18

12 4 0
                                    

" Kalau ada harimau bintang,
Kenapa tak ada harimau bulan?"

@@@

Naratif Najdee;

Matanya berjaya melihat mata aku tepat.
Aku terkelu dan mengeluh kecil.

' Jom balik bilik, aku ajar pakai ubat mana,' aku jalan di hadapan, yang aku tahu dia ikut aku.

Selesai dia duduk di atas katil, telefonnya diletak di tripod. Kamera ditukar ke kamera sisi depan.

" Ini kotaknya, nak pakai ubat mana, macam mana nak pasang bandage? Kau ajar ya?" Mayaa melihat aku.

' serius ke ni kau tak tahu?' Dia menggeleng kepala tapi aku tahu yang dia hanya saja mengada. Bibirku naik senget.

Aku melihat semua ubat itu, satu persatu aku tunjuk. Melayan semua kehendak dia.

' ni ambil ubat antiseptik yang ni, sapu macam biasa, buang kuman. Lepas tu, biar lama sikit, letak minyak gamat atas kapas bandage ni sikit je tau, jangan melimpah. Lepas tu lekatkan,'

Selepas beberapa minit mengajar dia serba-serbi dia bersorak menepuk tangan. Senyuman comel dia terbit.

" lepas ni kalau aku luka mana-mana, kau jangan tiba-tiba nak emo, Aku dah pandai rawat sendiri," ujarnya. Aku memerhatinya sambil senyum kecil.

Fahami itu usaha dia memujuk hati aku, perasaan terkilan dengan diri sendiri itu hilang dan dia berjaya tenangkan aku.

" sekarang ni aku nak tahu, latihan menembak ni sebab untuk lindung aku ke?"

' betul, sebab aku tak ada fizikal. Jadi kalau kau dalam bahaya, aku boleh percaya kemahiran yang aku ajar untuk lindung kau,'

" faham,"

Suasana di situ menjadi agak janggal. Aku menggaru belakang leher yang tidak gatal dan dia buat-buat melihat alatan dan ubatan.

Ding! Dong!

Bunyi loceng rumah aku berbunyi menyelamatkan kami dari suasana janggal tadi. Menggelabah aku bangun dan Mayaa mengemas barang di atas katil.

"Aku rasa tu Salwa, tadi aku mesej minta barang keperluan," Mayaa terus memecut keluar dari bilik tersebut.

Seketika kemudian jeritan dia didengari. Aku berlari sepantas yang boleh ke bawah dan melihat susuk seorang lelaki bertubuh besar di hadapan pintu rumah aku.

"Abah..." gumamku.

" kamu siapa?" Soal Abah pada Mayaa yang terjatuh akibat terkejut. Abah bukan calang-calang orangnya. Aku berlari mendekati. Salwa! Cepatlah datang sebelum Abah buat sesuatu!

@@@

Naratif Mayaa;

" kamu siapa?" Aku sudah jatuh terjelepuk saat aku membuka pintu dan melihat orang sebesar penggusti.

Keroncong di leher aku tersekat. Wajah lelaki tua itu sangat memberi tekanan pada aku untuk bercakap.

"Hei, kamu siapa?" Suaranya dilembutkan. Mungkin kerana melihatkan aku yang ketakutan. Dia duduk mencangkung di hadapan aku.

" Maaf, t-tuan siapa?" Aku bertanya gugup.

" saya siapa?" Aku mengangguk perlahan.

" saya ayah tuan rumah ni, saya datang ni ingatkan anak perempuan saya duduk dalam rumah ni," Aku kelegaan saat mengetahui dia ayah Najdee. Dia cari Salwa?

" Tuan Ayah Najdee?"

" Ya saya, kamu siapa?"

" Saya kawan Najdee,"

Love LensWhere stories live. Discover now