9

9.3K 564 21
                                    

Jam baru menunjukkan pukul sebelas pagi. Zuha menggaru kepalanya yang berlapikkan shawl itu sambil melangkah masuk ke dalam mall. Hari ini Izham mengajaknya untuk berjumpa sambil menikmati makan tengahari bersama. Tapi tak sangka pula dia tiba terlalu awal dari lelaki itu.

Oleh itu, sementara menunggu ketibaan Izham, Zuha merancang untuk menghabiskan masa dengan 'hunting' novel baru di MPH walaupun hakikatnya masih ada beberapa buah novel di rumah yang belum habis dibaca. Itu pun belum termasuk lagi novel yang dibeli secara online masih belum tiba di rumah. 

Senyuman dikoyakkan sebaik sahaja Zuha melangkah masuk ke dalam MPH. Ah, bau ni. Bau yang paling dia suka selain bau rumput dan bau hujan, iaitu bau buku. Nikmatnya itu kalah bau Chanel N°5. Haha.

Tanpa membuang masa, Zuha terus melangkah ke bahagian novel melayu untuk mencari 'mangsa' yang seterusnya.





"Ini resitnya. Terima kasih dan sila datang lagi."

Juruwang itu mengembalikan resit berserta baki kepada Zuha sambil mengukirkan senyuman. Zuha mengangguk sambil membalas senyuman itu. Beg plastik yang berisi novel-novel itu diambil seraya meninggalkan kawasan kedai buku tersebut.

"Saya dah agak. Awak mesti datang kat sini. Patutlah saya call awak tak angkat."

Suara Izham mengejutkan Zuha sekaligus membuatkan bahu gadis itu terhinjut kecil. Ish, dia ni pun. Lain kali boleh kot bagi salam sebelum tegur.

Tanpa menunggu lagi, Izham terus mencapai beg plastik yang berada di tangan Zuha lalu menjinjingnya. Zuha hanya tersenyum kecil melihat tingkah tunangnya itu.

"Hehe, sorry awak. Saya tak perasan pun awak ada call tadi." Zuha segera memeriksa telefon pintarnya. Oh, padanlah tak dengar Izham call. Rupanya telefon pintarnya itu sedang berada dalam mode silent. Dia sendiri pun tak pasti bila masa entah dia tukar mode tu. Mungkin tersalah tekan agaknya.

"Emm, so awak kata semalam nak belanja saya. Awak nak belanja apa?"

Izham mengangkat kedua belah kening berulang kali sambil menayangkan senyuman lebar kepada gadis itu.

"Itu surprise. Tak syoklah kalau saya beritahu sekarang. Tapi saya berani janji yang awak mesti suka tempat ni." 

"Oh, ya? Kalau tak sedap siaplah awak. Jomlah. Saya dah lapar gila ni." ujar Zuha sambil mengusap perutnya yang leper. Izham hanya tergelak kecil apabila melihat gaya Zuha itu.

"Okay, jom. Ikut saya." Gadis itu mengangguk lalu berjalan beriringan dengan Izham.

Sewaktu melintasi sebuah butik, telinga Zuha tiba-tiba menangkap suara nyaring yang amat dikenalinya. Gadis itu mematikan langkah secara mendadak dan lantas berpaling ke arah butik tersebut. Izham turut berbuat demikian.

Hampir ternaik sebelah kening Zuha apabila melihat Dian yang sedang memarahi seorang pelanggan butik yang berumur dalam lingkungan 50-an bersama dengan staff butik itu. Wajah tegang Dian yang terpamer jelas menunjukkan bahawa dia terlalu marah ketika ini.

"I dah beratur dari tadi tapi tiba-tiba mak cik ni datang potong barisan I. Salah I jugak ke?"

Dian mula bercekak pinggang. Ish, mood hari ini memang hancur. Niatnya datang ke butik untuk menenangkan minda tapi nampaknya tidak kesampaian. Dalam banyak-banyak hari, hari ini jugalah butik ini dipenuhi dengan orang ramai. Dan hari ini jugalah ada mak cik yang nak cari pasal dengan dirinya!

Huh, stress!

"Maaf, cik Dian. Puan ni tak tahu yang cik tengah beratur. Lagipun tadi cik sedang berbual di telefon menyebabkan Puan ni salah faham." terang pekerja butik itu.

HER BEAUTIFUL CONSOLATION - CWhere stories live. Discover now