25

10 3 0
                                    

"Knock! Knock! It's me, a peacock,
Its feather resemble the sea drop,
On that sea drop it twirling with smile,
Telling everyone It's mine,"

@@@

Selesai aku membelek semua tulisan aku dalam buku aku, pintu bilik aku dikuak kuat oleh Mayaa.

" Najdee!" wajahnya teruja. Keadaan tudungnya juga tidak terurus.

" Salwa video call, dia kata ada good news," Dia mengambil tripod di bahagian biliknya dan berlari masuk kembali. Kelam kabut dia memasang tripod dan telefonnya di hadapan katil. Apa yang kelam kabut sangat pun aku tak tahu. Aku hanya menggeleng kepalanya.

Kamera hadapan digunakan dan dia mengajak aku duduk di tepinya. Dia menepuk-nepuk tilam di tepinya. Aku hanya menuruti sambil tertanya-tanya berita apa yang ingin diberitahu Salwa.

Salwa sedang duduk di satu kafe yang aku tak tahu di mana. Salwa terjeda seketika melihat aku duduk di sebelah Mayaa.

" Hai abang, how are you? I can't believe I can look you moving again like this. Mayaa is such a miracle to you."

' Indeed, she is special,' senyumku terbentuk. Pipinya terus merona merah seketika tapi kemudian dia cepat-cepat mengawal wajahnya.

"By the way, I got this good news. Aku jumpa banyak maklumat tentang IBLIS dalam nota dalam poket baju badan kau, aku jumpa pagi ni," kening aku bercantum mendengar ayat itu. Buku?

' sambung,' ayatnya mengambil perhatian aku.

"aku letak buku tu dalam poket kau waktu aku pindahkan badan kau, tulisan tu memang tulisan kau abang. Spekulasi aku satu, kau yang tulis ke abang? Sebab buku tu kosong waktu aku letak,"

' maksud kau buku ni?' aku menunjukkan buku nota di pegangan aku. Mata Salwa membesar.

" Yes! Buku tu!"

' aku baru tulis pagi ni, maksud kau semua yang aku tulis kau boleh baca?'

" Yes!" jawabnya teruja. Bibir aku naik membentuk senyuman lebar. Kemudian aku tergelak gembira. Muka aku diraup dengan sebelah tangan.

Tak sangka...

" Maksudnya kau boleh bercakap dengan aku pakai buku ni. Cumanya aku tak pasti kalau buku ni perlu sentiasa ada dengan kau atau tak. Nanti kita periksa. Apapun semua maklumat kau bagi mudahkan kerja aku, tempat markas dia kami dah jumpa tapi kepala IBLIS masih kami tak jumpa, komunikasi diorang pelik,"

" diorang masih cuba cari badan kau, tapi aku tak faham kenapa diorang obses sangat dengan badan kau?"

' Aku tak tahu apa motifnya, aku cuba cari ketua dia untuk cari motif mereka sepanjang aku jadi roh tapi aku tak jumpa. Aku sendiri tak faham. Aku faham satu je benda dari ketua dia, ketua dia bukan obses dengan aku hidup-hidup, dia nakkan aku sama ada hidup atau mati sebab mayat orang kanan aku hilang kena ambil kumpulan dia,'

" What? Kumpulan tu ambil mayat orang? Psikonya..." Mayaa mencelah dengan muka jengkel terhadap kumpulan itu.

' Betul, aku deal dengan orang psiko. Sebab tu aku tak nak kau bertembung langsung dengan mereka. Tapi sekarang aku boleh lindung kau Mayaa. Jadi kau jangan risau. Sekarang aku tak faham kenapa dia nak cari aku, dan barangan formula yang kita tengah cari ni pun aku faham yang dia hanya nak cuba umpan aku,'

" aku dah lama nak tanya, formula tu formula apa?"

" formula bahan letupan, kutipan Najdee saja-saja sebagai hobi untuk kajian dia," jawab Salwa selamba macam borak dekat warung.

Aku tertunduk diam takut menanti reaksi Mayaa. Dia terkejut ke? Mesti dia fikir aku saintis gila.

" Wow, ingatkan dadah... Bahan letupan hobi dia?" reaksi dia tenang. Melihat reaksi dia yang tenang buatkan aku tergamam. Hati aku sedikit teruja untuk tahu apa di fikirannya.

' Kau tak takut dengan aku ke?'

" takut? Pftt! Kau hanya seekor roh sekarang ni, kau boleh buat apa hah tanpa aku? Lagipun sebelum ni kau pernah cakap yang benda ni bawah pantauan kerajaan," Muka aku ditutup tangan aku lega.

Ah, dia ingat ayat berkaitan kerajaan tu.

'Kalau aku betul saintis gila cipta barang sebab hobi kau takut tak?'

" Eleh, kau boleh buat apa je? Give me the deal,"

' love potion?' spontan ayatku saja mengusik dia. Wajahnya aku intai sebelah mata. Wajahnya memerah buatkan perasaan yang aku tak mampu diungkapkan sebelum ini datang kembali.

