59

13.7K 673 25
                                    

Zuha menyelesakan kedudukan di atas sofa. Matanya tak lepas membaca novel yang diberikan oleh Mia sejak dari tadi. Kata-kata Mia masih lagi bermain di minda. Tak pasal-pasal dia tersengih-sengih umpama kerang busuk sewaktu membaca novel ini.

Tapi jika difikirkan semula, Zuha terasa seakan-akan dejavu. Setiap apa yang tertulis di dalam novel membuatkan dia terasa seperti pernah mengalaminya secara langsung.

"Ish, jangan nak perasan la Zuha." ujar Zuha sekadar untuk menyedapkan hati sendiri. Yelah, nanti tak pasal-pasal pula di cop perasan disebabkan bukan dia orang yang dimaksudkan dalam novel tersebut.

Matanya tidak lepas memandang novel yang sedang dibaca tanpa menghiraukan keadaan perpustakaan yang sememangnya sudah sunyi sepi. Gadis di hadapanku ini seolah-olah tenggelam dalam dunianya. Dia langsung tidak menyedari akan tingkahku yang sesekali pasti akan melihat dirinya dari tempat dudukku.

Aku sengaja labuhkan duduk di hadapan gadis ini. Pada awalnya aku sangkakan yang dia akan menghalauku tapi sangkaan ku meleset. Dia malah hanya sikap bersahaja dan tidak mempedulikan keberadaan aku. Tapi aku sama sekali tidak berjauh hati bahkan aku lebih selesa jika berada dalam keadaan seperti itu. 

Tiba-tiba aku mula perasan yang dia kelihatan seperti termenung jauh. Entah apalah yang difikirkan oleh gadis ini. Aku jadi tertanya-tanya apa yang sedang bermain di mindanya sehingga kedua keningnya yang separa lebat itu hampir bersatu tanpa dia sedari. Ingin juga aku bertanyakan kepadanya namun aku abaikan saja niatku itu.

Gadis ini walaupun dia seorang yang dingin namun adakalanya kami boleh bertikam lidah. Aku sendiri pun hairan terhadap diriku yang gemar mencari gaduh dengan dia. Seolah-olah kami berdua sudah lama mengenali antara satu sama lain.

Budak pendek. Itulah gelaran yang aku berikan kepadanya sehingga dia acap kali menghadiahkan aku jelingan maut. Tapi dalam diam aku sukakannya. Sekurang-kurangnya adalah reaksi dia terhadap aku walaupun cuma jelingan maut yang aku terima.

"Budak pendek? Tak sangka, Aurel pun pandai cari gaduh juga sama macam Zuhayr. Ingatkan mamat soft spoken tak pandai buat hal macam ni." Zuha menggumam perlahan tanpa mengesyaki apa-apa.

Zuha kemudian meneruskan pembacaannya.

Aku yang sedang memandu cuba mengerling sekilas wajah si dia. Dia nampak seperti sedang berperang dengan perasaan sendiri. Aku perasan terdapat beberapa titisan mutiara jernih yang sedang menghiasi wajahnya namun dia masih cuba untuk bertahan daripada tidak menangis. Mungkin juga dia segan kerana ada aku di sebelahnya.

"Menangislah kalau kau nak." ujarku sambil menumpukan perhatian kepada pemanduanku.
Dia memandang wajahku sejenak sebelum dia melemparkan semula pandangannya ke luar tingkap kereta.

"Boleh ke?" soalnya perlahan.

Aku sedaya upaya menahan senyumanku daripada terlalu menonjol. Entah mengapa soalannya kedengaran seperti lucu di telingaku.

"Boleh. Jangan risau. Aku tengah drive ni. Tak nampak pun kalau kau menangis."

Akhirnya dia menghamburkan tangisan semahu-mahunya. Manakala aku hanya membiarkan sahaja tingkahnya itu. Biarlah. Jika itu yang mampu meringankan bebannya walau cuma seketika.

'Menangislah sepuas mana yang kau mahu kalau itu yang mampu meringankan beban kau saat ini.' desis hati kecilku.

Zuha membulatkan matanya. Bahagian ini benar-benar mengingatkan dia di mana kali pertama dia menangis di hadapan Zuhayr.

"Eh, macam aku masa menangis dalam kereta Zuhayr." Zuha mula berasa bingung. Dalam pada masa yang sama tangannya sudah berasa sejuk walaupun hanya kipas yang terpasang di bilik ini.

HER BEAUTIFUL CONSOLATION - CWhere stories live. Discover now