19

9 3 0
                                    

" Ibarat air yang menitik di atas batu yang keras,
di akhirnya batu itu akan melengkuk,
ingin aku lakukan begitu jua,
pada hati yang keras untuk bahagia,"

@@@

Gedebuk!

Bagasi aku di letak ke dalam kereta Proton SUV X90 berwarna hitam. Kereta jenama negara ni boss!

" Semua barang dah masuk belakang! Okay, keadaan kereta semua okay, dan aku yang cantik sudah bersiap," pintu boot kereta aku tutup. Aku berjalan ke sisi kereta dan melihat pantulan tubuh aku di tingkap sisi tersebut.

Dipusingkan-pusingkan tubuh sendiri. Sedikit senyuman comel diberi pada diri sendiri.

Kunci ketiga, kau tunggu aku datang tau!

Aku masuk ke dalam kereta dan melihat Najdee di kerusi sisi aku. Matanya terkatup, riaknya juga kelihatan tenang. Pesakit koma ni hensem betul. Haih, aku ni lemah betul dengan orang hensem. Aku meletakkan kepala aku di stereng kereta dan memerhati Najdee. Senyum aku terukir.

" Aku fikir kau hanya gunakan aku, tapi tak sangka kau layan aku baik sangat, haish... macam mana kalau aku tersuka kau nanti?" aku berbisik sendiri cukup untuk telinga aku saja dengar.

Dia tidur ke?

Aku memutuskan untuk melihat dia lebih dekat bila matanya masih tertutup. Kamera aku didekati padanya dan aku baru perasan di lehernya ada tahi lalat.

" comelnya..." Aku tergelak kecil.

" sekarang aku dah tahu senyum kau datang dari abah kau. Senyum kau cantik dowh,"

Aku tersenyum lagi. Matanya terbuka dan aku terus duduk semula di tempat duduk pemandu dengan laju. Kamera aku terus tutup setelah yakin yang aku tak terkantoi mengintai wajah Najdee.

Ya berharap sangat tak terkantoi, sebab maruah aku perlu dijaga oi. Mana boleh mengaku intai anak teruna orang. Kita anak perempuan, maruah kena jaga!

Tak  kisahlah, yang aku tahu aku tak nak aku tahu reaksi Najdee kalau kantoi sekalipun, nanti malu sendiri. Aku berdehem dan terus memandu ke destinasi aku.

Yup, Melaka! Aku datang!

@@@

Naratif Najdee;

Aku memerhati dari belakang tubuh Mayaa yang sedang berusaha menyimpan semua bagasi dia.

"Banyak betul barang dia, dia ingat kita ni bercuti ke?" Aku mengabaikan dia dan memasuki ke dalam kereta di bahagian belakang penumpang. Aku memerhatinya dalam diam. Dan bagasi akhir dia dihempas sehingga membuatkan kereta sedikit bergegar.

" Astaghfirullahalazim, perempuan ni letak gajah ke dalam beg dia?"

" Semua barang dah masuk belakang! Okay, keadaan kereta semua okay, lampu belakang okay, cermin tingkap belakang pun okay, tayar pun okay dan aku yang cantik pun okay!" aku membulatkan mata saat dia mengungkapkan ayat itu.

" self confident dia mahal be-" Saat dia berpusing-pusing diluar melihat pakaian dia, aku perlahan-lahan terdiam. Ayat aku tergantung.

Selepas itu dia mendekatkan dirinya ke bahagian kereta tepat di hadapan aku, senyum manis dia terbentuk. Aku terpaku seolah masa antara kami berdua terhenti.

Dub!

Lub!

Dub!

Aku mendengar jantung aku berdegup, maksudnya jantung aku yang sedang terbaring di atas katil turut memberi respon. Pipi aku memerah.

Love LensWhere stories live. Discover now