14

10 4 0
                                    


" Takut kehilangan,
walaupun belum terjadi,
Kerana manusia diciptakan dengan rasa takut perkara yang tidak pasti,"

@@@

Naratif Najdee;

" hah..." Aku menghela nafas berat.

Diriku dibawa untuk duduk termenung, aku dah cuba jumpa orang hijab terbuka pun mereka tak nampak aku.

Hari ni dah dikira dua minggu dari hari aku koma. Maklumat tentang musuh, banyak dah dekat tangan aku. Tapi tetap aku tak jumpa ketua kumpulan mereka. Aku pelik...

Sekarang ni masalahnya aku tak bangun- bangun dari koma, separuh bulan aku terbaring. Masa aku makin pendek.

Banyak perkara aku ikhtiar dan aku...pasrah. Rasa putus asa itu datang balik. Sekeliling aku, aku pandang. Ada keluarga yang sedang gelak ketawa. Penjual barangan yang mencari rezeki. Orang membuat hal masing-masing dan tidak kurang juga orang berswafoto dan membuat rakaman.

Ya, aku dah pun berjalan sehingga pusat beli belah terkenal Kuala Lumpur.

Pavilion Bukit Bintang, Kuala Lumpur,

Aku masuk ke dalam satu kedai yang menarik minat aku. Satu sudut kedai itu menarik perhatian aku dan aku duduk. Aku sambung termenung.

Patut ke aku putus asa? Barang aku tu berbahaya bukan untuk aku je tapi bahaya untuk satu negara ni kalau jatuh dekat tangan yang salah. Melihat negara aku yang aman akan porak peranda dan mungkin hancur, buat hati aku sakit.

Rasa sedih, terdesak, tertekan, buntu semuanya bercampur. Kalau aku tak selesaikan kes aku, satu Malaysia ni dalam bahaya. Aku terdesak! Keluarga aku! Kawan-kawan aku!

Kali ini aku cuba berdoa sekali lagi. Tolonglah, kali ini menjadi. Tolong sangat!

" Ya Allah Tuhan sekalian alam mahupun alam manusia dan juga roh, ku mohon bukalah jalan untuk aku selesaikan masalah ini. Masalah ini besar pada aku untuk dibiarkan. Nyawa beribu hambamu dalam bahaya. Ya Allah, ku mohon, tolonglah hantarkan keajaiban untukku," selesai aku berdoa begitu, rasa seram sejuk meniup aku. Aku terkedu, kerana kali ini betul-betul...

keajaiban berlaku pada aku.

Betul, keajaiban yang aku maksudkan itu ialah Mayaa Adeera. Bibir aku mengukir senyum kecil.

Perempuan kenit dengan kamera dan polaroid dia. Pada awalnya aku tak perasan kehadiran dia. Tapi lepas tindak tanduknya seolah ke arah aku, aku yakin...dia boleh nampak aku menggunakan lensa kamera!

"Macam tu ke? Kau boleh nampak aku pakai kamera..." aku tersenyum kecil dan lega.

Tapi kenapa dia? Perasaan aku ragu nak gunakan kau.

Kau bukan orang dalam aku, bukan kawan, bukan keluarga mahupun isteri untuk tolong aku. Kau hanya orang yang lalu lalang hadir di waktu aku perlukan seseorang. Tapi aku terdesak, jadi aku buat keputusan untuk terus mengikut kau sehingga depan rumah kau. Mungkin agak biadap perbuatan aku, namun kehilangan jejak kau akan rugikan aku. Sampai sahaja di rumah kau, aku setia menunggu kau hingga kau keluar dari rumah kau.

Berdiri lama di luar rumah kau, buatkan aku rasa sedikit takut dan cuak. Macam mana kalau dia tak nak tolong? Macam mana kalau dia takut dengan aku? Kalau dia nampak aku sekali je macam mana?

Tak aku sangka, takdir menggerakkan kau ke hospital tempat aku terlantar. Perasaan aku bersyukur waktu itu, dan waktu itu juga aku rangka segala kemungkinan berjumpa kau.

Sedang aku mengikut kau melangkah ke dalam bangunan hospital, tiba-tiba bahagian dada aku sakit yang sangat. Di bahagian telinga aku, aku dengar bisik-bisikan.

Love LensDonde viven las historias. Descúbrelo ahora