58

12.4K 647 18
                                    

Wajah Izham dipandang bersama air mata yang sedang bertakung di tubir mata. Seakan-akan mencari kebenaran di sebalik mata yang sedang memerah itu.

"Y...you tak bergurau kan Izham?"

Tangan yang menggenggam pergelangan tangan Dian dilepaskan. Kedua bahu Izham mula mengendur. Rahsia yang selama ini tersimpan rapi akhirnya terbongkar jua. Biarlah. Dia sendiri sudah penat untuk menghadapi semua ini.

"Kenapa? Kau sukalah sebab lepas ni kau boleh minta untuk aku lepaskan kau supaya kau boleh pergi kat jantan tu. Itu yang kau rancang selama ini, kan?"

Wanita itu terdiam. Anak matanya segera dilarikan. Tiba-tiba dia tidak mampu untuk menatap anak mata lelaki itu.

"Aku bodoh sebab terlalu mudah percayakan kau sehingga aku sanggup melukakan hati Zuha." Anak mata Izham kini jatuh ke atas perut Dian yang sudah semakin menampakkan bentuk.

"Aku kasihankan anak yang kau kandungkan tu sebab dia tidak berbapa. Jadi sebab itu aku buat keputusan untuk tetap berkahwin dengan kau walaupun pada awalnya aku menolak. Aku bermati-matian pertahankan kau depan keluarga aku bukan sebab kau tapi sebab budak tu, Dian. Aku tak nak budak tu jadi mangsa akibat perbuatan kau. Budak tu tak bersalah!"

Izham mendongak sekilas sebelum dia kembali melihat wanita itu. Sebuah nafas dihela lemah sebelum dia menyambung bicara.

"Aku bodoh. Aku fikir kau akan berubah selepas aku berkahwin dengan kau. Tapi aku silap! Perangai kau semakin menjadi-jadi. Kau fikir aku tak tahu yang kau senyap-senyap berjumpa dengan jantan tu? Kenapa Dian? Tak cukup lagi ke dengan apa yang aku bagi kat kau selama ini?"

Dian mula terjelopok di atas lantai apabila merasakan lututnya semakin lemah. Kepalanya menggeleng berulang kali. Kata-kata Izham membuatkan Dian semakin keliru dan tak tentu arah.

"You tipu, Izham. You cakap semua semua ni semata-mata untuk melindungi Zuha. You takut I akan mengapa-apakan dia, kan?"

Izham berdecit. Rambutnya sengaja dikusutkan. Ya Allah, apa lagi Dian ni nak?

"Enough, Dian! Enough!" Jerkahan lelaki itu membuatkan Dian tertunduk menekur lantai.

"Cukuplah libatkan orang lain dalam hal kita berdua. Lagi pula, untuk apa aku menipu, Dian? Aku tak dapat untung apa pun bila aku dedahkan aib sendiri. Dan kau, apa yang kau dapat bila kau bertuhankan ego dan dendam kau? Kau fikir bila kau hapuskan Zuha, kau boleh selamat? Siapa nak selamatkan kau, Dian? Lelaki yang konon kau percayakan tu pun dah tak ada." tutur Izham lagi.

Dian terdiam seribu bahasa. Kata-kata Izham sedikit sebanyak berjaya mengusik hatinya. Dia seolah-olah tersedar daripada lamunan panjang apabila mendengar bait akhir lelaki itu.

"Lelaki tu dah meninggal dunia sewaktu polis dalam cubaan untuk mengejar dia semalam. Kereta yang dia pandu hilang kawalan dan akhirnya terhumban ke dalam sebuah gaung. Kereta tu pun dah meletup jadi pihak polis cuma jumpa mayatnya berada dalam keadaan rentung." ujar Zuhayr seraya berjalan untuk mendapatkan isterinya.

"Sayang okay?" soal Zuhayr sambil membelek wajah Zuha. Hatinya mendongkol geram apabila melihat kesan darah yang masih tersisa di hujung bibir isterinya. Terdapat juga beberapa kesan merah di pipi Zuha menyebabkan rahang milik lelaki itu mula mengetat.

Zuha yang seakan-akan mengerti akan riak wajah Zuhayr segera memeluk pinggang suaminya. Dia turut menggeleng sekilas sambil memandang wajah itu. Dan akhirnya Zuhayr hanya mampu untuk berdecit perlahan, faham dengan isyarat yang diberikan oleh isterinya.

Izham menghela nafas buat kesekian kalinya. Perlahan-lahan dia menghampiri Dian yang sepertinya kaku sejak dari tadi. Air mata yang menghiasi wajah wanita itu diseka perlahan.

HER BEAUTIFUL CONSOLATION - CWhere stories live. Discover now