43

10.8K 537 9
                                    

Pintu bilik kerja dibuka perlahan. Kembang kuncup hidungnya apabila terbau akan masakan tempoyak ikan patin yang berlumba-lumba masuk ke dalam rongga pernafasannya. Bau masakan ini benar-benar membuatkan perut Zuhayr berbunyi meminta untuk diisi. Tanpa berlengah lagi, dia bergegas menuruni anak tangga dan menuju ke ruang dapur.

Sebaik sahaja Zuhayr memasuki ruang dapur, anak matanya menangkap sosok tubuh yang sedang berdiri di hadapan dapur gas sambil sebelah tangannya mencekak pinggang. Zuhayr tersenyum. Nampak seperti isterinya tidak menyedari akan kehadirannya.

Setapak demi setapak dia menghampiri Zuha. Entah apalah yang dimenungkan oleh isterinya. Tanpa perlu menunggu, dia terus memeluk pinggang Zuha dari belakang lalu melabuhkan dagu di atas bahu wanita itu.

Zuha tersentak seketika namun segera dia mengukirkan senyuman tipis.

"Dah siap ke kerja abang?" soal Zuha. Tangannya mengelus manja lengan Zuhayr yang sedang melingkari pinggang miliknya.

"Belum lagi. Tapi bau masakan ni buat abang tak tentu arah. Tak sabar nak makan."

"Lapar sangat ke? Sekejap ya? Kita tunggu kuah ni menggelegak dulu..." Belum sempat Zuha menghabiskan kata-katanya, dia tiba-tiba merasakan ada sesuatu yang sedang merayap di lehernya. "Abang... janganlah... Zuha tengah berpeluh ni."

Zuhayr hanya tersengih. Hidung masih terus digeselkan di leher Zuha tanpa menghiraukan rengekan isterinya.

"Isteri abang ni wangi je. Bau tempoyak. Abang suka tau bau ni. Rasa macam ada kat syurga."

"Haih, dia ni kan. Syurga konon. Taulah makanan favourite dia."

Zuha hanya membuat olengan mata dan membiarkan sahaja tingkah suaminya itu. Lantaklah. Kalau ada bau busuk, dia yang tanggung. Haha.

"Tadi abang tengok isteri abang ni termenung jauh. Ada apa-apa masalah ke? Ke penat? Muram je muka ni."

Kali ini Zuhayr menghadiahkan sebuah kucupan di pipi kiri Zuha membuatkan wanita itu tersenyum sipu.

"Penat tu penat jugak. Tapi abang pun mesti lagi berganda penat dari Zuha. Weekend macam ni pun masih bawak balik kerja ke rumah. Sepatutnya abang kena rehatkan diri." Zuha menyandarkan kepala di dada milik suaminya. Elusan lembut dari Zuhayr sekaligus membuatkan rasa letihnya mula pudar. Dia sendiri pun kurang faham dengan keadaan dirinya yang terlalu letih untuk hari ini sedangkan dia hanya bekerja di rumah saja. Bukannya kena drive pergi ke pejabat pun.

Zuhayr tersenyum lebar dan memeluk kembali tubuh isterinya lalu merapatkan bibir ke telinga Zuha.

"Semoga Allah gantikan segala penat lelah isteri abang demi menyempurnakan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan pahala di akhirat nanti." bisik Zuhayr sebelum dia labuhkan sebuah ciuman ke atas ubun-ubun Zuha.

"Amin. Dengan izin Allah, semoga Allah juga kurniakan pahala berlipat kali ganda untuk abang sebab jadi suami yang bertanggungjawab demi bahagiakan Zuha." balas Zuha sambil turut tersenyum.

Api dapur ditutup. Zuha mengambil senduk untuk mengacau kuah yang berada dalam periuk itu.

"Kuah dah siap. Jom makan." ujar wanita itu sambil menyenduk kuah tempoyak ikan patin itu ke dalam sebuah mangkuk.

Zuhayr melepaskan pelukannya. Tanpa dipinta, dia terus mengambil pinggan dan cawan berserta jug yang sudah pun berisi air lalu membawanya ke atas meja pulau. Beginilah bila hanya tinggal berdua aje. Mereka lebih gemar menggunakan meja pulau berbanding dengan meja makan. Lagipun, ruang meja pulau itu sudah mencukupi buat mereka kerana mereka akan berkongsi pinggan dan cawan setiap kali makan bersama.

Macam sekarang.

"Emm, abang... Zuha nak minta izin jumpa kawan boleh tak? Dah lama Zuha tak jumpa dia."

HER BEAUTIFUL CONSOLATION - CWhere stories live. Discover now