BAB 38

1K 71 8
                                    

Arissa dengan berhati-hati turun dari tangga. Perutnya sakit. Ini kerana dia baru muntah

Kaki Arissa melangkah ke ruangan dapur. Arissa melihat Ariq sedang memasak dengan tekun. Dengan secara tiba-tiba pipi Arissa berasa panas. Mungkin melihat badan seksi Ariq yang pakai Apron hitam itu.

"Wanginyaaa hubbyyyy" Terserentak Ariq tatkala Arissa memeluk tubuhnya dari belakang.

"GoodMorning Ecah!" Perli Ariq.

Terangkat kepala Arissa mendengar nama yang disebut oleh Ariq sebentar tadi.

"Ecah?" Soal Arissa dengan pelik.

"Baby tak ingat apa-apa ke?" Terjungkit kening Ariq. Takkan Arissa tidak ingat langsung.

"Ingat apa?" Sejurus itu Ariq terus menekup pipi Arissa sedikit kuat. Muncung bibir mugil Arissa dibuatnya.

"Hubby ni kenapa? Mabuk?" Arissa menolak tangan Ariq dari terus menekup pipi gebunya.

"Tak ada apa lah. Pergi duduk depan." Halau Ariq dengan lembut. Arissa mendengus sebelum menghentak kaki bergerak ke ruang tamu.

Baik tengok Abe Cha Eun Woo dari layan perangai pelik lagi mabuk suaminya.

"Sedapnyaaa hubbyyy." Kata Arissa yang sedang menikmati nasi goreng yang dimasak oleh Cik Suami. Terpejam pejam mata Arissa. Nikmati sungguh ni.

"Petang ni Hubby ada kerja kat Terengganu. Baby nak pergi rumah mama tak?" Tanya Ariq dengan lembut.

Pantas Arissa menggeleng kepalanya. Tanpa berfikir sama sekali. Ariq pula terkejut menerima gelengan dari Sang isteri.

"Taknak?" Soal Ariq lagi.

"Taknak. Baby nak duduk rumah je."

"Hubby balik kemungkinan 2-3 pagi tau. Boleh ke baby tunggu?" Lagi sekali Ariq menyoal.

"Boleh!" Jawab Arissa dengan Yakin. Lagipun dia ada benda nak buat di belakang suaminya.

"Betul ni?"

"Ye betul wahai Tengku Ariq Denniz aka Hubby kesayang kepada Arissa Amanda." Jawab Arissa yang sedaya upaya membuat Ariq yakin pada dirinya.

"Hubby keluar ni terus kunci pintu. Jangan pintu depan je kunci. Tingkap semua kunci. Duduk diam-diam. Langsir tutup. Kalau terjadi apa-apa terus call. Handphone tu sentiasa dalam genggaman Baby. Jangan pernah letak merata-rata walaupun sekejap. Kalau nak kencing pun bawa je sekali. Mana tahu kalau terjadi apa-apa ke. Faham tak ni?"

Arissa mengganguk laju-laju. Kang kalau tak respond Hubby pop pet kita sambung bebel lagi. Haishhh.

"Dah tak ada suara ke wahai Cik Arissa Amanda ku sayangggg." Kata Ariq sambil memandang tajam pada Arissa.

"Fahammmm wahai Cik Suami kuuuu." Jawab Arissa meleret.

Ariq mencubit pipi gebu Arissa sedikit kuat. Arissa pula membalas dengan jelingan tajam.

"Bye jaga diri. Kunci pintu. I love you." Kata Ariq. Sempat dia mengucup pipi kegemarannya.

"Bubyeee jaga mata dan jaga hati untuk Arissa Amanda tauuu." Pesan Arissa sebelum menutup pintu rumah dan mengunci dari dalam.

"Yess! Suami tak ada apa lagi? Jom lah kita makan coklat banyak banyak!!!!" Arissa menyorak dengan gembira.

Sebenarnya dia taknak pergi rumah mama kerana mahu meluangkan masa bersama Coklat-Coklat yang nyorok olehnya.

Sewaktu Ariq ada, dia jarang dapat makan coklatnya. Ariq selalu melarangnya. Dengan alasan tak berkhasiat. Cis!


Jam menunjukkan pukul 12 pagi. Dan Arissa masih terjaga. Dia tidak boleh melelapkan matanya kalau tiada Ariq disebelah. Rindu pula pada Suaminya itu.

AriqRissa: His Little CherryWhere stories live. Discover now