17

9.4K 569 19
                                    

Faris memasukkan segala bahan bukti yang telah diserahkan oleh Zuha ke dalam briefcase miliknya. Zuhayr yang berada di sebelah Faris hanya berdiam diri sambil menyedut iced americano sejak dari tadi. 

"Awak pasti yang awak tak nak ikut kami berdua?" soal Faris kepada Zuha buat kali kedua. Sejak semalam lagi Faris sudah mengajak gadis itu namun gadis itu tetap menolak ajakannya. 

Zuha menggeleng bersama dengan senyuman janggalnya. Dia sedaya upaya mengawal riak wajahnya agar tidak terlalu ketara rasa gemuruh yang sedang bertandang di hati ketika ini. 

"Tapi tak apa kalau saya tak ikut, kan?" soal Zuha. 

Zuhayr melarikan pandangan ke arah luar kafe sambil membetulkan kedudukan cermin mata di pangkal hidung. Dalam diam dia sembunyi senyum apabila melihat gelagat Zuha yang sedang cuba mengawal rasa gemuruhnya. Apalah budak pendek ni. Bukannya nak suruh dia berhujah depan hakim pun. 

"Alah, Faris. Kita berdua pun dah cukup. Aku risau kalau bawak dia nanti terus meletus perang dunia ketiga. Kau budak pendek, duduk aje diam-diam kat kafe ni, okay?" ujar Zuhayr sambil tayang riak wajah kosong.

Ketawa kecil meletus dari mulut Faris. Lagi rasa nak tergelak apabila melihat Zuha yang sudah pun memberikan jelingan maut kepada Zuhayr. Zuhayr ni kalau tak buli Zuha tak lengkap KPI hidup dia agaknya. Setiap kali berjumpa mesti nak bergaduh. 

Zuha hanya mengetap gigi sambil menjeling tajam ke arah budak nerd yang tinggi tak berapa nak normal ni. Mulut tu nak cili ke apa? Pagi-pagi lagi dah cari gaduh. 

"Okaylah. Kalau macam tu, awak tunggu ajelah berita dari kami. Jangan risau. Semua yang awak bagi kat saya tu dah cukup untuk kita lawan Dian." ujar Faris. 

"Baiklah. Terima kasih sekali lagi Faris sebab sudi tolong saya untuk selesaikan hal ni."

Faris mengangguk kecil sambil mengemaskan blazer yang dipakai. Kesemua buku yang diterima dari Zuha tempoh hari turut dibawa bersama sebagai bahan bukti. Semoga urusan mereka pada hari ini dipermudahkan.

"Saya bantu mana yang patut aje. Awak patut berterima kasih dekat —"

"Faris, jom. Dah lambat ni. Aku tak nak Puan Nurin tunggu kita."

Belum sempat Faris habis bercakap, Zuhayr laju memintas kata-kata lelaki itu. Dia bingkas bangun dari sofa dan berlalu pergi meninggalkan bilik pejabat Farid. 

Dahi Zuha berkerut seribu dengan perbuatan Zuhayr yang secara tiba-tiba itu. Namun, dia memandang semula wajah Faris sambil menanti lelaki itu menghabiskan ayatnya yang seperti tergantung sebentar tadi.

"Err, saya pergi dulu Zuha. Kalau ada apa-apa nanti saya call awak."

Faris turut tergesa-gesa beredar meninggalkan pejabat itu. Zuha mula kehairanan melihat tingkah dua sahabat itu. Awal-awal tadi nampak tenang je, takkan sekarang baru nak rasa nervous?

Farid hanya tersengih sambil menyilangkan tangan ke dada. Dia duduk bersandar punggung di sisi meja sambil memerhatikan wajah Zuha yang nampak seperti kebingungan.

"Tak payah fikirkan sangat diorang tu, Zuha. Diorang berdua memang macam tu sejak dari dulu lagi."

Zuha tersenyum. Dia turut bangun dari sofa untuk bersiap sedia melakukan tugasnya.

"Emm, kalau macam tu aku keluar dululah. Anyway thanks, Farid."

Farid mengangguk perlahan.

"Sama-sama."

*****

Zuhayr dan Faris melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat seperti yang telah diarahkan oleh pembantu Puan Nurin. Puan Nurin dan Dian turut berada di dalam bilik tersebut. Mereka labuhkan duduk lalu mengatur nafas masing-masing.

HER BEAUTIFUL CONSOLATION - CWhere stories live. Discover now