3

30 4 0
                                    

" aku teringin menjadi seperti tangan dan air mata,
saat tangan terluka, air mata akan keluar. Saat air mata keluar,
tangan yang mengusapnya."

@@@

Pintu wad 204,
Pesakit: Nur Dahlia binti Aiman.

Tangan aku menyentuh pemegang pintu erat. Nafas aku naik turun. Lama aku berdiri di situ tetapi akhirnya aku melepaskan pemegang pintu itu. Niat untuk menolak pintu itu terhenti.

" Macam mana boleh jadi macam ni? Bukan kau lari dari rumah buruk tu untuk hidup lebih bahagia ke? Kenapa aku tengok hidup kau sengsara sekarang ni sampai kena panggil aku. Mana keluarga lain yang cakap akan terima kau tu, huh Dahlia?" Aku tergelak sinis selepas meluah rasa. Pintunya aku tolak sedikit.

Hati aku sakit.

Aku melihat Dahlia dari luar pintu bilik wadnya yang sedang tidur. Aku tak kisah kalau pembaca berteka teki tentang siapa gerangan Dahlia ini. Dia itu perempuan yang lahirkan aku, tapi dia juga perempuan yang tinggalkan aku 13 tahun lepas tanpa belas ihsan. Tak gamak aku nak panggil dia ibu.

@@@

13 tahun lepas,

' ibu! Ariz ibu! Ariz tengah sakit, Mayaa tak tahu nak buat apa'

' Ariz dan kau bukan anak aku! Kenapa aku nak tolong kau?'

' ibu mana boleh macam tu! Mayaa dengan Ariz ana-'

' eyh, anak sampah! Aku ada keluarga lain yang lagi elok dari kau! Lagi normal! Kenapa aku kena jaga kau pula! KAU TU TAK BERGUNA KAU FAHAM'

Dalam mabuk dia, Dahlia mencampak botol arak itu ke lantai. Botol kaca yang pecah itu pula dicampak sekali lagi hampir terkena wajah aku, tapi tangan aku berjaya menepis.

Malangnya...darah mula menitik perlahan.

'kakak...' aku melihat mata bulat yang sedang bergenang dari sebalik pintu.

Sakit...tapi hati aku lagi sakit.

@@@

Aku melihat parut di tapak tangan aku kemudian genggaman tangan aku makin dieratkan. Tidak jadi untuk masuk ke bilik wad tersebut. Badan aku terus berpaling dari pintu,

" Tak jadi masuk?" Seorang lelaki berkot putih menegur aku. Berspek bulat, rambut hitam bermaksud dia masih muda. Melalui pakaian dia, aku tahu dia seorang doktor.

" Tak doktor, biarlah dia rehat. Saya tak nak jumpa dia, " jawab aku senada. Riak wajah doktor itu mengatakan dia tertanya-tanya  tetapi aku hiraukan.

" Berapa kos rawatan dia?" Soal aku. Doktor itu terkedu mendengar soalan aku.

" Awak tak nak tanya keadaan pesakit?"

" Saya tak nak tahu doktor," wajah doktor itu berubah terkejut dengan kenyataan aku.

" Tapi-ah..., tak apalah. Erm, saya tak tahu hubungan cik dengan pesakit bagaimana, tapi semoga semua perkara dimudahkan untuk cik." Senyum di wajah dia buatkan aku tersenyum kecil. Berterima kasih kerana dia memahami dan tidak mempersoalkan lebih. Aku tak nak tahu tentang hidup mati perempuan tu.

" Kalau cik nak tahu kos rawatan boleh tanya di kaunter pertanyaan aras ni," sambung doktor itu tanpa soalan lagi dan dia terus masuk ke bilik wad itu. Aku mengeluh berat.

Pelipis aku diurut perlahan. Kepala aku terasa berat, dengan kejadian tadi dan kembalinya memori buruk yang dulu.

Aku berharap sangat aku tak perlu jumpa orang dalam wad itu lagi.

Love LensTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon