27

10 3 0
                                    

"There's a monster in each of our hearts,
That's why there is a rib cage,
to prevent it from coming out."

@@@

Naratif Mayaa;

Aku melihat sekeliling dan ke belakang sekali sekala, takut kalau-kalau lelaki tadi datang mengikut aku. Manalah tahu kan, sekarang mana boleh agak. Lelaki gila di mana-mana.

Setibanya aku di sebuah kafe yang aku tak tahu di mana, tapi boleh dikatakan berdekatan sungai Melaka, aku membuka telefon aku dan meletakkan juga kamera di sebelahnya. Kotak decoder aku keluarkan dari beg sisi aku dan letaknya di atas peha.

“ Najdee...” panggilku berbisik sambil melihat ke skrin telefon. Gaya aku seolah sedang video call seseorang untuk elak aku digelar gila. Najdee duduk di hadapan aku tetapi melihat ke luar tingkap. Dia termenung.

“ Najdee...” panggilku sedikit kuat lagi. Masih dia tidak memandang aku atau membalas sahutan aku. Macam dah sampai dekat kerajaan ayah pin dah tu berangan dia.

“ Oi, Najdee!” aku menaikkan suara kali ini. Barulah dia memandang aku sambil terkejut memandang aku. Namun selepas dia memandang aku dia melarikan matanya melihat ke arah lain.

Lelaki ni dah kenapa? Ergh, aku sambung jelah cakap. Malas aku layan drama dia ni.

“ Aku nak mula cari kunci dah ni, tolong tau,” ujarku bersahaja dan masih juga dia tiada respon. Aku kemudian memasang kunci sebelumnya di kotak tersebut.

You have arrived at the destination.

Sungai Melaka- Status: Arrived

Ayat itu keluar dahulu sebelum satu bentuk teka teki yang aku tak faham intinya.

20,80,70,1,50,4,12,10
Key: Circle and have childrens running play tag inside it and never get it.

Bulat dan ada anak? Apa kejadahnya ni? Ya Allah, aku kena buat apa ni. Soalan SPM pun bukan macam ni. Macam kemahiran berfikir aras tinggi, KBAT. Tapi sebelum jadi KBAT aku dah jadi kebab dulu.

Dia nak cakap ibu mengandung ke ni? Trimester? Tapi anak dia berlari dalam perut ibu ni apa benda? Main jadi-jadi dalam perut ibu? Iyh!

“ Najdee...,” aku memanggil dia lagi dan dan kali ini dia tersentak dan melihat ke arah aku dengan betul. Dah normal pun muka budak ni!

Tanpa banyak bunyi Najdee melihat sekilas masalah tersebut dan terus mengeluarkan buku notanya.

' jawapan dia OUTBREAK,' ujarnya sebelum dia sambung menulis.

“kau nak tulis apa?”

' lukis,' sepatah aku tanya sepatah dia jawab. Kenapa nada dia makin beku ni macam tak ada perasaan. Sebelum ni bukan main banyak benda dia cakap.

“ Ni penerangan, alphabet Clock Key,” dia menunjukkan buku notanya. Aku melihat lukisan bulatan yang ada jam dan nombornya. Tapi diluarnya terdapat abjad-abjad huruf mengikut susunan nombor arah jam. Bermula dari huruf A hingga L, disambung M di atas A hingga huruf X bersama nombor 0. Dan paling atas ialah Y dan Z bersama nombor 00. Aku blur namun kemudian aku nampak susunan tersebut.

“ Alphabet Clock?” soalku meminta kepastian lagi sekali. Lukisan itu aku perhati lama bersama nombor tadi. Aku boleh kata teka-teki ni agak kompleks tapi boleh difahami,

20,80,70,1,50,4,12,10

Y,00
M,0
X,0                    A                   N,0
L               12               B
K              11                             1            C
10                                                   2

Love LensWhere stories live. Discover now