Prolog

3.9K 149 7
                                    

           "Arissa,lama lagi ke bersiap tu sayang. Kita dah lambat ni. Kesian Uncle Khair dan Aunty liya tunggu kita."

Puan Farisha mengentuk pintu anak daranya. Orang dah lambat dia boleh pula lambat-lambat bersiap.

"Jap Mamaku, Rissa tengah buat eyeliner lagi sebelah. Nanti Rissa turun. Mama tunggu lah dulu kat bawah." Kata Arissa dari sebalik pintu biliknya.

"Yela, jangan lambat pula. Nanti papa dan abang2 kamu tu bising je kerja." Kata Puan Farisha lalu menurun ke bawah.

"Okey mama!!!"


"Ha mama mana baby kesayangan mama tu." Soal Lucas bila ternampak mamanya menurun dari tingkat atas.

"Rissa kata nanti dia turun. Dia tengah bersiap lagi." Jawab Puan Farisha dengan lembut kepada anak bujangnya yang kedua.

"Tak siap lagi, kita dah lambat ni papa." Kata Luke sambil menjenguk ke arah jam tangannya.

Tuan Ikmal memandang ke anak sulungnya. "Sabar lah Luke tak ke mana pun rumah Uncle Khair tu."

"Tu lah pa manja kan sangat baby papa tu. Tengok sekarang kita dah lambat." Kata Lucas.

"Memang lah rumah Uncle Khair tak ke mana. Masalahnya kita dah janji dengan Uncle Khair pukul 8:30 malam tapi sekarang dah nak pukul 9." Sambung Lucas.

Puan Farisha hanya menggeleng sahaja kepalanya. Mereka bertiga ni kalau tak gaduh mulut tak sah. Ikut perangai siapa lah.

"Sorry you alls, Baby Rissa lambat sikit je. Jangan lah marah Ris." Kata Rissa sambil memeluk tubuh mamanya.

"Ha turun pun Raksaksa gorgon ni. Ingat kan nak kena tunggu lagi 5 jam." Lucas menjeling ke arah adik nya itu.

Tuan Ikmal hanya menggeleng kepalanya. Tak Ngam langsung Lucas dan Arissa ini. Luke pula hanya menengok sahaja drama free di depanya. Tiba-tiba Luke teringatkan sesuatu.

"Mana Luth?" Luke yang berdiam sahaja tadi terus membuka mulut.

"AYDA JEBAT BIN HANG TUAH!!!!!"

Mereka pantas menoleh ke arah suara jeritan itu. Mereka sekeluarga menengok Luth yang sedang mengejar Jebat di luar. Jebat ialah sekor kucing. Haiwan peliharaan Luth Mikael.

"Abang Luke, Jebat bukan ke betina. Kenapa abang Luth bin kan Jebat bukan sepatutnya binti ke." Arissa membisik ke telinga Luke.

Luke memandang Arissa yang sedang duduk di sebelahnya. Dia hanya menjongket bahunya. Dia pun taktau kenapa adik dia letak nama begitu pelik dekat haiwannya.

"Rasanya kita dah boleh gerak sekarang kan. Biar lah anak pungut lagi sorang tu. Lagipun dia ada kereta." Selamba badak Lucas je kata kat adik lelakinya begitu.

"Hans Lucas, kenapa kata Luth anak pungut. Penat mama beranak sakit-sakit." Panas je hati Puan Farisha. Mulut tu asyik maki orang je. Lucas..Lucas.

"Sudah,Jom kita gerak sekarang. Luke pergi panggil kembar kamu kat luar tu." Yes. Luke,Lucas,Luth mereka bertiga ialah kembar tidak serupa. Wajah mereka langsung tidak sama.

Luke seorang yang perdiam,dingin,kasar tapi amat ambik berat pasal adik-adiknya dan orang yang dia sayang. Lucas seorang yang tegas dan banyak main. Suka mengusik. Lucas jugak pandai mengurat gadis-gadis di luar sana. Akhir sekali, Luth Mikael. Luth seorang yang tak pernah serius dalam apa-apa situasi. Kaki drama dan penakut. Dalam Auranya yang ceria ada aura yang tersembunyi. Mereka bertiga berumur 27 dan masih bujang.

"Luth Mikael bin Mohd Ikmal. Aku cakap sekali je. Get. In. The. Car. Now. Aku kira sampai 5 kau tak masuk dalam kereta. Kau tahu kan apa akan terjadi." Luke memandang tajam ke arah mata adiknya.

AriqRissa: His Little CherryWhere stories live. Discover now