10

15 4 0
                                    

" Tetaplah maju,
kerana maju itu lebih baik dari berhenti dan berputus asa.
Kerana yang berputus asa,
pasti akan ditinggalkan, selagi kaki kau masih berpijak di dunia yang kejam"

@@@

Mata aku terbuka perlahan.
Bunyi penggera telefon aku memotong tayangan mimpi aku, sambungan mimpi babi terbang hari itu. Haihlah, dua tiga hari ni asyik mimpi babi terbang. Kenapa eyh?

Aku menutup mulut yang sedang ternganga sebesar gajah kerana menguap. Menggeliat ke kiri dan ke kanan dan kepala aku melihat ke arah jam di dinding. Tapi apa yang aku nampak hanyalah orang berambut hitam panjang, lurus, paras punggung berdiri di hadapan aku.

Siapa pula ni? Cahaya dari dinding hadapan aku mengaburi mata aku untuk melihat gerangan yang berdiri di hadapan aku.

" morning..." suara lembut dari si rambut panjang menyegarkan aku. Aku menutup mulut aku sekali lagi kerana terkedu.

" Salwa? Kau ke tu?"

" Akulah, siapa lagi," jawabnya sambil tangannya disilang memeluk tubuh. Kepalanya ditelengkan untuk melihat aku, membuatkan rambutnya yang berkilat serta merta bergerak menyenget sekali. Ditambah dengan baju gown tidur satinnya membuatkan auranya lebih menarik. Argh! So Sugar Mommy style!

" Seronok ya tidur lepas subuh?" Tanyanya sambil wajahnya dipalingkan pula dilihat di cermin muka. Rambutnya dibawa naik dan diikat dengan tangan runcingnya bagi memperlihatkan leher jinjangnya. Macam mana seseorang tu boleh cantik macam tu, Mak nak yang ni!

" seronok...aku mimpi babi terbang," Salwa tergelak kecil.

" Yang ni cermin apa?" Aku melihat cermin cekung yang ditunjuk Salwa.

" Cermin nak tengok Najdee masuk bilik ni. Takut dia intai. Lupakan tentang Najdee, kenapa kau cantik gila hah? Lagi-lagi rambut kau! Macam Barbie! Shiney shiney begitu, aku fikir bidadari mana berdiri depan aku bangun tidur tadi," ujarku dengan teruja.

" Mengada-ngada puji, dia pun dah macam sleeping beauty tadi. Dah bangun cepat, semua barang kelengkapan aku dah letak depan pintu. Aku nak bersiap dulu dalam toilet," habis Salwa memaklumkan pada aku dia terus keluar dari bilik itu dan menutup pintu semula.

Aku memandang ke arah pintu.

"Eh? Haahlah, Najdee!"

Barulah aku teringat tentang kamera depan cermin. Mata aku pantas melihat ke arah cermin cekung.

Apa yang aku nampak adalah sepasang tangan yang menembusi pintu tapi sudah berkedudukan di bahagian paling bawah pintu. Jarinya lemah longlai bergerak di atas lantai.

Berapa lama Najdee macam tu?

Aku terus memakai tudung instant dan mengambil kamera aku. Pintu besar dibuka dan kamera aku menghala ke bawah. Najdee memandang aku tepat di mata aku dengan riak kosong. Mukanya masam mencuka.

" Naj-

' dari pukul 6 pagi aku tunggu,' aku melihat jam di dalam bilik. Erk! Dah pukul 8.30 pagi. Tiga jam dia tunggu. Rasa bersalah aku bertambah.

"Alamak...," gumamku. Sengihan busuk aku bagi.

Aku mencangkung setaraf baringan dia dan Najdee bergolek membiarkan dadanya di bawah mengetahui aku ingin mengucap sesuatu. Mata dia melihat jelas ke lensa kamera dan aku melihat dia tepat di bahagian mata.

" Weyh Najdee...aku serius minta maaf, aku tak sengaja. Serius aku bangun subuh tadi aku terlupa nak tengok pintu muncul tangan kau ke tak, aku mengantuk sangat, Maaf okay?" mukaku dicomelkan dengan bibir yang memuncung.

Love LensWhere stories live. Discover now