28

18 3 0
                                    


"If you want to do things the right way,
Don't go with the easiest pathway,
because to gain the greatest achievement,
One must face the greatest hardship."

@@@

Dub!

Lub!

Dub!

Lub!

Dahi aku berpeluh. Jantung aku pula sudah dipam selaju lampu disco jedag jedug mat rempit. Menjadi ke tak nanti ni?

Aku berjalan mendekati pusat permainan escape room tersebut. Terpampang besar papan tanda bertulis Outbreak, hanya beberapa langkah darinya. Selangkah lagi, aku terus memecut patah balik masuk ke tandas berdekatan.

Tadi bukan main yakin boleh rasuah penjaga ni bagi dia bawa telefon. Tapi lepas tengok penjaga badan sasa di hadapannya itu perutnya kecut sekecutnya. Nampak garang weyh dengan parut dekat muka. Aku ni dahlah hanya seorang perempuan yang lemah.

Telefon aku berdering. Aku terus angkat tanpa melihat nama.

" Asalamualaikum Mayaa," suara Salwa menyapa.

" Waalaikumussalam, weyh aku ada masalah sekarang ni," aku menyerbu dahulu sebelum sempat Salwa membicarakan niatnya menelefon.

" Apa kau ni? Masalah? Kau kena serang hendap ke?" seperti nada aku yang tergopoh gapah bercakap, dia juga menggunakan nada yang sama.

" Tak! Aku kena main escape room sekarang ni,"

" Huh? Peliknya? Dah kenapa kau ni? Main jelah,"

"Bukan! Masalah yang aku tengah hadap sekarang ni, kunci seterusnya dekat kawasan escape room ni. Aku tak tahulah macam manakan benda tu boleh ada dekat sini tapi nak cari kunci tu aku kena masuk main escape room tu. Sekarang ni syarat nak main kena tinggal telefon dan kamera dekat luar. Tadi aku macam dah yakin dah nak rasuah penjaga tu bagi kebenaran aku bawa masuk kamera, tapi tiba-tiba aku tak yakin. Macam mana ni Salwa...?" aku merengek padanya.

" Ya Allah, betul ke apa aku dengar ni? Kau, kau nak rasuah orang? Ni mesti idea Najdee kan? Kalau dia yang buat tak apalah ni suruh kau yang buat. Bengaplah Najdee tu," aku terkedu mendengar perkataan bengap tu. Kau sempat bengapkan abang kau Salwa. Aku ni tengah gelabah, cepatlah jawab soalan aku!

" Tak apa aku tolong kau, kau lupakan rancangan rasuah tu. Sekarang ni cuba kau buat satu akaun Tik tok baru berkaitan mainan, lepas dah buat mesej aku nama akaun tu. Aku akan serbu orang-orang aku follow kau. Lepas tu aku call kau balik," aku mengangguk tanpa banyak soal. Tak tahulah dia nak buat apa. Aku buat jelah!

Aku ambil beberapa minit untuk mencipta akaun Tik Tok baru. Selepas beberapa minit aku sign in dan aku menarik nafas lega.

" Yes! Dah siap," bahagian aplikasi WhatsApp aku buka.

Mayaa: aku dah siap, Salwa. Ni nama akaunnya @DeeMayaa

SalwaMenawan(⁠ㆁ⁠ω⁠ㆁ⁠): Okay, tunggu sepuluh minit. Follower kau naik 800k.

Mata aku terbeliak membaca angka itu.

Mayaa: 800k?!!

Selepas itu berpusu-pusu notifikasi telefon aku masuk. Macam nak meletup telefon aku. Aku yang terkejut cepat-cepat menurunkan bunyi notifikasi.

Oh god!

@@@

Kawasan Salwa;

" Attention semua! Aku ada tugas baru untuk kau semua," Salwa menyilang kakinya melihat tajam ke hadapan.

" Yes, Miss!!" bergema satu bilik mesyuarat itu dengan orang-orang di hadapannya. Lebih 20 orang di hadapannya. Semua di situ berkot hitam dan berpakaian kemas.

" This is someone Tik Tok account. Akaun ni perlukan follower sebanyak 800 ribu ke atas, dan aku nak kau dan semua orang bawahan kau follow akaun ni dalam masa 10 minit waktu aku hantar nama akaun ke dalam group kita. Kalau kurang dari 800 ribu pengikut, hukuman sudah ditetapkan dalam kepala aku. Faham?" soalnya penuh elegan.

" Faham Miss!!" Sekali lagi bilik itu bergema.

Satu butang sahaja Salwa tekan kemudian semua di situ mendapat notifikasi. Laju dan pantas semua dia situ membuat kerja.

" Reza, hantar beberapa video review tempat permainan pada saya, sekurangnya tiga puluh video. Pastikan yang menarik dan gempak..." ujar dia pada seorang lelaki berdiri di belakangnya.

" Baik Miss..." bisik lelaki itu. Salwa tersenyum. Jangan bimbang, kerja gila pada seorang Nur Salwa memang selalu dibuat sebagai hiburan di masa lapang.

