21

9.6K 626 57
                                    

Kini sudah hampir sebulan setengah Dian tinggal bersama Izham di kondo milik lelaki itu. Izham sendiri yang mengajak Dian supaya tinggal bersamanya kerana tidak sampai hati membiarkan gadis itu tinggal bersendirian. Dia bimbang emosi gadis itu masih lagi terkesan lalu bertindak di luar kawalan dek kerana kejadian tersebut.

Bunyi passcode pintu menarik perhatian Dian yang sedang menonton televisyen di ruang tamu. Sebuah senyuman kecil terlakar di wajah pucat gadis itu. Dian yang berpakaian baby tee dan berseluar legging segera melangkah mendapatkan Izham.

"You dah balik?"

Izham yang masih berada di pintu masuk dipeluk erat. Manakala Izham membalas pelukan itu sebelum melabuhkan sebuah ciuman ringkas ke atas dahi Dian. Lagak mereka seperti suami isteri yang baru saja berkahwin tanpa memikirkan tentang dosa yang mereka lakukan itu.

"You okay ke hari ini?"

Dian mengangguk. Tangannya masih lagi tidak lepas dari pinggang Izham. Mereka kemudian menghayun langkah menuju ke bilik utama.

Izham melabuhkan punggung di birai katil. Kedua tangan Dian ligat meleraikan tali leher milik Izham sebelum tali leher itu dicampak ke dalam bakul kain. Tanpa membuang masa, Izham terus menyauk pinggang Dian dan membawa Dian duduk ke atas ribanya.

"You betul okay ni?"

"Betullah, sayang. I dah okay. Thanks sebab sentiasa ada di sisi I selama ni. You dah banyak tolong I, sayang."

Dian mencium sekilas pipi Izham membuatkan Izham tersengih. Tangan kanan Izham naik lalu mengelus wajah pucat itu.

"Betul ni? Tapi kenapa muka you pucat je? You sakit ke?"

Dian menggeleng perlahan.

"Ke you tak makan lagi? Kan I dah cakap, jangan tunggu I?"

"Mana ada, sayang. I ikut cakap you tau. I makan macam yang you suruh. I cuma pening sikit je."

Izham senyum. Tangannya tidak putus membelai rambut panjang Dian sejak dari tadi. Dia suka melihat Dian melepaskan rambutnya seperti ini. Nampak cantik berseri di mata lelakinya.

Dian turut tidak melepaskan peluang itu dengan menilik wajah kacak Izham yang betul-betul berada di hadapannya. Sesekali dia mencium sekilas kening separa lebat lelaki itu sambil tersenyum.

"Pening lagi? You nak ubat ke? Atau I hantar you ke klinik?"

Dian hanya senyum segaris. Jari jemari Izham diambil lalu dicium berulang kali.

"I okay je, sayang. I cuma nak peluk you. I tiba-tiba rindukan you pulak. Rasa macam lama tak jumpa you."

Kepala dilentokkan ke atas bahu Izham. Lelaki itu tersengih lalu memeluk pinggang ramping Dian.

"You baringlah, baby. I tolong picit kepala you, nak tak?"

"Tak apa ke? Kesian kat you. You tu baru je balik dari office."

Laju Izham menggeleng. Penat tu sudah semestinya tapi apabila melihatkan wajah Dian yang tidak bermaya itu membuatkan dia berasa kasihan akan gadis itu.

"It's okay, baby. Jom baring atas katil dulu."

Izham membaringkan tubuh Dian dengan berhati-hati di atas katil. Dia kemudian bersandar di kepala katil lalu menyingsing lengan kemejanya untuk memicit kepala Dian. Gadis itu pula sekadar mengelus lembut tangan kekar itu sambil mengukirkan senyuman. Alangkah indahnya jika Izham milik dia sepenuhnya.

"Thank you, Izham."

Dian mula melelapkan mata. Urutan di kepala oleh Izham sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada dirinya sehingga dia hanyut dalam lena.

HER BEAUTIFUL CONSOLATION - CWhere stories live. Discover now