53

12.4K 723 37
                                    

"Ini ke rumahnya?" soal Faris seraya menarik handbrake kereta. Pandangan masih lagi dihala ke luar tingkap kereta. Mereka berdua kini berada di hadapan rumah sewa milik Zuha. Rumah itu kelihatan sunyi sepi seperti tidak berpenghuni membuatkan Faris berasa ragu-ragu tentang keberadaan Zuha di rumah tersebut.

Zuhayr turut mengintai keadaan rumah tersebut. Dia sememangnya yakin bahawa itu adalah rumah sewa milik isterinya kerana dia sendiri pernah menjejakkan kaki ke sini suatu ketika dahulu.

"Emm, inilah rumahnya. Aku pernah datang sini sebelum kitorang kahwin dulu."

"Err, tapi macam sunyi je rumah ni. Kau pasti ke dia ada kat sini?"

Zuhayr mengangguk sekilas. Dia turut memuncungkan bibir ke arah kereta Myvi yang sedang terparkir elok di dalam kawasan rumah itu.

"Tu kereta dia. So, dia mesti ada kat dalam rumah juga." Tali pinggang keledar lantas ditanggalkan. "Kau tunggu sini sekejap. Aku nak pergi check dulu."

Faris mengangguk tanda faham. "Okay. Anything call aje aku."

Zuhayr bingkas keluar dari perut kereta itu. Kedua kakinya kemudian terpasak di hadapan pagar rumah sebelum dia mula memberi salam.

"Assalamualaikum."

Salam diberi berulang kali namun tiada sahutan. Zuhayr juga ada cuba menghubungi isterinya namun panggilan tersebut tidak diangkat. Lantas Zuhayr melangkah masuk sehingga ke pintu utama rumah itu.

Zuhayr mencuba pula mengetuk pintu utama tetapi malangnya masih lagi tiada respon. Mustahil juga isterinya itu tiada di rumah kerana masih terdapat sepasang sandal yang tersusun elok di hadapan pintu. Pintu grill rumah juga tidak berkunci membuatkan Zuhayr yakin tentang keberadaan Zuha di rumah ini.

Tanpa berlengah lagi, Zuhayr terus memulas tombol pintu. Kedua keningnya serta-merta terangkat. Eh? Pintu tak berkunci?

"Sayang?" Zuhayr memanggil perlahan isterinya sambil menapak masuk ke dalam rumah itu. Hatinya mula dihempas rasa gemuruh.

Sekali lagi keningnya terangkat. Ruang tamu itu hanya dihiasi dengan sebuah meja jepun dan sebuah rak kecil yang menempatkan sebuah televisyen di atasnya.

Dia kemudian menghampiri sebuah bilik tidur lalu dikuak perlahan pintu tersebut. Di dalam bilik tidur utama ini terdapat sebuah katil bersaiz king dan juga sebuah meja study berhampiran dengannya. Di tepi dinding pula terdapat beberapa kotak pelbagai saiz yang tersusun rapat dan kemas. Ini pasti milik isterinya yang sengaja ditinggalkan di sini.

Memandangkan bilik itu hanya kosong dan tidak berpenghuni, Zuhayr lantas keluar kembali dari bilik tersebut. Dia kemudian menyusun langkahnya ke arah bilik sebelah.

Perasaan gementar semakin menjadi-jadi. Zuhayr membasahkan sekilas bibirnya yang kering sebelum dia membuka pintu bilik itu. Baru sahaja dia hendak memulas tombol pintu itu tiba-tiba dia terdengar esakan kecil menyebabkan kaki Zuhayr seolah-olah dipaku dan tidak dapat bergerak.

"Hawa, happy birthday. Aku minta maaf sebab tak sempat sediakan kek kegemaran kau. Kau tahu kan, aku sibuk uruskan Zuhayr kat hospital? Ini pun mujurlah dia dibenarkan balik pagi tadi. So, dapatlah aku sambut birthday kau macam biasa."

Kedengaran suara Zuha seperti bercakap dengan seseorang. Hati Zuhayr mula dihurung rasa hiba. Dia tidak menyangka bahawa keadaan isterinya boleh menjadi seteruk ini.

Di dalam bilik itu, Zuha memeluk kedua lutut sambil bersandar di birai katil. Sebuah senyuman kelat terukir di wajah lesu itu. Dia kemudian menyambung bicaranya dengan tersedu-sedu melalui suaranya yang agak serak.

"Sampai sekarang, dia masih belum ingat yang aku ni adalah isterinya. Kau tahu tak, dia ingat semua orang kecuali aku. Kenapa ya? Aku ni tak penting ke dalam hidup dia sampai dia tak ingat langsung tentang aku?"

HER BEAUTIFUL CONSOLATION - CWhere stories live. Discover now