Antaranya kerja gila macam ni.

@@@

Kawasan Mayaa;

Aku terkedu selepas sepuluh minit melihat akaun Tik Tok tersebut. Wajah aku jangan katakan lagi, dah macam mayat hidup.

Ha...haha...

Dalam masa sepuluh minit dia dapat 850 ribu pengikut dan entah macam mana ada empat puluh video dengan tontonan berangka 200 ribu ke atas di akaun tersebut.

Gila! Salwa is gila...

Jangan buat main dengan perempuan ni. Dalam aku cuba menghadam perkara itu, panggilan telefon dari Salwa muncul di skrin telefonnya.

" Hello..." tanyaku gagap saat mengangkat panggilan tersebut.

" Macam mana?" soalnya tenang.

" Jantung aku terkeluar, terkejut beruk aku!" aku memberitahu Salwa keadaan nazak jantung aku.

" Tak apa, sekejap je beruk tu. Sekarang ni kau kena pergi dapatkan kunci tu. Bila kau nak masuk nanti, kau kena bagitahu yang kau nak buat content review dekat penjaga tu. Jangan risau kalau takut kena cekup sebab aku dah guna cara aku untuk mudahkan kau jumpa pengurus premis dia. Dengan ayat yang mudah je, kau boleh masuk dengan semua barang kau. Tak perlu berpisah dah dengan abang aku. Macam mana? Kerja yang macam ni kau boleh faham tak?"

"faham..." perkataan yang biasa aku guna bila tak tahu nak balas apa. Otak aku dah tepu dengan apa yang jadi. Apa yang jadi ni nyah? Aku tak boleh fikir.

" Kalau macam tu selesailah bahagian kau. Tinggal kau tolong carikan kunci je. Owh ya, hampir lupa. Bagitahu abang aku, yang telahan dia betul. Squad abang Long datang serbu markas tu, tapi hanya markas kosong yang ada dekat lokasi jangkaan Iblis tu. Jadi aku nak minta kau tanya dekat dia ada apa-apa maklumat lagi ke sebagai bantuan? Jawapan bukan sekaranglah, bila-bila dia kosong."

" Okay... Nanti aku tanya. Thank you Salwa,"

" Sama-sama," talian dimatikan dan wajah aku di cermin tandas dilihat. Aku mengeluh sambil tertunduk.

Kamera telefon aku dibuka dengan beratnya. Najdee sudah berada di hadapan aku. Berada dalam tandas perempuan. Ah lantaklah! Bukan ada perempuan pun dalam ni.

' Jangan tanya aku pasal macam mana Salwa buat akaun tu meletup. Dia guna kuasa bisnes kecil dia,' sebelum sempat aku tanya dia dah jawab. Aku mengembangkan hidung aku.

Dia kata jangan tanya sekali dia yang jawab. Peliklah dua beradik ni. Macam mana aku boleh terjebak dengan dua orang ni eyh? Aku salah tolong orang yang tak susah ke sebenarnya ni?

" Salwa kata apa yang kau cakap pasal serbuan sebelum ni betul. Dia minta kau bagi maklumat baru kalau kau tahu apa-apa, jangan tanya aku apa-apa sebab aku serba tak tahu rancangan dalam otak korang,"

' okay, jangan risau nanti aku tulis dalam buku aku je. Dah kau pula ada apa-apa tak nak tanya? Risau betul kau ya, takut tak nampak aku dalam escape room. Takut rindu aku ya? Alah, escape room tu senang je tau sebenarnya Mayaa. Easy peasy... Semudah makan ABC,' nadanya gerak jarinya bukan main bongkak.

Eyh mamat ni! Dahlah bukan main seronok dia perah santan. Tahulah dia bijak, tapi masalahnya aku ni pergi seorang lepas tu aku ni tak bijak macam kau. Nak nya aku masuk nanti, satu benda pun aku tak boleh selesaikan. Habis waktu main nanti, bukan kunci yang aku bawa keluar, tapi aku bawa keluar rendang ayam yang aku sempat masak semua bilik dalam tu nanti. Dendeng daging pun macam sedap.

Eh, fokuslah Mayaa! Kau tengah meluat dengan Najdee ni!

" Hey! Kalau aku tak nampak kau, sampai berkurun lama aku duduk dalam escape room tu. Kunci tu sampai mampus kau tak dapat, jangan nak bongkak sangat ya kalau sekarang ni kau tengah MINTA TOLONG AKU," aku melampias geram aku.

Najdee hanya membalas dengan menjulingkan matanya ke atas dan kemudian tergelak dan berlalu keluar dari tandas. Tak terkesan dengan ayat balas aku.

Lelaki ni juling-juling mata pula dah. Bertambah geram hati aku. Eyh! Kalau boleh dipijak-pijaknya kaki dia tu, aku dah lama pijak tau.

" Tak apa, kau menyakatkan aku sekarang, kau tunggu aku menyakitkan hati kau pula nanti," aku mengemaskan tudung aku dengan meniup awning tudung aku dan berjalan keluar tandas itu juga.

Love LensWhere stories live. Discover now