50

12.1K 570 33
                                    

Dian termenung jauh sambil bersandar di kepala katil. Sesekali perutnya diusap perlahan. Bunyi derapan kaki sekaligus mematikan lamunannya. Bau haruman syampu yang menusuk hidung membuatkan dia tersenyum sipu. Itulah bau yang menjadi kegemarannya sejak akhir-akhir ini. 

"Apa benda yang you fikirkan tu?"

Arif melihat Dian dari pantulan cermin meja solek sambil mengeringkan rambutnya yang basah. Sempat dia mengenyitkan mata kepada wanita itu menyebabkan Dian menjeling manja. Huh, dasar buaya! Tapi yang buaya itulah yang menjadi pujaan hati Dian selama ini. 

"Tolong pakai baju boleh tak? Rimaslah mata I ni tengok body you yang tak lawa tu."

Dian lantas melarikan pandangan. Bukan matanya yang rimas tapi jantungnya. Tak habis-habis berdegup kencang setiap kali dia melihat sebahagian tubuh Arif yang terdedah itu. Arif pun kadang kala seperti sengaja tidak memakai baju kerana dia tahu itulah antara kelemahan Dian Izzara. 

Arif memusingkan tubuh lalu mengatur langkah ke arah Dian. Wanita itu mula menelan perit liurnya. Wajah Arif yang penuh dengan senyuman sinis itu serba sedikit membuatkan dia kecut perut. Ah, sudah! Arif ni nak buat apa pula? 

Lelaki itu membongkokkan tubuhnya hingga wajah tampan itu menyamai paras wajah milik Dian. Kini mata mereka saling menatap antara satu sama lain.

"Ke...kenapa dengan you ni?" tanya Dian tergagap-gagap. Tiba-tiba rasa tak selesa pula dengan pandangan lelaki itu tambahan pula dengan keadaan mereka yang terlalu rapat saat ini. 

Arif bingkas bangun semula lalu meraih tangan wanita itu dan meletakkannya di atas perutnya yang berketak-ketak itu. 

"Kenapa? You tergoda ke? I tahu you sukakan perut I ni. Kalau tak, takkanlah you craving perut I ni setiap hari, kan?"

Wajah Dian sudah berona merah namun matanya masih lagi memandang ke arah perut itu. Sengaja dia membiarkan Arif memimpin tangannya menerokai sebahagian tubuhnya yang sedang terdedah tanpa dilindungi dengan sebarang kain sekalipun. Tubuh Arif memang cantik dan terbentuk elok kerana rutin lelaki itu yang selalu bersenam di gym.

Tak lama kemudian, Arif mengucup lembut belakang tangan Dian sebelum dia menunduk semula tubuhnya, kini menyamai paras perut Dian yang sedikit membuncit itu.

"Anak papa pun mesti sukakan perut papa ni sebab itulah mama asyik merengek nakkan perut papa setiap hari."

Dian ketawa kecil. Sempat tangannya naik dan mengelus lembut rambut milik Arif sehingga membuatkan Arif tersengih. 

"Arif, agak-agak bila you boleh settlekan hal ni? I tak boleh nak jumpa you selalu macam ni. I takut Izham start syak kat I sebab selalu tak ada kat rumah sampai lewat malam."

Wanita itu menghela nafas berat. Bukan mudah baginya untuk berdua-duaan dengan Arif seperti sekarang. Dia tahu Izham bukannya bodoh. Lambat-laun pasti lelaki itu akan dapat menghidu perbuatan mereka berdua. 

"Sabarlah, sayang. Kita pun dah separuh jalan ni. Sabar, okay? I janji I akan habiskan semua ni secepat yang mungkin."

Pipi yang sedikit berisi itu dielus lembut bersama sebuah senyuman tipis. Jika dikenangkan semula, dia sendiri tidak menyangka bahawa hubungan mereka berdua akan terjalin hingga ke tahap ini. Malah, dalam beberapa bulan lagi dia juga akan bergelar seorang bapa. 

Padahal pada awalnya mereka berjumpa hanya kerana Dian meminta tolong kepadanya untuk membantu pulihkan kembali kerjaya milik wanita itu. Tetapi disebabkan nafsu, mereka telah terlanjur suatu ketika dahulu dan membawa hubungan mereka jauh lebih dari hubungan sebagai kawan. Dan Arif mengaku, dia juga mempunyai perasaan kepada Dian sebelum wanita itu berkahwin lagi.

HER BEAUTIFUL CONSOLATION - CWhere stories live. Discover now