11

13 4 0
                                    

" Autumn is Orange, meeting you is strange,
Winter is Blue, smiling with high value,
Summer is Yellow, hugging it like a pillow,
Spring is Green, missing you my Queen,"

@@@

Selepas beberapa jam aku memandu, akhirnya aku tiba di Lata Medang. Selesai menguruskan permit kemasukan aku berjalan ke Lata Medang, Kuala Kubu Bharu.

Komuniti yang hadir di situ semua tersenyum menyapa saat terlihat aku yang baru tiba. Menjadi satu adab yang baik antara orang lain.

" Taklah susah pun jalan dia ni," komenku saat kaki semakin hampir ke arah air terjun.

Aku menghembus nafas lega.

Ketika aku berjalan, aku cuba mengingati semula semua perkara yang berlaku pada aku dari awal pertemuan Najdee sampailah sekarang. Aku tak tahu kenapa aku rasa sunyi berjalan seorang disini.

Nak buat macam mana, aku yang memandu kereta tu seorang. Nak jenguk kelibat Najdee aku tak boleh pegang kamera atau telefon waktu memandu.

" Akak seorang je ya?" Seorang gadis yang bertubuh kecil seperti aku menyapa. Mengejutkan aku dari lamunan sendiri. Ditangannya terdapat bunga berwarna merah cair disorok belakang tubuh. Aku hanya mengangguk dan tersenyum. Siapa pula ni?

" Owh, kalau macam tu saya saja bagitahu, kalau akak perlukan pertolongan apa-apa nanti, boleh je datang dekat kumpulan saya, saya berkelah dekat sini," Aww, prihatinnya. Aku tersenyum lebih lebar, tak sangka rakyat Malaysia macam ni.

" Terima kasih, insyallah. Kalau ada apa-apa saya minta bantuan siapa-siapa,"

" Sama-sama, bukan apa, kita perempuan kena jaga perempuan. Saya tengok akak dari tadi jalan seorang, jadi saja menyapa,"

" Bagusnya...thank you again, tak apa, dont worry. Akak, okay." Dia tersenyum.

" Dahlah akak, saya gerak dengan kumpulan saya dulu, sungai depan tu je. Apa-apa maklumkan!" Gadis itu menjerit dan berlari ke arah kumpulan di hadapannya. Sebaik itu aku lihat mereka mula bergelak sakan.

Bunyi air sungai menyapa telinga aku selangkah aku mendekati. Aku pun terasa ingin berlari teruja seperti gadis tadi saat mendekati sungai tersebut.

Tatkala itu iris mata aku membesar saat aku melihat air terjun itu

" cantik, Subhanallah..." Sejurus aku mengucap kalimah suci itu tiba-tiba kepala aku sakit. Tanpa sedar mata aku semakin kabur dan setitis air mata jatuh mengalir sekali kedalam sungai.

" Eh, kenapa ni?" aku menyedari keadaan aku dan mengelap air mata aku secepatnya. Habuk mungkin.

Mungkin...? Ah, Mayaa jangan fikir sangat, kau datang sini pun sebab kerja.

Selepas keadaan kembali reda, aku terus berjalan mendekati sungai dan membuka kamera aku, Najdee sedang memerhati anjing-anjing yang berkeliaran di situ.

" Najdee, Hai!" dia berpaling melihat aku tanpa bercakap.Anjing itu pula sibuk menyalak ke arahnya seolah tahu yang Najdee berada di situ.

Nasib aku bercakap dengan Najdee pakai kamera telefon, sekurang-kurangnya orang lain di sekeliling aku akan hanya menganggap aku ingin mengambil gambar pemandangan atau aku tengah buat panggilan video. Taklah nampak macam orang gila cakap seorang.

Aku melihat sekeliling kawasan, tempatnya tidak terlalu lengang atau sibuk. Tempat untuk duduk juga banyak pilihan. Ini bukan kali pertama aku pergi tempat macam ni, biasanya dengan kawan aku. Tapi tulah, semua dah sibuk dengan hidup masing-masing. Aku macam teringat yang aku pernah pergi sini dengan seorang lelaki, tapi siapa eyh?

Love LensTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon