4

11.2K 592 11
                                    

Zuhayr menutup deras pintu kereta tersebut. Dia kemudian bersandar di kerusi di bahagian tempat duduk penumpang sebelah pemandu sambil melepaskan lelah. Mask muka yang tersarung di wajah ditanggalkan. Lega apabila dapat meloloskan diri daripada terus berjemur di bawah cahaya matahari. 

Haih, semua ni berpunca daripada Faris sebab suka sangat bagi arahan tak habis!

"Woi! Cabut pintu kereta aku tu karang!"

Zuhayr hanya menjeling tajam sambil menolak dinding pipi dari dalam dengan menggunakan lidah. Kecil besar kecil besar aje dia tengok Faris sekarang ni.

"Dasar janji melayu! Suruh stand by tapi dekat setengah jam jugaklah aku berjemur kat luar tu. Baik aku tunggu kau call je."

Ketawa kecil terus meletus dari mulut Faris. Patutlah emo semacam. Marah sebab kena sidai rupanya.

"Aku suruh stand by tapi aku tak suruhlah kau siap berjemur kat luar macam tu. Kau ingat ni tepi pantai ke nak berjemur tengah panas terik macam ni? Tulah, siapa suruh kau tak faham arahan?"

Zuhayr memutarkan bebola mata sambil tayang wajah annoyed. Malas hendak bergaduh mulut dengan sahabatnya itu kerana dia tahu dia takkan pernah menang dengan Faris. Maklumlah, bekas budak debat masa zaman mereka belajar dulu. Zuhayr pun bukan reti sangat nak melawan. Sekali dua bolehlah.

"Seronok ke bengkel tu? Aku ingatkan kau tak nak pergi? " soal Faris. Dia melihat Zuhayr yang hampir melelapkan melalui ekor matanya.

"Entah. Tak sempat nak mula kau dah nak jemput aku. Mana aku tahu best ke tak."

Faris segera mengerutkan dahi sambil memerhatikan jam yang terpampang di bahagian dashboard kereta. Jam hampir menunjukkan pukul sebelas pagi.

"Lambatnya? Aku ingatkan pukul sepuluh tu dah habis bahagian intro."

"Intro panjang sangat. Lagi-lagi bila si Arif tu dah naik atas pentas. Dah macam sesi meet & greet pulak aku tengok."

Faris mengangguk perlahan tanda faham. Nampak gayanya kalau ada Arif memang dah lari sikit motif event tu. Kesian pula dengan peserta yang betul-betul berminat untuk menuntut ilmu penulisan.

"Ah, by the way, tak ada orang yang cam kau ke?"

Zuhayr lantas menggelengkan kepala.

"Tak. Aku pun pakai nama adik aku si Zhareef since dia yang tolong daftarkan untuk aku haritu. Nasib baik diorang tak tanya lebih-lebih."

Sekali lagi Faris mengangguk perlahan. Suasana dalam kereta itu tiba-tiba menjadi hening apabila keduanya mula melayan perasaan masing-masing.

Zuhayr yang tadi diam mula teringat akan sesuatu. Dia lantas melemparkan pandangan ke luar tingkap kereta sambil otaknya ligat berfikir.

Siapa agaknya gadis yang duduk di sebelahnya tadi? Dia pasti dia pernah melihat wajah itu tapi tak pasti pula di mana dan bila.

Hatinya sedikit terusik apabila mengenangkan reaksi gadis itu yang hanya beriak biasa apabila mendengar nama Aurel. Kalau orang lain, bila dengar nama Aurel semua bagaikan teruja. Nak lebih extreme, sampai ada yang seakan-akan terkena sawan sebab terlalu seronok. 

Itu kata Farislah. Dia sendiri belum pernah bertemu dengan peminatnya di alam nyata kerana lebih selesa menyembunyikan identitinya daripada pengetahuan umum.

Zuhayr sempat sembunyi senyum sebelum dia kembali memejamkan matanya.

****

Zuha membasuh wajahnya berulang kali bagi menghilangkan rasa mengantuk yang sedang menguasai diri.

Bengkel penulisan itu masih belum tamat. Tapi nak tak nak, terpaksa juga dia keluar ke tandas untuk menyegarkan diri.

HER BEAUTIFUL CONSOLATION - CМесто, где живут истории. Откройте их для себя