40

11.1K 584 16
                                    

Zuha menutup skrin notebook computer sambil menghela nafas lega. Dia kemudian bersandar di kerusi lalu kepala mendongak ke siling. Lega kerana akhirnya dapat juga dia berehat setelah hampir beberapa hari dia berhempas pulas menyiapkan kerja freelance yang perlu dihantar secepat mungkin.

Disebabkan itu, Zuha juga sudah jarang meluangkan masa bersama Zuhayr memandangkan suaminya itu turut sibuk dengan kerjanya. Lelaki itu juga seringkali pulang lewat menyebabkan mereka sudah jarang bertemu walaupun berada dalam satu rumah yang sama.

Jam menunjukkan pukul sebelas pagi. Tiba-tiba, timbul idea untuk mengajak Zuhayr keluar makan tengahari bersama memandangkan sekarang sudah hampir waktu rehat. Boleh juga Zuha melepaskan rindu terhadap lelaki itu. 

'Buat surprise pun macam best jugak, kan?' getus hati kecilnya. 

Zuha bingkas bangun untuk bersiap sedia ke pejabat Zuhayr. Hatinya turut berasa teruja. Tak sabar pula hendak bertemu dengan suami tercinta. 

****


Zuhayr mencampakkan pen yang dipegang ke atas meja. Cermin mata ditanggalkan sebelum dia meraup wajahnya berulang kali.

Terdapat beberapa projek yang bakal dijalankan dalam masa terdekat perlu dia semak semula dek kerana mempunyai masalah dalaman yang tiba-tiba timbul sejak kebelakangan ini. Semua itu benar-benar memeningkan kepalanya. Itu belum lagi campur dengan masalah yang dihadapi oleh syarikat milik keluarga suami Mia. Rasa macam nak pecah kepala ni pun ada.

"I minta maaf sebab libatkan you dalam masalah family I. Tapi I betul-betul terdesak perlukan pertolongan you dengan Faris."

Mia yang duduk bertentangan dengan Zuhayr hanya mampu mengukirkan senyuman segaris.

"I tahu yang pakcik suami I memang dah lama aim untuk rampas company tu tapi I tak sangka dia boleh bertindak pantas sampai macam ni sekali. Seolah-olah semuanya dah dirancang dengan teliti sejak awal. I dengan husband fikir kitorang dapat lengahkan masa sementara tunggu ayah mertua I sembuh. Kebanyakkan projek yang dia caras semuanya melibatkan jutaan ringgit menyebabkan sebahagian shareholder dah mula berasa ragu-ragu dengan kedudukan ayah mertua I. I bimbang kita tak sempat siapkan semuanya sebelum AGM start bulan depan." ujar Mia panjang lebar sebelum melepaskan keluhan.

Zuhayr lantas menggeleng sebelum dia meletakkan semula cermin mata miliknya di pangkal hidung. 

"Tak apa, Mia. I faham perasan you sekarang ni. I dan Faris cuba tolong mana yang mampu, okay? You jangan risau. Kita masih ada masa lagi untuk selamatkan company tu. Projek besar macam tu selalunya akan ambil masa lama sikit untuk dimulakan sebab melibatkan banyak pihak. So I rasa kita masih lagi sempat untuk pujuk shareholder sebelum AGM tu start. "

Mia mengukirkan senyuman lega. Mujurlah ada Zuhayr dan Faris yang sudi membantu dirinya. Dia kemudian melirik jam tangan yang sedang menunjukkan pukul satu petang. 

"Anyway, mana Faris? I datang sini sebab dah janji nak discuss pasal kes money laundering tu dengan dia. Haih, banyak betullah nak kena settle."

Mia mengeluh lagi sambil memicit perlahan bahagian pelipis. Projek besar kena caras, kes penyelewengan wang syarikat oleh orang dalam, nak pujuk shareholder lagi. Fuh, sikit lagi kepala ni nak berasap!

"Kejap lagi sampailah tu. Mungkin traffic jam kot." ujar Zuhayr sambil matanya menatap kembali kertas kerja yang berada di atas meja. 

HER BEAUTIFUL CONSOLATION - CWhere stories live. Discover now