23

9 3 0
                                    

" air laut itu masin,
mampu layarkan bahtera,
Bahtera jati atau besi,

Air mata itu masin,
Apa pula layarannya?
Ya, layarannya sebuah kesakitan,
Kesakitan alami atau hati,"

@@@

" How?" kamera depan dibuka dan Najdee berdiri di belakang aku. Aku menunjuk kad nombor Syazleen yang aku dapat tadi dengan bangganya.

' eleh, kata tak tahu berlakon. Bukan main kau kutuk aku tadi. Betul-betul mendalami karakter,' aku tergelak kecil dengan kenyataan benar itu.

" Well, miss tunang bidan terjun, aku rasa aku slay sangat tadi. Sekarang baru aku nak tanya. Apa tujuan kau minta aku jadi tunang kau sebenarnya? Aku tak faham kalau kau setakat nak minta kad jemputan dari Syazleen tu,"

' sebabnya ialah kau tak akan dapat jemputan tu kalau kau tak berkaitan dengan aku. Syazleen orangnya sombong, tak pandang kalau orang tu tak kena dekat mata dia. Sebab tu awal-awal kau tegur dia pakai nama penuh dia macam di provokasi, tapi lepas dia tahu kau tunang aku terus dia terdiam. She admire me as someone higher than her. Sebab aku buli dia dulu,' dengan bangganya Najdee membuka aibnya sendiri.

" Wow, jadi sekarang aku dikenali sebagai tunang pembulilah ni?"

' tunang palsu, ke nak jadi tunang betul?'

" Eww, tak nak! Macam mana roh nak tanggung aku. Kalau kau dah sedar baru aku berkira-kira balik,"

' Ha! Ungkit lagi pasal aku roh. Nanti aku suruh abah datang meminang kau baru tahu!'

" Pft! Abah nak ke menantu macam aku? Lagi satu, kau tu yakin ke nak dekat aku. Ke main-main cakap je," geram pula dengar ayat dia, dia ingat bagi harapan dekat orang tu elok. Kalau boleh tunaikan tak apalah juga. Ni kalau ada kejutan mahu aku yang terduduk terngadah.

' Mayaa, jangan macam tu. Aku gurau je ni. Kau jangan merajuk sampai tak bercakap dengan aku,'

" Tak, aku cakap je. Bagi peringatan. Ni ada soalan lagi. Jemputan dari Syazleen ni untuk apa?"

' Masa aku periksa bilik Syazleen, aku perasan ada tanda-tanda dari kumpulan Iblis. Tapi hubungan Syazleen dengan Iblis masih samar-samar. Aku nak periksa Syazleen punya hubungan sosial sekeliling dia,'

" okay, faham. Lepas tu kalau aku dapat pergi aku kena bagitahu Salwa selalulah kan?"

' kau kena heret Salwa, sebab dia je boleh lindung kau kalau jadi apa-apa waktu dalam majlis Syazleen. Cubalah pujuk Salwa sebab Salwa tak suka si Syazleen tu,' ah sudah! Satu hal lagi nak kena pujuk orang.

" Yang tu nantilah fikir,"

"Owh, kereta dengan pemandu dah sampai," aku menamatkan perbualan dan menyimpan telefon aku saat kereta Mercedes Benz yang aku tempah bersama pemandu upahan berhenti di hadapan aku.

Pemandu itu keluar dan membukakan pintu untuk aku. Entah kenapa aku rasa dihargai oleh pemandu itu padahal dia dibayar, mungkin sebab pakai duit Najdee kot. Nikmat pekerja tak berduit dibayar penganggur berduit. Saja nak ungkit sebab aku tak puas hati lagi kenapa dia menganggur.

Kalau ada yang tertanya kenapa malam ni tak pakai kereta Proton tu, sebabnya Najdee tak bagi, dia kata kena sewa kereta orang kaya sebab takut masih ada mata orang hotel yang bergosip.

" cik nak pergi mana?" tanya pemandu itu. Aku melihat waktu di telefon aku.

10.30

Sempat lagi ni, Melaka mesti ada restoran buka lagi. Aku memujuk diri dengan rasa risau semua restoran sudah tutup.

Love LensWhere stories live. Discover now