" Well, benda tu mustahil nak buat setahu aku, sebab perasaan dengan hormon lain, potion hanya efek hormon" matanya lari melihat arah bertentangan dari aku.

" Ehem! Sejak bila korang buat drama macam ni?" Salwa memecah suasana pelik kami. Aku tersedar isi perbualan aku dengan Mayaa. Najdee, kau buat dunia kau sendiri ya?

" Ah, tak ada apa-apa Salwa, sambung maklumat yang kau nak kongsi," Mayaa memotong sebelum aku boleh bercakap.

" IBLIS punya objektif masih belum jelas, tapi jelas dia obses dengan abang aku. Setakat ni markas yang diorang inap ada sebanyak 30 di serata Malaysia, dan seterusnya, dia akan pergi ke arah Pegasus constellation. Tempat yang perlu kau elak Mayaa ialah negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Abang Long kata dia akan hantar squad hendap mereka memandangkan kes ni dah sampai ke telinga orang atasan dia,"

' Squad abang Long tak akan berjaya Salwa, Iblis tahu dia sedang dikejar. Aku dah pernah buat sebelum ni, If I can't, they can't too.'

" Abang Long korang ni kerja apa?" Mayaa mencelah lagi. Kesian pula dia terpaksa mencelah-celah macam ni.

" Komando Unit Tindakan Khas," Mayaa menutup mulutnya kagum. Rasa tak senang hati muncul dalam diri aku saat melihat dia tersenyum begitu.

' Aku pun hebat okay,' ujarku tiba-tiba.

" Kau menganggur," sedas Mayaa bagi.

' Duit yang kau pakai tu pulang balik, kad hitam sekali, hari ni tak payah beli baju baru,'

" Ala... Najdee, kau hebat...kau hebat jangan risau, dalam checklist aku kau nombor satu, tadi kau cakap kau buat kajiankan? Kau tak menganggur pun" rayunya.

' Owh, tahu menggelabah. Tapi untuk pengetahuan kau aku bukan saintis ya. Betullah aku menganggur tapi masih penganggur hebat,'

" aku yang halimunan ke macam mana sekarang ni? Rasa macam orang ketiga pula antara korang," Salwa memotong perbualan kami lagi.

Kali ini Mayaa terduduk diam dan membetulkan duduknya semula.

' Salwa kau teruskan siasatan kau dan jangan bagi kewujudan kau terserlah. You precious to me. Kami nak kena gerak Sungai Melaka sekarang,' aku kembali pada topik selepas tergaru-garu kepala tak gatal saat ditegur.

" Owh kejap Salwa!" Mayaa separa menjerit.

" Balik KL ni aku nak tahu pasal Syazleen. How she act, what her routine. Aku nak belajar dari kau cara jadi orang kaya," aku terkedu mendengar permintaan Mayaa.

Shoot!

Jangan tanya!

Jangan tanya kenapa!

" Syazleen? Kenapa?"

" Serius nak tahu ?" Mayaa memberi senyum muslihat.

Alamak!

' tak ada apa-apa Wa, kau tutup je telefon' wajahku panik. Salwa hanya mengendahkan aku.

" Nope! Aku tunang Najdee sekarang," Mayaa memotong aku.

Ah sudah...

" What?!" wajah Salwa terlopong.

" fake one," balas Mayaa lagi.

" How?"

" Argh, Mayaa!" aku meramas muka aku kecewa.

" Well, your brother planned it,"

" How cunning of you brother, tsk, tsk, tsk..., Don't worry Mayaa, kau ada aku. Sepanjang dia kecil, sampai sekarang segala aib dia aku pegang, kalau dia buat sesuatu dengan kau, bagitahu je aku,"
Muka aku dah merah menahan malu manakala muka Mayaa tersengih-sengih. Why Mayaa? Why?! Nanti aku datang meminang kau betul-betul baru tahu!

"Okay, bayie-bayie, Assalamualaikum," Salwa menutup panggilan video tersebut.

" Pftt, bayie-bayie? Maksud dia bye-bye? Kenapa comel sangat," Mayaa tertawa kecil mendengar perkataan itu. Kamera belakangnya dibuka.

" Dah, jom bersiap, tunggu tau!" Langkah dia terlompat-lompat meninggalkan bilik aku. Aku mengeluh berat. Owh, lupa aku ada nota tu.Laju sahaja aku membuka nota tersebut dan menulis sesuatu.

Salwa, kalau kau bahan aku pasal tadi dekat Abang Long, aku buka aib kau pula dekat Mayaa. Aku bagitahu pasal lelaki yang kau diam-diam minat tu.

Alang-alang nak uji buku nota ni, kita bagi amaran sekali. Aku melihat ke arah cermin yang tiada pantulan imej aku.

" Kau berguna Najdee. Sebab kau Naufal Najdee..."

Love LensWhere stories live. Discover now