7

10.1K 550 15
                                    

Dian mendengus kasar. Journal yang berada di tangan sengaja dilemparkan ke atas meja kerja yang agak berselerak itu. Berita yang baru sahaja disampaikan oleh Fara Amira selaku pembantunya benar-benar membuatkan amarahnya menggelegak. Sungguh dia rasa naik angin ketika mendengar kata-kata Fara  sebentar tadi. 

Aurel tolak untuk berkolaborasi dengan dia? Seriously?

"Seriously dia reject macam tu aje?"

Fara mengangguk perlahan. Sengaja dia melarikan pandangan daripada menatap wajah Dian yang tegang sekarang ini. Nanti tak pasal-pasal pula dia kena 'sembur' juga. 

"Itu apa yang assistant dia inform kat aku. Aurel terpaksa reject sebab dia sendiri busy dengan kerja hakiki. Dia takut tak dapat bagi komitmen kalau dia terima juga projek ni." terang Fara.

"Ah, itu semua alasan! Aurel ni memang bodoh sombong. Kita bukan nak jatuhkan dia tapi nak naikkan nama dia juga! Ish!"

Dian berdecit. Serta-merta senyuman sinis tersungging di bibir. Keputusan Aurel untuk menolak ajakannya dalam mengadakan kolaborasi benar-benar mencabar keegoan seorang Dian Izzara. Jawapan yang dia terima dalam masa sehari selepas pelawaan itu diberikan membuatkan Dian terasa seperti penulis misteri itu menolak dia mentah-mentah tanpa berfikir panjang. 

"Emm, mungkin dia memang betul-betul sibuk. Kita pun tak tahu dia tu siapa. Tapi kau tak perlu risau. Kau boleh teruskan projek kau tu dengan Arif Hawwari. Dia pun okay apa? Famous pun iya juga kalau nak dibandingkan dengan Aurel tu." 

Terjungkit kedua belah kening gadis itu apabila mendengar nama lelaki itu. Arif Hawwari? Memang tidak dinafikan yang Arif lebih popular berbanding dengan Aurel dalam kalangan pembaca. Tapi Arif sangat licik. Dian sebolehnya tidak mahu terlibat langsung dengan lelaki itu. Cukuplah dengan isu dia menuduh Aurel plagiat karyanya suatu ketika dulu. Dia tidak mahu menjadi mangsa lelaki itu yang seterusnya pula. 

Fara menggosok lembut bahagian tengkuk apabila melihat Dian seperti sedang memikirkan sesuatu. 

"Why not kau try dulu collab dengan Arif? Mana tahu lepas ni kau ada peluang pulak untuk buat collab dengan Aurel."

"Arif tu licik orangnya. Dia tu bila-bila aje boleh tikam belakang kita. Aku tak nak benda macam tu terjadi kat aku."

"Tapi untuk kebaikan kau juga. Cuba kau tengok, berapa ramai penulis jadi terkenal selepas collab dengan dia? Nama kau sekarang tengah naik dalam kalangan pembaca. Bayangkan bila kau collab dengan lelaki tu? Lagi mencanak naik kau punya populariti. Takkan kau tak nak?"

Kata-kata Fara sedikit sebanyak berjaya membuatkan Dian terdiam seketika. Dalam diam dia bersetuju dengan kata pembantunya itu. Inilah masanya untuk menambahkan jumlah bilangan followers dan peminat dia. Akhirnya Dian mengangguk tanda setuju. 

"Suka hatilah. Aku serahkan semuanya kat kau. Nanti apa-apa inform aku."

Fara turut mengangguk kecil.

"Oh ya. Sebelum aku lupa, macam mana dengan progress novel baru kau tu? Aku harap kau tak bertangguh lagi, Dian. Nanti bising pula Puan Nurin tu. Lagipun kau sendiri yang nak novel kau release dalam masa terdekat ni, kan?"

Dian hanya mencebik. Dia kemudian memutarkan tubuh untuk menghadap cermin yang tergantung di dalam bilik itu tanpa memandang wajah Fara. Letih juga kalau asyik jawab soalan yang sama aje.

"Sabarlah. Aku tengah siapkan manuskrip tu. Masih ada masa lagi, kan? Dahlah. Aku dah kena masuk kerja ni."

"Kau masih kerja kat kafe tu? Kau tak nak berhenti ke? Bolehlah kau jadi full time novelis pulak." Kedua kening Fara bertaut rapat. Inilah masalah Dian. Dian sepatutnya sudah boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada karier utamanya iaitu penulis novel. Tapi Dian masih juga berdegil untuk terus bekerja di kafe itu menyebabkan kadang-kala rancangan untuk menerbitkan buku baharu akan mengambil masa dek kerana kekangan waktu untuk menyiapkannya. 

HER BEAUTIFUL CONSOLATION - CWhere stories live. Discover now