1

93 6 0
                                    

"Setiap memori itu bagaikan air,
air yang tidak berada di dalam bekas akan terus mengalir dan menjauh,"


WAKTU dhuha, waktu biasa orang sibuk bekerja. Pagi tu aku pandang langit biru yang masih belum silau dipandang melalui jendela. Rambutku ditolak ke belakang.

"Ya Allah, perasaan aku sedih tapi aku tak tahu kenapa..." mata aku bergenang.

Jiwa aku...terasa kosong.

Baru aku ingin mengalirkan air mata namun sekelip mata perasaan sedih itu hilang saat mata aku melihat cermin di hadapan aku, bayangan wajah yang kabur di belakang tubuh aku menghapus rasionaliti dalam diri aku.

Makin hari melanjut, makin aku lupa.

Aku terlupa rasa sedih tadi dan minda aku mula fokus perkara yang lain. Kerana mahu mengelak, mataku tertumpu hanya pada satu objek.

Kamera, pengubat hati aku.

Perasaan itu... biarpun berkecamuk semuanya hilang begitu sahaja. Parut aku tadi langsung dilupakan dan dibenam.

@@@

Naratif Mayaa;

Aku terfikir hidup orang dewasa, mungkin bagi orang biasa sudah bekerja, kahwin, ada anak, jaga mak ayah. Tapi hidup aku pula boleh dikatakan unik, single tu dah biasa dengar, mak cik dekat pasar pun boleh agak aku forever alone. Itu yang dia tanya,

"bila nak kahwin kamu ni? anak makcik umur 34 dah sepuluh anak dah tau! Meriah rumah makcik!" Aku beri senyum janggal. Anak makcik kalau perempuan, sah dia buka kilang anak. Macam peluru machine gun gamaknya cucu dia keluar. Berdas-das. Kesian pula aku dengan anak mak cik. Dahlah beranak tu sakit.

Tapi kalau nak dibandingkan aku ni pula, aku ni macam kilang sampah. Hidup lebih kepada tak berguna pada masyarakat. Menganggur? Ya saya, dan aku banyak habiskan masa aku dengan kamera aku sebagai hobi. Hidup ni memang keras dan kita perlulah selalu fikir positif untuk mengharunginya. Optimistik adalah kunci untuk lindung kesihatan mental.

Tapi...

realiti menampar muka aku juga akhirnya.
Aku sepatutnya berusaha bantu masyarakat!

Kau tahu tak aku tersedar semua ni bila aku tengok duit dalam bank aku dah nak habis. Haih... Ya, aku sedar, masyarakat yang aku maksudkan adalah organ-organ dalaman aku yang takut tak dapat nutrisi secukupnya, makanya untuk jadi lebih berguna sikit kepada organ tak cukup nutrisi dan dompet kosong aku, aku pergilah usaha daftar kerja sebagai jurugambar produksi yang ada dalam Malaysia ni. Ada rezeki, adalah tu tolong masyarakat sikit kan?

Ah, tak kisahlah, jadi sementara menunggu keputusan produksi-produksi tu rendam dan minum resume kerja aku, aku cadang untuk buat trend video Tik Tok untuk penuhkan for you page a.k.a fyp video tik tok orang yang tak ada kehidupan macam aku.

Ehem! Ya betul Trend. Alah! Kau tahu Trend ni. Trend yang tangkap gambar orang awam dan hadiahkan polaroid tu. 'Street Photographer Trend' .

Oleh itu, aku pilih Pavillion Bukit Bintang sebagai tempat rakaman aku sebab tempat dia ramai orang. Sesuai untuk aku cari mangsa buruan.

Snap!

Snap!

Snap!

Butang kamera aku ditekan berkali-kali dan satu ayat sahaja untuk aku tarik minat model tak berbayar akh masuk dalam video aku,

" ini hadiah untuk cik ATAU abang," itu ayat aku, serupa ayat dalam video orang lain. Mereka pula akan balas dengan pelbagai reaksi macam robot dan boleh dijangka,

Love LensWhere stories live. Discover now