56

11.7K 586 12
                                    

"Apa semua ni, Dian Izzara? Siapa jantan yang berkepit dengan you tu?"

Izham mencampakkan beberapa keping gambar ke atas meja makan. Wajahnya menegang sambil memandang tajam ke arah Dian yang sedang menjamah makanan di meja makan.

Dian terpegun. Matanya mengamati gambar-gambar tersebut sebelum dia melepaskan keluhan kecil. Dia sudah menjangkakan bahawa hal ini akan berlaku juga. Gambar-gambar tersebut merupakan gambar dia dan Arif berada dalam keadaan mesra sebelum lelaki itu tiba-tiba menghilangkan diri tanpa sebarang khabar berita.

Dan ya, lelaki itu pergi bersama janji-janji yang telah ditaburi sebelum ini tanpa sempat lelaki itu tunaikan semuanya.

"You intip I? Nampak sangat you tak percayakan I. Kenapa? You dah menyesal sebab tinggalkan tunang you demi I?"

Senyuman sinis terlakar di wajah. Dian masih cuba untuk kekal tenang walaupun sebenarnya jauh di sudut hati dia sudah mula berasa gugup. Dian hanya mampu melarikan anak matanya daripada memandang wajah tegang Izham.

"Jangan libatkan Zuha dalam hal ni. Dia tak ada kaitan langsung dalam hal kita. You sebagai isteri I sepatutnya jaga kehormatan you. Bukannya bermesra dengan jantan lain. You betul-betul buat I jadi lelaki dayus, Dian!"

Izham meraup wajahnya berulang kali. Ya Allah, adakah ini kifarah atas apa yang telah dia lakukan terhadap Zuha suatu ketika dahulu?

"I tanya sekali lagi. Siapa jantan tu? Apa hubungan dia dengan you? Skandal you ke apa?" Suara Izham naik seoktaf apabila Dian masih tidak menjawab soalannya. Kesabaran Izham mula tercabar apabila melihat riak wajah Dian yang seakan-akan tidak rasa bersalah itu.

Dian mula berdecit. Sudu yang dipegang sejak tadi dihempaskan ke atas meja. Dia mula berasa sebal. Izham sekarang sudah berani meninggikan suara kepadanya.

"You jangan nak marah-marah I boleh tak? I ni tengah mengandung. You dah lupa ke doktor tak bagi I stress? Annoying betul dengan perangai you ni. Asyik nak marah je."

Wanita itu bingkas bangus dan ingin beredar dari situ tanpa menjawab dahulu soalan Izham yang masih tergantung. Namun, langkahnya terhalang dek lelaki itu menggenggam erat pergelangan tangan Dian sekuat hati sehingga wanita itu meringis kesakitan.

"Iz... Izham. Le...lepaskan!"

Dian cuba untuk merentap kembali tangannya namun apakan daya, dia tidak mampu melawan tenaga lelaki itu.

"You jangan ingat I diam, I tak peka dengan keadaan sekeliling I. I tahu segalanya tapi I mahukan kejujuran daripada you. Sekarang, beritahu I siapa lelaki tu?!"

"Di...dia rakan sekerja I. Dia janji untuk pulihkan semula career I sebagai penulis."

Izham mendengus geram. Hati mula disapa rasa marah yang semakin menggunung. Kawan? Kawan apa sampai bermesra bagaikan sepasang kekasih?

"Habis tu, I ni apa Dian? I ada cuba untuk bantu you tapi you tolak atas alasan hendak berdikari! Tapi sekarang you pula yang beria minta tolong dengan lelaki yang entah apa-apa!"

"Dia bukan lelaki entah apa-apa, Izham! Dia pun seorang penulis. Dia lebih tahu caranya jika hendak dibandingkan dengan you! You cuma tahu tentang hal korporat. You tak pernah faham tentang bidang kerjaya I!"

Suara Dian turut melengking kuat. Dia terus merentap kasar tangannya. Kesan merah akibat genggaman kuat Izham semakin kelihatan membuatkan Dian meringis sekali lagi.

Izham terpana sesaat sebelum dia menghembuskan nafas marah. Sebuah renungan tajam turut dihadiahkan kepada wanita itu. Perangai Dian betul-betul sudah melampaui batas. Rasa hormat kepada suami sudah terbang entah ke mana.

HER BEAUTIFUL CONSOLATION - CWhere stories live. Discover now