BAB 19

1.3K 94 7
                                    

Ariq mencelikkan matanya apabila sinar matahari sudah mencucuk matanya. Sesaat kemudian dia memejam matanya kembali. Pedih matanya sinar matahari tu mencucuk cucuknya.  Seolah sudah lama dia tidak bangun.

Dia bangun dari perbaringannya. Kepalanya yang terasa sedikit mendenyut diurut perlahan.

"Dah pukul berapa ni."

Tubuhnya dia direnggangkan sesaat. Perbuatannya terhenti seketika apabila dia perasan ada satu tangan kecil melingkar erat dipinggangnya.

Dia tergamam.

Perlahan lahan kepalanya memandang ke kiri sebelahnya. Wajah gadis itu di tutup oleh rambut panjangnya. Tangan siapa pula ni?

Sejak bila dia tidur dengan perempuan ni. Sejahat jahat dia. Dia tidak pernah lagi tidur dengan perempuan.

Aku terima nikahnya Arissa Amanda binti Mohd Ikmal dengan mas kahwinnya 1,500 ringgit tunai.

Sah?

SAH TOK SAH!!

Shit! Aku baru teringat aku dah kahwin. Bodoh betul otak aku ni. Apasal makin bengap aku ni. Dah terikut Si Ariyan ke.

Tangan Arissa yang dipinggangnya perlahan-lahan dia alihkan ke tepi. Tubuhnya ke kiri sedikit untuk melihat wajah Arissa.

Perlahan lahan rambut Arissa yang terjurai itu dia menyelit belakang telinga Arissa.

Tidur pun comel wife aku ni.

"Sleep well Sayang.." Ariq mencium sekilas dahi Arissa sebelum masuk ke tandas. Nanti sahaja lah dia mengejut isterinya.

"Derron!!" Panggil Puan Liya dengan Kuat.

"Ye Mummy!! Derron tengah main game ni! Jangan kacau!! Ini antara hidup dan mati Derron!" Jerit Derron dari bilik game.

"Kamu turun sekarang sebelum Mummy bakar semua game-game kamu tu!!" Mendengar sahaja mummynya berkata seperti itu dia terus berhenti bermain.

Kata-kata mummynya sangat lah tidak boleh dibawa main sama sekali. Kalau dia kata A maka A lah jawabnya.

"Ye Mummy apa boleh saya bantu..."

"Mana abang kamu si Denniz tu? Tak balik-balik ke?" Tanya Puan Liya dengan nada risau.

"Alaa dia tu dah besar panjang. Tahu lah dia nak balik bila. Mummy tak payah nak risau sangat lah. Baik Mummy risau kan Derron yang hot ni." Belagak Ariyan dengan kekacakannya.

"Tak habis habis perasan." Naik menyampah Ariana mendengar pujian jijik oleh Ariyan.

"Eh kau kak! Itu bukan perasan tapi kenyataan. Aku tahu lah kau tu buruk. Muka pula serupa dengan kain buruk kat dapur tu. Sebab tu lah kau cemburu bila adik kau ni lagi kacak dan bergaya dari kau." Ariyan masih dengan bangganya.

"Ariyan..." Kata Ariana yang sedang menahan sabar dengan perangai adik mentahnya. tangan Ariana sudah dikepalkan.

"Yang kau sebut nama aku ni asal? Ke kau nak kata yang kau cemburu sebab nama aku lagi sedap dari nama kau." Ariana sudah tidak tahan lagi. Laju sahaja tangannya menarik rambut Ariyan.

Kuat. Dia mencengkam dengan kuat sehingga keluar urat-urat hijau di dahi Ariyan.

"SAKIT LAH BODOH! RAMBUT-RAMBUT JANGAN MAIN LAH SIAL!" Nak menangis Ariyan dibuatnya apabila Ariana mencekam dengan kuat.

"Rasain lo!! Kata jagoan!!" Puan Aliya melihat karenah anak-anaknya itu hanya menggeleng kepala. Goodluck Derron.

"Asslammualaikum Mummy." Ucap Ariq yang baru sahaja melangkah masuk rumah orang tuanya.

AriqRissa: His Little CherryWhere stories live. Discover now