30

12.6K 673 12
                                    

Songkok diletakkan di atas meja solek. Zuhayr melepaskan lelah lalu labuhkan duduk di birai katil. Anak matanya meliar sambil memerhatikan keadaan bilik pengantin yang tidak terlalu luas namun nampak kemas dan teratur. Zuhayr sempat tersengih seketika sebelum merebahkan tubuh ke atas katil. Dia tidak menyangka yang dirinya kini sudah memegang gelaran suami kepada Zuha Munirah dengan jalan yang tidak disangka-sangka.

Mungkinkah ini yang dimaksudkan dengan jodoh itu adalah misteri? 

Sesaat, pintu bilik tersebut dikuak dari luar menarik perhatian Zuhayr yang sedang berehat. Wajah Zuhayr dengan pantas mengoyakkan senyuman lebar sebaik sahaja isterinya Zuha melangkah masuk ke dalam bilik itu.

Zuha mengerling sekilas ke arah suami yang sedang memerhatikan dirinya. Liur ditelan perit. Tiba-tiba jantungnya mula bekerja keras. Rasa segan pula apabila berada sebilik dengan lelaki. Maklumlah dah terbiasa duduk seorang diri. Tapi nak tak nak, dia perlu menebalkan muka lebih-lebih lagi apabila ibunya berterusan memaksa dia supaya masuk ke dalam bilik.

Tanpa menghiraukan suaminya itu, Zuha terus duduk di hadapan meja solek. Beberapa keping kapas berserta make up remover diambil bagi menanggalkan solekan yang menghiasi wajahnya itu.

Zuhayr tersenyum kecil melihat telatah isterinya yang seolah-olah cuba mengelakkan diri daripadanya. Nak lari mana pun entahlah. Bilik ni bukannya besar sangat pun. Esok lusa pun masih tetap berjumpa juga.

Tanpa berlengah lagi, Zuhayr lantas menghampiri Zuha lalu berdiri di belakang isterinya itu. Zuha yang sedang terkial-kial menanggalkan jarum peniti dari bahagian tudung diperhatikan melalui pantulan cermin meja solek.

"Mari sini saya tolong." ujar Zuhayr sambil tangannya turut menanggalkan jarum peniti tersebut. 

Tangan Zuha yang sedang bekerja tadi terus berhenti bagi memberi ruang kepada lelaki itu untuk menyambung kerjanya. Dia hanya mendiamkan diri sambil memerhatikan gerak-geri Zuhayr dari biasan cermin. Baru dia perasan hari ini Zuhayr tidak memakai cermin mata berbingkai tebal seperti yang selalu dia pakai sebelum ini.

"Handsome sangat ke saya sampai tak berkelip mata awak tu?" Jarum terakhir dicabut lalu diletakkan ke atas meja solek.

"Err, saya baru perasan yang awak hari ni tak pakai cermin mata. Awak bukan rabun teruk ke?" soal Zuha sambil menggaru pipi.

"Saya pakai contact lens. Ini pun Fea yang paksa. Seksa la jugak sebab saya tak pernah langsung pakai benda ni."

Seminggu sebelum majlis akad nikah, Sofea memaksa dirinya untuk membiasakan diri memakai contact lens. Katanya practice makes progress. Nanti gambar kahwin pun nampak lebih cantik.

Haih, adik sorang tu. Kalau tak diikutkan nanti merajuk pula. Nak tak nak terpaksalah dia turutkan saja kehendak adiknya itu.

Tiba-tiba, Zuhayr menundukkan wajahnya sehingga menyamai paras wajah Zuha dari tepi membuatkan Zuha terkedu. Jarak wajah mereka kini boleh dikatakan cuma setengah inci membuatkan dada Zuha dipalu rasa berdebar-debar yang amat dahsyat. Kalau Zuha menoleh ke sebelah kiri sudah pasti bibirnya akan mendarat di atas pipi kanan lelaki itu.

"Awak nak tolong saya tanggalkan contact lens ni tak?" soal Zuhayr sambil menatap sepasang mata bundar itu melalui pantulan cermin.

Tubuh Zuha tiba-tiba mengeras. Suara garau yang menyinggah di rongga pendengaran miliknya membuatkan bulu roma gadis itu berdiri tegak. Laju Zuha menggeleng lalu menolak perlahan pipi Zuhayr supaya jarak mereka tidak terlalu dekat. Dia segera melarikan wajah dan memandang ke arah almari baju. Sebab apa? Sebab malu.

"Sa-saya tak reti. Saya mana pernah pakai benda ni."

Zuhayr menguntumkan senyuman. Pemalu rupanya Zuha ni. Sebelum ni kalau berjumpa kat kafe tak ada pula perangai macam ni. Hmm, comel betul. Nasib baik tak boleh lipat masuk dalam poket.

HER BEAUTIFUL CONSOLATION - CWhere stories live. Discover now