His Beautiful Consolation 3

7K 362 6
                                    

"Sayang, weekend ni awak free tak?"

Dia memandangku sekilas sebelum matanya menghala semula ke arah novel yang sedang dibacanya sejak dari tadi.

Perasaan janggal mula menguasai diri tatkala aku melihat novel yang sedang berada di tangan isteriku. Aku juga dapat merasakan kedua pipiku seakan-akan membahang. Sejak kebelakangan ini, dia seringkali menghabiskan waktu senggang dengan membaca karya milikku. Padahal masih terdapat banyak lagi koleksi novel yang lain berada di rak kami berdua.

Kadang kala aku berasa hairan juga dengan tingkahnya. Terdahulu, dia sendiri pernah memberitahu kepada sahabat baikku bahawa dia tidak meminati penulis misteri yang bernama Aurel itu. Namun, kata-katanya itu sangat bertentangan dengan apa yang aku lihat sekarang ini.

Oh, ya. Sehingga kini, dia masih lagi tidak mengetahui tentang identiti sebenar penulis misteri bernama Aurel itu. Aku masih lagi tidak berpeluang untuk memberitahu kepadanya tentang perkara ini. Entahlah. Lagipun, ianya bukanlah suatu hal yang mustahak. Mungkin ada peluang nanti akan aku ceritakan segalanya tanpa ada satu pun yang tertinggal.

"Insyaallah, saya free. Kenapa?"

"Betul awak free? Awak tak ada syif malam ke masa tu?"

Novel yang berada di tangan ditutup rapat. Dia memutarkan tubuh supaya dapat menghadapku yang sedang berdiri tidak jauh darinya. Kini, seluruh perhatiannya mula tertumpu ke arahku.

"Betul. Awak dah lupa ya yang saya tak kerja kat kafe tu lagi?"

"Allah. Saya lupa pasal hal tu."

Serta-merta tanganku menepuk perlahan bahagian dahi. Sungguh, aku benar-benar lupa bahawa sudah hampir seminggu isteriku tidak bekerja di situ atas beberapa faktor lebih-lebih lagi apabila ianya melibatkan keselamatan dirinya. Dia akhirnya menerima saranan aku untuk bekerja secara bebas ataupun 'freelance' memandangkan dia tidak mahu bekerja di syarikat milik keluargaku.

Dalam diam, sebenarnya aku bersyukur kerana isteriku seorang yang mudah untuk dibawa berbincang. Dia juga sering meminta pendapat aku terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Ini membuatkan aku benar-benar rasa dihormati sebagai seorang suami.

"So, ada apa dengan hujung minggu ni?"

Aku menjungkitkan kedua belah keningku sambil tersengih. Aku memang sengaja tidak mahu memberitahu tentang rancanganku itu. Jika aku beritahunya sekarang, maka tidak menjadilah kejutan aku untuknya nanti.

"Emm, adalah.... surprise." ujarku.

Isteriku mendengus perlahan sambil menggulingkan mata tanda tidak berpuas hati dengan jawapan yang aku berikan. Aku hanya ketawa kecil. Kini mindaku mula merangka pelbagai idea yang bakal aku laksanakan demi menjayakan rancanganku itu.

****

Aku menghembus nafas lega. Hampir dua jam aku bertungkus-lumus mendirikan glamping di halaman rumah seorang diri. Berpeluh sakan dibuatnya. Namun begitu, segala penat lelahku pudar ketika melihat glamping yang sedang tersergam indah itu. Hatiku juga sudah tidak sabar lagi untuk melihat reaksi isteriku tentang kejutan yang bakal aku persembahkan kepadanya.

"Sayang, come here."

Hampir jatuh rahang bawah miliknya sebaik sahaja dia melihat glamping tersebut yang telah menghiasi hampir sebahagian halaman rumah. Dia lantas memandang wajahku sambil menanti penjelasan daripadaku.

"Jadi, inilah surprise yang awak maksudkan?"

Aku mengangguk sambil tersenyum bangga. Lantas aku menuntun jemari halus dan agak sedikit runcing di hujungnya itu ke bahagian depan glamping. Aku kemudian mengisyaratkan kepadanya untuk duduk di kerusi lipat yang boleh memuatkan dua orang dewasa di atasnya.

HER BEAUTIFUL CONSOLATION - CWhere stories live. Discover now