlarut dalam emosi D tu. I tak suka Dato' Megat I marah-marah macamni. Suami I bukan seorang pemarah" Calla mengusap pipi Nuh membuatkan Nuh terbuai.

"Okay D sorry sebab marah-marah"  hujung bahu Calla digigit geram. Bauan Versace Crystal Noir itu buatkan Nuh rasa nak makan Calla Maleeka. Wangi dan menyelerakan.

"D, skincare I dah tinggal sikit. Jom pergi beli?" Calla memberitahu. Nuh sudah senyum sambil menjeling Calla. Sekilas ikan di air, Nuh dah tahu ikan dalam air tu nak apa. Begitu juga dengan Calla Maleeka.

"Makan skincare eh flower? Nak berapa?" Tanya Nuh.

"RM1500?" Calla membuat mata kucing minta whiskas.

"Nah" Nuh mengeluarkan card american expressnya lalu diberikan pada Calla. Apa lagi, menyeringai sukalah wanita itu.

"Thankyou D, muah!" Pipi Nuh dikucup selamba. Apakan daya, Calla Maleeka isteri duitlistiknya sampai bila-bila.

"Bagi RM1500 baru nak dapat kiss" Bisik Nuh dan Calla tunduk malu.










"ISA nak kahwin dengan Rania" beritahu Megat Isa Iman di hadapan abang, nenda dan kakak iparnya. Nenda dan Nuh berlagak biasa saja. Cuma Calla yang terlebih teruja. Bahawasanya, Calla akan dapat biras dan geng di dalam keluarga suaminya ini nanti.

"Baguslah, dah ada duit dah ke nak pinang anak orang jadikan isteri?" Tanya Nuh.

"Inshaallah ada dan cukup. Lagipun, Rania ajak nikah terus taknak bertunang" sambung Nuh.

Nuh's Secret Wife [C]Where stories live. Discover now