13

10 3 0
                                    

" jatuh terngadah jangan pernah berputus asa,
kerana tuhan itu sentiasa ada,
Ingatlah doa itu penguat usaha,
dan tawakkal itu pending ke syurga, "

@@@

" Arghh!!!" suara jeritan dari jauh menarik perhatian aku. Hati aku terdiam sejenak melihat seorang perempuan jatuh terlentang. Kemudian dia timbul di atas permukaan air.

" Yusra!!" kawan-kawannya yang lain datang mengerumuninya. Mataku mengamati gerangan yang jatuh rebah tadi dan aku terkejut. Api dapur aku cepat padamkan.

" itukan... perempuan yang tegur aku tadi," seketika aku memerhati semua kekecohan itu, ada individu lelaki yang mula mengambil tindakan. Ambulans ditelefon olehnya. Aku mendekati kerumunan itu secara perlahan.

Seorang rakannya duduk di sisi Yusra. Setiap anggota diperiksa dan pipinya ditepuk lembut bertanya dan akhirnya dia membuat keputusan, CPR perlu dilakukan. Sekali percubaan tapi gadis itu masih tak bernafas lagi.

Diulang lagi tekanan 30 kali.

" Dia lemas ke?" soal seorang dari mereka. Mendengar soalan itu buatkan kejadian sebelum itu terlintas di fikiran. Kelibat gadis bernama Yusra itu, seingat aku dia tidak berenang dalam air sebelum aku kembali fokus dengan urusan aku semula. Tapi jarak durasi hanya beberapa saat, cukup ke untuk semua insiden ni berlaku hanya dalam beberapa saat.

" Dia tak boleh berenang jadi dia main dekat air cetek je, tapi tiba-tiba je dia kata dia pening lepas tu terus pengsan waktu main air," telahan aku tepat. Ada sesuatu yang tidak kena dengan situasi itu. Selepas Yusra terbatuk kembali bernafas, tidak lama kemudian tiba-tiba tubuhnya sawan pula.

Semua di situ menjadi kalut dan kelam kabut. Tiada yang tahu tindakan apa yang perlu dilakukan.

" Mengiringkan dia!" jeritku.

" cari kain atau sudu kalau ada, letak dalam mulut dia cepat," aku mengarah lagi sebelum beberapa saat kemudian ambulans datang ingin mengambil dia. Hidungnya yang memerah dan bahagian belakang pergelangan tangan dia sempat aku perasan mulai bertompok hitam.

Apa tu?

Aku tidak sempat menahan paramedik, dan hanya mampu memerhati ambulans itu pergi.

Dalam kerumunan tadi, ada satu benda yang menarik perhatian aku.

Satu jambangan bunga yang sudah dihenyak-henyak di hujung sebatang pokok. Aku mendekati pokok itu. Aku cuba menyentuhnya.

" itu bunga Yusra bawa tadi," kawannya hadir di belakang aku. Tangan aku terhenti.

"Oh Assalamualaikum, Siapa nama?" Aku menegur dia.

" Waalaikumussalam, saya Raudhah, saya yang campak bunga tu dekat situ," bunga itu dikerlingnya.

" Kenapa?"

" Tu bunga abang dia bagi, tapi tulah. Saya tahu yang abang dia tak ikhlas pun bagi bunga tu. Itu yang saya buang senyap-senyap. Dia baik sangat, sampai sanggup bagi peluang dekat abang dia,"

" Ah...faham, nampaklah dia baik sebab tadi pun dia sapa saya,"

" saya saja tegur ni sebab saya nak cakap terima kasih, kalau awak tak tolong tadi, tak ada siapa tahu nak buat apa waktu Yusra sawan,"

" Ah, tak adalah. Saya ada adik, waktu kecil dulu dia selalu sawan. Saya yang uruskan, jadi tak ada hallah nak tolong orang,"

" bunga tu nanti mereputlah tu, awak jangan risau pasal bunga tu. Biar je. Saya pergi dulu. Terima kasih sekali lagi," aku mengangguk kepala dan memerhati dia berlalu pergi. Hati aku tidak sedap dengan tindakan Raudhah menghalang aku.

Love LensDär berättelser lever. Upptäck nu