BAB 27

821 64 3
                                    

"Assalammualaikum Nekcu, Zarra dah balik ni." Ucap Zarra yang baru sahaja melangkah masuk. Sedikit hairan kerana Nekcu tidak menjawab salam.

Tidur ke?

"Nekcu!! Nekcu kat mana!?" Zarra memanggil Nekcu dengan nada kuat. Di dapur tiada, di ruang tamu juga tiada.

Akhirnya Zarra mula mengetuk pintu bilik Nekcu. Melihat Nekcu langsung tidak respon. Membuatkan Zarra berasa risau. Macam ada benda yang terjadi.

Zarra memulaskan pintu bilik itu lalu...

"Ya Allah!! Nekcu!?!!" Zarra amat lah terkejut apabila melihat Nekcunya terbaring di lantai. Zarra mula berlari lalu menepuk nepuk tubuh Nekcu.

Air mata Zarra mengalir bila dia merasa tiada denyutan nadi di bahagian leher Nekcu. Nafas Nekcu juga tiada.

"Nekcu..bangun lah..." Air mata Zarra semakin lama semakin deras. Dia hanya ada Nekcu sahaja di dunia ini.

Sekarang Nekcu sudah tinggalkannya.



"Allah, kau kata mana sekarang?" Ariq berasa sedikit bodoh dengan soalannya. Nekcu kat Hospital lah ngokkk. Zarra bagitau yang Nekcu sudah tiada. Boleh pula si Ariq ni kata kau kat mana.

"Ok baik aku gerak ke sana sekarang." Berita kematian Nekcu membuat Ariq menahan sebak. Dia baru sahaja balik dari kerja belum sempat dia masuk rumah, Zarra sudah menelefonnya.

"Hubby!! Hubby dah balik? Jap kenapa Hubby nangis ni." Terkejut Arissa bila Ariq tiba-tiba memeluknya erat dan menangis.

"R-Rissa...n-Nekcu dah tiada." Ariq menangis teresak-esak di bahu Arissa. Arissa tergamam mendengar khabar berita itu.

Nekcu...



Ariq dan Arissa bergegas ke hospital. Sampai sahaja hospital, Ariyan, Ariana , Zarra dan Dayyan sudah berada di dalam wad. Lucas, Luke dan Luth juga berada di sana

Zarra masih lagi menangis tersesak esak sambil memeluk tubuh mayat Nekcu. Ariyan, Ariana dan Dayyan juga menangis sambil memandang ke lantai. Lucas, Luke dan Luth juga menahan air mata masing-masing.

"Nekcu..bangun lah...jangan tinggal zarra sorang-sorang..Zarra dah tak ada siapa-siapa sekarang. Takkan Nekcu nk tinggal Zarra juga." Arissa sedikit berasa kesian terhadap Zarra.

"Zarra...kau tak boleh macam ni. Nanti Nekcu dekat sana tak tenang." Arissa memujuk Zarra dengan lembut. Zarra memeluk Arissa lalu menangis teresak-esak.

Dia tidak kuat.

Luke memandang simpati kepada Gadis yang dia sayang itu. Sungguh berat dugaan Zarra yang Allah uji.

"Aku nak Nekcu, Rissa. Kenapa Nekcu tinggalkan aku sama macam mak ayah aku tinggalkan aku." Zarra cuba untuk tidak mengeluarkan tangisan. Tapi dia tidak boleh.

"Jangan macam ni Zarra. Aku sentiasa ada untuk kau. Kau kan kawan baik aku dunia dan akhirat." Arissa masih memujuk Zarra.



"Zarra Jom ikut aku balik." Ajak Arissa. Zarra masih duduk di sebelah tanah perkuburan Nekcu.

Zarra menggeleng kepala tanda dia tidak mahu.

"Jangan macam ni zarra, Jom lah kita balik. Hari dah nak hujan ni." Arissa cuba memujuk Zarra.

"Kau pergi lah dulu. Aku masih nak duduk sini. Please.." Zarra mula merayu agar Arissa tidak memaksanya untuk pulang lagi.

Akhirnya Arissa mula beredar dari situ dan meninggalkan Zarra keseorangan.

"Assalammualaikum Nekcu." Zarra memberi salam sambil menahan sebak di dada.

"Nekcu, Zarra rindu kat Nekcu. Walaupun Nekcu baru pergi tinggalkan Zarra semalam. Zarra dah rindu dekat Nekcu." Zarra mula meluah sambil mengalir air mata.

"Nekcu Zarra rindu nak dengar Nekcu panggil Zarra, Sopeah lagi. Zarra rindu masakan Nekcu. Zarra rindu nak solat dan mengaji sama-sama dengan Nekcu."

"Nekcu, Zarra sakit Nekcu. Sakit kehilangan orang yang Zarra sayang. Zarra tak kuat. Ayah tinggalkan Zarra, Ibu pun tinggalkan Zarra. Zarra tak ada siapa-siapa sekarang. Zarra ada Nekcu sahaja. Sekarang Nekcu sudah tinggalkan Zarra sorang-sorang."

"Kenapa semua orang yang Zarra sayang tinggalkan Zarra. Zarra tak kuat Nekcu. Zarra rindu sangat kat ibu, ayah dan Nekcu."

"Tapi takpe, Zarra cuba kuat untuk teruskan hidup. Zarra mesti kuat." Luah Zarra yang tersenyum kelat. Baru sahaja dia mahu meluahkan lagi. Tiba-tiba hujan turun dengan lebat.

Zarra masih tidak berganjak dari tempatnya. Dia masih merenung sayu kubur Nekcu. Habis basah lencun pakaian Zarra.

Tiba-tiba Zarra mendongak ke atas kerana dia tidak merasa lagi air hujan yang mengalir di tubuhnya.

Rupa-rupanya Luke sedang mempayung kan Zarra. Sedikit Terkejut Zarra dengan kehadiran Luke. Mengapa lelaki ini berada disini lagi?

"Bangun, Jom aku hantar kau balik." Luke mula bersuara setelah mereka berdua diam.

Zarra menggeleng kepalanya dengan perlahan tanda dia tidak mahu. Luke memandang Zarra dengan riak tidak percaya dengan jawapan diberi oleh Zarra.

Boleh tahan keras kepala juga si Zarra ni.

"Balik Zarra. Besok pagi kau boleh pergi sini lagi. Aku teman." Setelah Luke memujuk Zarra banyak kali. Akhirnya Zarra bangun juga. Berat kakinya untuk meninggalkan tanah perkuburan itu.

"Kau ok?" Apa benda soalan kau ni Luke. Terang lagi bersuluh si Zarra ni tak ok. Kau pergi tanya soalan bodoh tu kenapa.

Diam lah author bising sahaja.

"Okey.." Jawab Zarra dengan perlahan. Zarra langsung tidak memandang wajah Luke. Dia hanya melihat tanah perkuburan sahaja dari tadi.

Luke sudah buntu cara-cara nak memujuk perempuan. Dia sudah lah tidak tahu langsung cara nak pujuk perempuan. Arissa merajuk pun dia suruh Luth yang pujuk.



TBC

VOTE

tk reti lah buat sad-sad

Petang ni kita update lagi satu bab

AriqRissa: His Little CherryWhere stories live. Discover now