29

14 3 0
                                    

"Distraction is the best therapy,
To forget about
the pain you can't face,"

@@@

Hari ni tenaga aku hilang, sehilang sentuhan realiti aku. Kau rasa? Aku punyalah fikir lelaki tadi tu garang, aku fikir sekali dia marah aku, dia akan hempap aku dah jadi ayam penyet. Aku fikir dia garang weyh sekali...kau bacalah sendiri.

" Eyh...akak! Akak nak masuk escape room ya. Suka suka suka! Sekarang kita ada pakej tau, menarik tertarik kebabom punya! Kalau ambil bilik yang paling hard boleh dapat harga murah untuk hari ini sahaja, akak nak yang mana? Pilih-pilih! Pilih baik-baik tau sebelum saya yang geget akak," nadanya penuh kegedikan dan mimik muka. Tak nafikan layanan dia baik tapi tak kena penampilan langsung.

Itulah orangnya. Orangnya mak nyah weyh! Diva nak mampus siap main geget geget. Kenapa aku tak perasan dari tadi oi! Badan penuh tatu tapi bukan main lembut.

" Ah, saya nak buat content review je, jadi saya nak main semua game yang ada...ha...haha," gelakku kurang ikhlas. Logik ke alasan aku ni? Tak apa Mayaa, hidup ini harus kuat dan diteruskan.

" Eh, akak influencer ke?! Eh Ya Allah!" Aku terkejut. Weyh, dia ingat Allah. Ah sudah, Islam ke tidak dia ni? Bertatu tapi islam?

" Kenapa tak cakap dari awal-awal. Ish... awak ni cakaplah dengan saya, saya panggil manager kejap ya sayang," taik telinga aku berjoget mendengar perkataan sayang itu keluar dari mulut dia. Siapa sayang kau?

" Ah...okay..." nadaku lemah berbicara.
Selepas dia berlalu aku mengucap habis.

Astaghfirullahalazim. Ini semua apa? Sejak bila Malaysia jalankan asimilasi agama. Bangsa pun masih guna sistem integrasi. Keliru dah aku mana satu Islam mana satu tidak. Aku tersedar hidup aku ni terlalu banyak persoalan. Tak apalah, lelaki tu tak kacau aku, aku doakan hidayah yang terbaik untuk dia.

" cik...DeeMayaa?" seorang lelaki dalam lingkungan 40 an menegur aku yang sedang mengelamun. Aku tersedar dari lamunan. Bibir aku tersenyum kemudian aku mengangguk kepala. Penampilan dia jelas seperti pengurus premis. Nafas aku dihembus lega. Akhirnya orang normal...

" ah, tadi ada orang call bagitahu influencer dia akan datang, dia kata awak nak buat content review tempat ni dan minta kebenaran bawa barang awak masuk betul?" Aku mengangguk. Salwa...kau memang tip top!

" Tapi sebelum tu boleh saya tengok akaun awak dulu," aku mengangguk dan menunjukkan akaun fake aku. Selepas dia meneliti semuanya akhirnya dia mengangguk memberi izin padaku.

" escape room ni perlukan kumpulan, jadi saya kenalkan awak dengan kumpulan awak, boleh?"

" Er...tapi, seorang tak boleh ke? Maksud saya sebab saya bawa telefon untuk kerja, jadi tak adillah untuk yang nak main seronok-seronok kan?" Lama manager itu berfikir dan akhirnya dia mengangguk bersetuju. Aku menghembus nafas lega.

" Hmm, boleh. Tak ada masalah, tapi agak lambat sikitlah awak boleh buat review, kena tunggu giliran. Sementara tunggu awak boleh isi beberapa borang yang saya akan sediakan dulu. Boleh tunggu?"

"Boleh sangat. Thank you manager, nanti saya buat review paling mantap punya insyallah," senyuman aku terukir. Akhirnya boleh masuk selepas berhempas pulas memikirkan cara terbaik untuk masuk dengan kamera. Aku rasa bersyukur sangat waktu tu.

Pengurus itu memberitahu pekerja di situ beberapa perkara kemudian dia berlalu ke biliknya semula. Penjaga premis itu memanggil aku menggunakan isyarat tangan dan aku melangkah mendekati penjaga itu.

" Najdee, nanti dekat dalam kau tolong aku tau, sebabnya aku seorang ni," sempat aku berbisik perlahan sebelum melangkah masuk ke dalam ruang menunggu bermain. Selepas diberi sedikit taklimat, mengisi borang dan menunggu nombor giliran, akhirnya aku dibenarkan masuk. Urusan aku dipermudahkan.

Love LensWhere stories live. Discover now