12

13 4 0
                                    

" Kirananya jantung atma juita,
Asmara hati yang sahaya pinta;
Saat sirna cahaya mata,
Rebah jua candra teruna."

@@@

" Eyh! Dah jumpa!" aku menyorak gembira.

Aku ambil secara cepat kapsul masa itu dan membuka botol kaca tersebut. Isi yang dikeluarkan dari botol itu berbalutkan kertas.

Kertas itu aku sumbat ke dalam beg dan di tangan aku terdapat pendrive kedua.

" Owh hampir lupa pasal kotak tu, inilah masanya nak uji otak bebal aku, " aku mengambil kotak tadi dan duduk di atas batu sungai dengan teruja. Aku menggantikan pendrive tadi dengan pendrive baru, setelah beberapa saat, ayat yang sudah dirungkai membolehkan aku baca isinya. Aku mula membaca isinya dengan teruja.

Hai, Naufal. Kau apa khabar? Mudahkan teka-teki tu? Heh! Aku kenal kau siapa. Ni aku saja nak bagitahu sebenarnya waktu kau dalam makmal aku curi kau punya Spaghetti dari adik kau. Waktu tu aku tak tahu yang kau abang dia. Kau jangan marah okay. Kirim salam adik kau.

Nota kaki yang aku baca itu buatkan aku terdiam namun dibawah nota itu masih berbekal ayat. Aku sambung melihat memikirkan akan ada teka-teki buat aku.

By the way, location for next key is under this sentence.






;DECODE;

Aku terdiam apabila melihat ruang bawah nota kaki itu kosong tanpa sebarang isi. Perasaan aku kecewa. Habis hilang perasaan teruja untuk menyelesaikan teka-teki yang kononnya akan muncul.

" Apa ni, kena scam ke? Tak ada pun ayat apa-apa, butang ke, simbol ke, untuk tekan" rungut aku sambil menunjukkan situasi itu pada Najdee di tepi aku. Wajah Najdee aku lihat ketika itu sedikit pucat dan berkerut. Dia merenung pesanan tadi lama.

Aku baru ingin bertanya soal kerutan wajah dia tetapi terhenti bila teringatkan ayat nota kaki tadi ada menyebut nama depan Najdee, Naufal Najdee. Dan ia membuatkan aku tertanya-tanya sama ada ayat itu ditulis khas oleh orang kanan dia. Apa hubungan dia dengan orang kanan tu sampai muka dia sedih macam tu? Apa yang terjadi?

Aku memerhati dia yang sedang termenung lama. Melihat dia berkerut buatkan aku rasa nak cakap 'tak apa Najdee, you're strong,' pada dia walaupun aku tak tahu situasi dia. Entahlah, sifat keibuan tiba-tiba muncul.

' cuba tekan decode tu dulu' isyarat Najdee itu buatkan aku tersedar ke alam nyata semula.

" Uh-Oh," aku menunduk memandang ke arah kotak semula dengan kekok dan menekan apa yang diminta Najdee. Sekelip mata pesanan itu berubah. Di bawah ayat tadi muncul satu kotak tulisan kontra dengan warna hitam kotak, tulisan di dalam kotak itu tertulis jelas.

System decoder, status: Done ( filter was remove)

" Owh! Dia guna negatif filter! Ayat tu takkan muncul kalau tak pakai negatif filter tu, patutlah kosong je ruang bawah ayat," ujarku teruja. Najdee hanya membalas dengan senyuman kecil namun sekejap sahaja ia kendur semula. Aku kembali fokus pada ayat tadi melihat reaksi acuh tak acuhnya, aku fikir positif yang mungkin dia tengah bersedih.

Hai, Naufal. Kau apa khabar? Mudahkan teka-teki tu? Heh! Aku nak bagitahu sebenarnya waktu kau dalam makmal aku curi kau punya Spaghetti dari adik kau. Waktu tu aku tak tahu yang kau abang dia. Kau jangan marah okay.


By the way, location for next key is under this sentence.

_...

Malamnya muncul kelip-kelip pelangi, dibelah pula kapal telusuri air yang tenang. Digelar Venice tapi jelas bukan, sedihnya pula air yang tidak dijaga, malang yang menimpa nyawa di bawahnya.

Love LensWhere stories live. Discover now