31

12.5K 700 50
                                    

Akhirnya, pasangan itu membuat keputusan untuk meluangkan masa bersama-sama di Pulau Redang sementara Zuhayr masih lagi bercuti. Itu pun setelah Zuhayr puas mengajak si isteri untuk turut bersama dalam percutian itu malam kelmarin.

"Jomlah temankan suami awak ni bercuti. Awak asyik terperap dalam bilik aje. Tak berkembang otak tu nanti."

Zuha menjuihkan bibir. Zuhayr ni tak sudah-sudah mengajak dia pergi bercuti. Dia sebenarnya malas dan lebih gemar meluangkan masa di rumah. Tambahan pula inilah cuti yang paling bermakna buat dirinya. Bukan senang tau nak cuti lama-lama macam ni. 

"Emm, bagilah saya chance untuk berguling-guling kat rumah. Minggu depan saya kena ikut awak balik KL. Lepas tu kena masuk kerja semula. Nanti mana nak dapat cuti macam ni dah?"

Zuhayr mula menggaru kening. Aneh juga isterinya ni sebab lebih suka duduk kat rumah daripada makan angin. Lain benar sikapnya jika hendak dibandingkan dengan Datin Zareena dan Sofea. Dua orang itu memang pantang diajak berjalan. 

"Kat sana pun awak boleh berguling-guling atas katil juga. Ada pakej pemandangan tepi laut pulak tu. Awak tak nak ke baca novel sambil ditemani dengan angin pantai kat situ?" Zuhayr mengangkat kening double jerk sambil tersengih. Dia sengaja berkata begitu untuk menarik perhatian gadis itu agar bersetuju untuk bercuti bersama dengannya. Yelah, mana best kalau bercuti seorang diri tanpa ada isteri di sisi.

Zuha terdiam. Bebola matanya bergerak-gerak seperti sedang memikirkan tentang kata-kata Zuhayr sebentar tadi. Menarik juga kalau baca novel tepi laut ni. Aesthetic feeling gitu.

"Hmm, pandai ye awak hasut saya?" Zuha memincingkan mata sambil mengusap dagu. Zuhayr hanya tergelak kecil sebelum dia mula merangkul bahu Zuha dari belakang. Dagunya dilabuhkan ke atas bahu isterinya yang sedang berdiri di hadapan cermin meja solek.

"Mana ada saya hasut awak. Saya cuma pujuk awak aje. Jomlah, kita pergi. Hmm? 

Gadis itu tertunduk apabila Zuhayr memeluk dirinya dari belakang. Ish, janganlah Zuhayr dengar bunyi degupan jantung dia yang sedang pantas berdegup menyamai tahap kelajuan cahaya ni. Malu!

"Yelah. Tapi awak tak boleh halang saya untuk baca novel kat sana, okay?"

"Sure. Untuk wife saya semuanya boleh." Sekilas Zuhayr mengucup pipi kiri Zuha sebelum dia meninggalkan isterinya. Manakala Zuha masih terpinga-pinga apabila bibir lelaki itu tiba-tiba mendarat ke atas pipinya. 

"Zuhayr! Apa main curi-curi ni!" 

Zuhayr yang baru sahaja meninggalkan bilik itu beberapa langkah hanya tergelak kecil sebaik sahaja mendengar jeritan kecil isterinya. Padan muka. Siapa suruh comel sangat!

But kereta ditutup rapat. Zuhayr kemudian mendapatkan semula ibu bapa mertuanya yang masih lagi berdiri di halaman rumah.

"Ma, abah. Kami pergi dulu." ujar Zuhayr. Tangan kedua-dua ibu bapa mertuanya dicium bersilih ganti. Zuha juga turut berbuat demikian.

"Hati-hati drive tu. Kakak, jangan asyik nak tidur aje. Temankan suami tu drive."

Sengaja Puan Mariam berpesan macam itu kepada Zuha kerana dia tahu anaknya memang sejenis yang suka tidur lebih-lebih lagi ketika dalam perjalanan yang panjang.

Zuha hanya menjuihkan bibir seketika sebelum tayang wajah cemberut. Ibunya ni sejak dah ada menantu, asyik nak menangkan menantu sendiri aje. Huh!

"Ya, ma. Kakak ingat."

Zuhayr lantas memandang ke arah isterinya seraya berkata, "Jom, kita gerak sekarang."

Tak lama kemudian, kereta BMW X6 berwarna black sapphire metallic itu perlahan-lahan meluncur keluar dari halaman rumah keluarga Zuha lalu membelah jalan raya untuk menuju ke destinasi seperti yang telah dirancangkan.




HER BEAUTIFUL CONSOLATION - CWhere stories live. Discover now