44

10.2K 585 36
                                    

Kereta Myvi itu meluncur laju sebaik sahaja keluar dari perkarangan rumah. Betapa terujanya hati Zuha untuk berjumpa dengan kawan baiknya yang selalu dia rindui.

Pagi tadi sebelum Zuhayr ke pejabat, lelaki itu sempat menitipkan pesanan buat isteri kesayangan yang kelihatan tidak sabar untuk bertemu dengan kawan baiknya.

"Jaga diri dan jangan balik lewat sangat. Nanti abang rindu."

Zuha tersengih saat teringat akan pesan suaminya. Rindu ya? Baru tahu seksa rindu tu macam mana, kan? Dia dah merasa dulu semua tu. Haha.

Tiba-tiba, kereta yang dipandu seperti hilang kawalan menyebabkan Zuha terpaksa memberhentikan keretanya di tepi jalan raya yang agak sesak itu. Dia mula berdecit sebaik sahaja melihat tayar di bahagian depan sudah pun pancit.

"Allah, masa macam ni jugaklah dia nak pancit." Zuha gumam perlahan.

Jam tangan dikerling. Hampir pukul dua belas tengahari. Agak-agak boleh tak kalau dia telefon Zuhayr waktu macam ni?

"Ah, telefon ajelah."

Dia mengeluarkan telefon pintarnya dari dalam sling beg. Nombor milik Zuhayr dicari sebelum dia mula mendail nombor tersebut.

Zuha menayangkan wajah cemberut setelah panggilan yang dibuat beberapa kali tidak dijawab oleh suaminya. Aih, geram betul! Sibuk sangat ke sampai tak ada masa nak jawab telefon tu?

Wanita itu kemudian merenung ke arah tayar pancit itu sambil menggaru kening. Nak tukar tayar sendiri pun dia bukannya larat sangat. Dia pernah sekali mencuba untuk tukar tayar yang pancit tapi cuma sekerat jalan sebab masa itu tiba-tiba Farid dan Ikmal datang menghulurkan bantuan.

Rasa nak tercabut jugalah segala urat saraf masa tu disebabkan kudrat dia sebagai seorang perempuan tidak mampu untuk menguruskan hal itu seorang diri.

"Haih, nak tak nak terpaksalah aku cuba. Nak panggil minah tu pun dia pun dua kali lima aku juga."

Zuha merungut sendirian. Minah yang dimaksudkan itu adalah Hawa. Hawa tu lagilah. Mana faham bab kereta ni. Spanar pun tak kenal apatah lagi jack kereta.

Warning triangle kit diambil dari dalam bonet kereta lalu dia letakkan di belakang kereta sebagai langkah keselamatan. Dalam pada itu, tangannya masih setia mendail nombor Zuhayr dengan harapan lelaki itu akan menjawab panggilannya.

"Zuha? Kenapa ni?"

Kedua belah bahu Zuha terhinjut kecil apabila namanya diseru dari belakang. Zuha lantas menayangkan riak wajah terkejut tapi dalam pada masa yang sama rasa terharu apabila melihat gerangan yang menegurnya.

Ya Allah, betapa hamba bersyukur kepada-Mu kerana telah menghantarkan pertolongan kepadaku!

"Eh, Izham. Err, tayar pancit."

Izham menjengul kepalanya untuk melihat tayar yang pancit itu. Dia kebetulan baru sahaja selesai bertemu dengan klien ayahnya dan dalam perjalanan untuk pulang ke pejabat. Dari jauh dia melihat sosok tubuh itu mundar-mandir sejak dari awal lagi menyebabkan dia tergerak hati untuk menghampiri wanita itu.

Sekali bila tengok, rupanya Zuha.

"Boleh ke tukar tu? Nak saya tolong tak?"

Laju Zuha mengangguk bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal. Orang kata rezeki jangan ditolak. Dah alang-alang suaminya pun tak jawab panggilan dia, baik dia terima saja niat baik Izham itu.

"Tapi tak kacau awak ke? Awak nampak macam rushing aje?"

"Mana ada. Saya baru je lepas meeting kat area sini. Marilah saya tolong."

HER BEAUTIFUL CONSOLATION - CWhere stories live. Discover now