5

17 5 0
                                    

" to feel happy for your happiness is one lucky thing, but I much more prefer the term 'your' turn out to be 'our' happiness,"

@@@

" Awak lari mesti bersebabkan, cik Mayaa?" aku tersentak. Perempuan tadi yang mengejar aku berada betul-betul belakang tubuh aku. Bila dia berdiri belakang aku? Aku tak sedar pun!

Najdee, ni ke maksud kau tahan sikit lagi tu? Apa maksud semua ni?! Kau perangkap aku dengan muka kesian kau ke apa?!

Aku cuba melarikan diri sekali lagi, malangnya tangan aku berjaya ditangkapnya. Pergerakan aku dikunci.

"Ah-ahAh!!"aku mengaduh. Najdee, kau dah tak hensem, sumpah kau dah tak hensem! Aku berdendam! Dahlah tak cakap dia ada awek dah! Yalah! Kalau bukan kawan perempuan mestilah awek!

"Jangan cuba lari! Saya ada soalan. Apa maksud awak abang saya kata jangan cari pembunuh dia lagi? Bila awak jumpa dia? Tak logik dia bagitahu dalam dua minggu ni! " Abang?! Eh?!

Aku cuba meronta dan kemudian sekeping kertas jatuh ke tanah. Cepat sahaja tangan perempuan itu mengambil kertas tadi sambil setia mengunci tangan aku.

Kejap! Bukan kertas, itu polaroid tadi, atas gambar tu aku tak padam tarikh gambar ditangkap. Aku lupa nak buang. Kau memang lembab Mayaa!!

"TAK!" jeritku meronta sekali lagi.

Kali ini aku berjaya meloloskan diri, namun perempuan itu sudah berjaya menyelidik polaroid aku.

"14 haribulan 2, tahun... 2023,tarikh gambar ni tarikh harini. Apa maksud semua ni...Macam mana awak tangkap gambar ni?" Soalnya dengan wajah berkerut. Haizz malangnya nasib aku...

Aku terdiam sekali lagi. Sumpah aku tak tahu nak buat apa. Nak jujur ke? Najdee...semua salah kau!

"S-saya..."Aura perempuan itu membuatkan aku tak keruan nak terus terang. Tengoklah cara dia pakai baju. Macam minah-minah motorsport yang ada dalam kumpulan buli jalanan tu.

"Macam mana awak boleh tangkap gambar abang saya hari ni sedangkan dia dekat hospital koma dari dua minggu lepas?"soalnya sekali lagi dengan suara yang lebih menekan. Mana aku tahu macam mana aku boleh tangkap gambar dia! Ah lantaklah! Bukan rugi apapun aku jujur.

"Saya boleh tengok roh dia pakai kamera!" Aku separa menjerit.

"Huh?! Karut apa kau ni?" dia memegang belakang kepalanya. Aku dah jujur tak nak percaya pula! Aku merengus kecil.

" Kalau tak percaya, biar saya tunjuk dekat awak," aku mengangkat kamera telefon aku. Najdee sedang bersandar di dinding sedikit jauh dari tempat aku sambil menilik kuku dia. Eloklah tu, aku menggelabah jawab soal selidik adik kau dekat sini, kau duduk macam mak cik diva jual karipap. Panas pula hati.

" Oi! Najdee Vavi!!" aku melepaskan geram aku yang terpendam dari tadi dengan mencarut gunakan perkataan berlapik. Orang kita haruslah sopan ya rakan-rakan. Sesuai gelaran tu dengan babi terbang mimpi aku.

Kepala dia berpaling menghadap aku dengan muka terkejut. Punat kamera di atas skrin ditekan secepat mungkin. Aku nampak Najdee seperti ingin memberitahu aku sesuatu tapi aku cepat-cepat menutup kamera telefon aku. Tak nak tahu, aku nak selesaikan salah faham ni secepatnya. Aku merajuk!

Selesai aku menangkap gambar, laju aku menunjukkan gambar itu pada perempuan tadi.

Wajahnya memucat.

"unbelievable, monyet jalanan ni hidup dekat situ?"ujarnya separa berbisik. Aku memandangnya dengan mata membulat. Wow? Monyet jalanan? Betullahkan orang cakap, 'tiada istilah mengaku adik beradik kau hensem dan cantik melainkan diri kau sendiri.'

Love LensWhere stories live. Discover now