18

8.9K 553 31
                                    

Rentetan daripada pertemuan tersebut, pihak penerbit membuat keputusan untuk menghentikan penerbitan novel milik Dian. Kesemua novel yang telah berada di kedai-kedai buku turut ditarik balik. Segala sesi temuramah dan juga live session bersama Dian seperti yang dijadualkan juga telah dibatalkan dengan serta-merta.

Puan Nurin selaku ketua penerbit telah membuat keputusan untuk membatalkan kontrak Dian sebagai penulis bawah syarikat mereka kerana telah melanggar etika dan menyebabkan kerugian besar kepada syarikat tersebut.

Dian meraup kasar wajahnya berulang kali. Wajah tegangnya masih lagi kelihatan. Semuanya musnah dalam sekelip mata. Berita tentangnya kini telah pun tersebar di media sosial. Bahkan akaun media sosial milik Dian turut dibanjiri dengan pelbagai komen hinaan serta cacian daripada peminat novel khususnya peminat dia sendiri.

"Ini semua sebab perempuan tak guna tu!"

Dian menghentak tangan di atas meja untuk melepaskan geram.

"Kaulah puncanya, Zuha! Perempuan tak guna! Kau tak layak! Sepatutnya karya itu milik aku! Bukannya milik kau! Aku yang bertungkus lumus siapkan semua tu!"

Dian menjerit sekuat hati. Barang-barang yang berada di atas meja solek ditolak sehingga berselerakan di atas lantai.

Izham baru sahaja tiba di rumah gadis itu segera mendapatkan Dian apabila dia terdengar suara jeritan gadis itu di dalam biliknya. Bulat matanya apabila melihat keadaan bilik tersebut yang seperti baru sahaja dilanda ribut taufan.

"Hey, baby. Kenapa ni?"

Dian terus menerpa ke dalam pelukan Izham sambil menangis teresak-esak.

"Hidup I dah musnah, Izham! Tunang you fitnah I. Career I dah hancur disebabkan tunang you!" Air mata gadis itu bercucuran tanpa henti sambil mengogoi seperti anak kecil dalam dakapan Izham. Izham lantas mengelus bahagian belakang tubuh Dian bagi memujuk gadis itu supaya bertenang.

"Shuhh... relax baby. It's okay. I sentiasa ada untuk you, okay?"

"I tak boleh, Izham. Macam mana I nak teruskan hidup I? Itulah satu-satunya career I. Penat lelah I selama ni hancur macam tu je. It's not fair." 

"Yeah, I know it. It's not fair. You jangan risau. I akan tolong you, okay? Dah, sekarang tenangkan fikiran you dulu. I tak nak you menangis macam ni. Ni bukan Dian Izzara yang I kenal."

Helaian rambut yang terjuntai diselitkan di sebalik telinga gadis itu. Izham menyeka air mata yang masih lagi bersisa di wajah itu dengan kedua belah tapak tangannya. 

"Izham, I sekarang dah tak ada apa-apa lagi. You takkan tinggalkan I, kan?" soal Dian sambil tersedu-sedu.

Izham menggeleng lalu memeluk erat tubuh tersebut sambil mencium pelipis milik gadis itu.

"Tak, baby. I takkan tinggalkan you. Sekarang ni you berehat dulu, okay? I tak nak you jatuh sakit lepas ni."

Dian hanya mengangguk lemah sambil tersedu-sedu. Izham lantas mencempung tubuh Dian lalu membawanya ke atas katil. Selimut ditarik sebelum dia melabuhkan sebuah kucupan di dahi bersih itu. Setelah memastikan Dian benar-benar melelapkan matanya barulah dia meninggalkan bilik tersebut dengan berhati-hati agar tidak menganggu lena gadis itu.

Tiba-tiba, telefon pintarnya berdering menandakan ada panggilan masuk. Izham lantas menjawab panggilan tersebut sebaik sahaja melihat nama yang tertera di atas skrin sambil memegang pelipis. 

"Hello, mama. Ada apa?"

*****

Zuha meletakkan iced latte di hadapan lelaki itu sebelum dia labuhkan duduknya. Matanya memerhatikan wajah Izham yang sedikit sugul. Sudah lama mereka tidak bersua muka. Tiba-tiba saja petang tadi Izham menghubunginya untuk berjumpa dengan dirinya.

HER BEAUTIFUL CONSOLATION - CWhere stories live. Discover now