4

24 6 0
                                    

" Dancing under the moonlight is my dream, but dream will just be dream if you not there with me,"

@@@

Aku menolak perlahan pintu wad 143, nafas aku turun naik perlahan. Masih berat menghadam apa yang baru berlaku tadi.

Seriuslah aku dengar cakap roh orang tak dikenali?

Ah, Mayaa! Benda dah jadi tu biar saja jadi. Kaki aku akhirnya menapak di lantai bilik wad itu.

Aku betul-betul dalam wad 143 weyh!

Tapi seriuslah kau nak tolong dia ni? Macam mana kalau ni scam?

Ah, tak apa! Roh hensem, pemilik badan mestilah lagi hensem kan? Jadi niat aku nak datang jenguk hanyalah untuk sahkan yang tuan badan dia sama hensem dengan rohnya.

Mata aku pejam erat dan perlahan-lahan aku melangkah menghadap pesakit yang terbaring di atas katil itu. Tak sanggup nak tengok! Macam mana tiba-tiba dia buat jumpscare bangun tiba-tiba? Fikiran aku ni dahlah kuat merepek.

Aku meneguk air liur,dan keberanian dikumpulkan. Sebelah mata aku buka, dan cahaya dari tingkap menyilau mata aku. Selepas terkebil-kebil dan hilang silau mataku, aku melihat jelas gerangan lelaki yang elok terbaring dengan mata terkatup di hadapan aku. Aku menekup mulut aku dramatik...

"woh, lagi hensem..."bisikku tapi cukup bergema di bilik itu. Aku perhati dia, dari rambut ke dahi, ke hidung mancung dia dan akhirnya bibir dia. Aku tenung lama bibir dia.

.

.

.

Merahlah...
.

.

.

Eh?

Aku tersedar dari pukauan wajah Najdee. Ni mimpi ke sampai aku tak boleh kalihkan mata aku dari dia? Pipiku ditampar meninggalkan bekas merah pudar. Auch! Sakit, maksudnya bukan mimpilah ni.

Ah, tak apa...rezeki depan mata takkan nak membazir. Halal, Halal...

Aku berjalan melihat pula nama penuhnya di papan biodata pesakit,

Naufal Najdee bin Nazri.

"Uish, triple N. Uniknya," ujarku. Umur dia pula 27 tahun. Eh, sama umur dengan akulah!

"Nama cantik... Umur sama macam aku... Macam mana dia boleh hensem macam ni, sakit-sakit pun hensem. Bulu mata dia lentik, tangan dia sasa, rambut cantik, merah pula tu bibir dia, menggoda macam bidadari. Mak aih, kalah aku. Haih... aku yang perempuan ni pun cemburu," gumamku seorang. Aku merenung wajahnya dan biodata pesakit silih berganti.

Habis membuang masa melihat biodatanya, aku duduk di kerusi pelawat sambil menguis hujung selimut yang menutup kaki dia, termenung memikirkan diri. Okay aku dah melawat dia, sekarang apa?

Ah haahlah..., baru teringat. Najdee ada dalam ni tak eyh? Aku baru tersedar.

Kelam kabut aku membuka kamera telefon aku, dan jantung aku jangan cakap, dah gugur waktu itu juga. Mana taknya,

Najdee berada di depan mata aku sedang duduk atas katil. Betul-betul depan kerusi aku! Telinga dia pula sudah memerah dan wajahnya ditutup dengan sebelah tangannya.

Jangan kata...

DIA DENGAR KE SEMUA YANG AKU CAKAP DARI TADI?!! Ha..haha! Menggoda macam bidadari ya Mayaa? Aku rasa nak tampar mulut aku. Terkulat-kulat aku dibuatnya.

Aku menarik selimut dia cuba menutup wajah aku dan lama kemudian aku tersedar. Dah kenapa aku makin tarik selimut dia?! Ni badan dia!

Cepat-cepat aku menolak semula selimut tadi menembusi roh Najdee. Bodohlah kau Mayaa!!! Dah malu, makin malu sampai tujuh keturunan!

Love LensDove le storie prendono vita. Scoprilo ora