29

10.5K 739 57
                                    

Puan Mariam mengetuk pintu bilik Zuha sebelum dia menguak perlahan pintu tersebut. Dia menghampiri Zuha yang sedang termenung sambil melemparkan pandangan ke luar tingkap.

Senyuman pahit terukir. Semakin dekat tarikh pernikahan, Zuha menjadi semakin murung. Bercakap hanya sepatah. Makan pun sekadar untuk mengalas perut. Zuha lebih gemar berkurung di dalam bilik tanpa bertegur sapa dengan sesiapa pun.

Puan Mariam lantas menghenyakkan punggung di sebelah Zuha lalu diusap lembut kepala anaknya itu.

"Kakak, janganlah termenung macam ni. Esokkan hari bahagia kakak? Nanti hilang pula seri pengantin tu."

Zuha hanya menayangkan riak wajah kosong. Seolah-olah tidak berminat untuk berbual dengan ibunya. Dia kemudian melihat jemarinya yang sudah dihiasi dengan inai yang berwarna merah pekat. Tak sangka, hari itu akan tiba juga. Namun dia tidak tahu siapakah yang bakal menjadi suaminya itu. Bila ditanya, ibunya hanya tersenyum.

Haih, kalau terkahwin dengan Izham macam mana? Zuhayr ni pun satu. Lepas beria janji itu ini, lelaki itu terus lesap tanpa khabar berita. Macam manalah dia tak risau.

"Kakak lepas ni dah jadi isteri orang. Jangan lupa dengar cakap suami. Layan dan hormatkan suami. Ingat, syurga kakak berada di bawah telapak kaki suami kakak."

Akhirnya, Zuha mengangguk. Nak tak nak terpaksa la juga dia menerima nasihat itu.

Syurga? Sememangnya akan menjadi syurga jika suami itu menyantuni isterinya dengan baik. Tapi jikalau perangai suami itu sebaliknya, adakah itu masih layak dipanggil syurga?

"Insyaallah, ma. Ma doakan kakak, tau?"

Puan Mariam mengukirkan senyuman nipis sambil menarik Zuha ke dalam pelukannya. Belakang tubuh anak gadisnya itu dielus lembut. Tiba-tiba terbit sebak di dadanya apabila mengenangkan yang Zuha akan menjadi isteri orang tak lama lagi.

"Ya, sayang. Ma tak pernah lupa untuk doakan kakak. Ma tak sangka anak ma ni dah nak jadi isteri orang."

Zuha tersenyum tipis lalu mengeratkan pelukan itu. Matanya terpejam seketika. Ternyata hanya pelukan inilah yang mampu menenangkan hatinya yang sedang resah ketika ini.

Tak lama selepas itu, Puan Mariam meleraikan pelukan mereka berdua lalu melabuhkan sebuah ciuman ringkas di atas dahi milik Zuha.

"Dahlah. Ma keluar dulu. Kakak jangan berjaga lewat sangat pulak. Nanti mata tu tak memasal jadi mata panda." ujar Puan Mariam lagi sambil mencuit hidung Zuha sebelum meninggalkan gadis itu sendirian.

Zuha hanya mengukirkan senyuman hambar lalu kembali menatap bulan yang sedang mengambang pada malam itu setelah ibunya menutup pintu biliknya.

Sedang dia ralit melayan perasaan, tiba-tiba telefonnya berdering menandakan ada panggilan masuk. Zuha lantas mendapatkan telefon tersebut tanpa melihat nama yang tertera di atas skrin telefon itu.

"Assalamualaikum, pengantin baru."

Makin lebar senyuman Zuha sebaik sahaja dia mendengarkan suara itu. Suara yang sudah lama dia tidak dengar sejak dia pulang ke kampung.

"Waalaikumussalam, belum lagi pengantin barulah."

Zuha bingkas bangun lalu merebahkan tubuh ke atas katil. Suara lunak merdu itu ketawa membuatkan Zuha tidak putus senyum sejak dari tadi.

"Anyway, tahniah Zuha. Sorry sangat sebab tak dapat datang ke majlis kau."

"Tak apa, Hawa. Aku tahu kerja kau tak menentu. Majlis aku pun rushing. Tahu-tahu aje esok aku dah kena kahwin. Dahlah aku tak tahu lagi siapa bakal suami aku."

HER BEAUTIFUL CONSOLATION - CWhere stories live. Discover now