24

8 3 0
                                    

" From every wound,
there is scar,
and every scar tells a story,
a story that say,
'I survived', "
-Fr.Craig Scott

@@@

Malam itu kami pulang ke hotel tanpa masalah. Kecuali bateri telefon aku habis dan kelam kabut aku cuba cari kotak ajaib khas untuk mengecas telefon, power bank. Memang tak sempat aku berborak panjang dengan Najdee tadi. Huhu sedih.

Aku sekarang dalam tandas sedang mengurus diri. Parut di bahagian belakang tubuh aku lihat melalui pantulan cermin. Selepas menampal parut itu dengan pelekat baru aku menyarung pakaian tidur aku. Parut tu boleh kata kecil je, parut selamatkan Ariz waktu dia kecil. Ariz hampir terkena pasu bunga yang dicampak ibunya ketika itu.

Jam di tangan dilihat.

12.30 a.m.

Hehe...

" Awal lagi ni, aku burung hantu buat apa nak tidur awal. Ni kalau tengok cerita dengan pekena air Milo sedap ni," aku menuju ke kabinet dapur kecil dan mencari-cari cerek elektrik. Sambil mencari aku menyanyi kecil melodi lagu arab Min Awel Dekika. Sedap lagunya, lagu sendu orang bercinta.

" Ah, ni pun!" Aku mengeluarkan cerek elektrik dari kabinet dan mengisi air di dalamnya. Kemudian aku menghidupkan cerek tersebut dan sambung mencari paket Milo pula.

" Aih, dia tak adalah pula. Kata hotel lima bintang tapi paket milo pun tak ada," aku mengherdik hotel tersebut hanya kerana sepeket Milo.

Aku melihat lagi peket air yang boleh aku buat. Digeledah habis kabinet itu dan akhirnya aku jumpa peket uncang teh. Laju tangan aku memegang cerek elektrik. Lama aku memegang cerek itu sambil membawa peket uncang teh ke atas kabinet.

" Ouch! Argh...!" Aku tersedar yang tangan aku sudah memerah teruk akibat menyentuh cerek elektrik dengan lama.

" Macam mana aku boleh lupa cerek ni panas. Lama pula tu aku pegang," aku membebel sendiri. Akibat kawasan melecur itu terlalu pedih aku menuju ke sinki secepat mungkin.

" Luka hari tu pun tak baik lagi, dah tambah luka baru. Mayaa...kau memang pelupa ke? Auch..." Kawasan merah itu aku alirkan air padanya. Bibir aku dikemam menahan pedih. Tangan yang sama, tangan yang berparut sebab kaca botol arak ibunya, tangan yang sama dia terluka main pistol VR. Kali ini dekat tangan yang sama juga dia melecur. Lepas ni apa?

Aku mengeluh.

Minyak ubat aku letak secepatnya. Nak kacau Najdee takut dia dah rehat lagipun aku malas nak pakai tudung jumpa dia.

Kotak putih yang menyimpan ubat itu aku simpan rapi kembali. Aku berdoa dalam hati semoga tangannya tiada kesan apa-apa memandangkan Najdee akan memarahinya.

Aku akhirnya bawa diri aku ke atas katil aku dengan tangan yang berubat. Dalam tidur aku menahan sakit. Aku harap Najdee tak sedar aku terlukakan tangan aku.

@@@

Naratif Najdee;

4.30 a.m

Bahagian kepala aku pening saat bangun dari tidur, aku melihat sekeliling. Aku bukan dalam wad tempat aku disorokkan.

" Mayaa tidur lagi ke?" aku bangun dari katil aku dan secara tidak sedar ada barang yang jatuh dari aku.

" apa tu?" aku melihat barang itu yang berada di lantai. Aku mengangkat barang itu dan aku terdiam.

Macam mana?

" ni buku nota kosong kan?" aku kembali berdiri sambil menyelam buku tersebut. Macam mana aku boleh pegang dan buku ni datang dari mana?

Love LensWhere stories live. Discover now